jangan hairanlah membaca tajuk kat atas tu..sedunia lagi...bukannya apa banyak sangat sotong dalam sup nie..sebenarnya masakan nie idea sendiri, tak tahu nak masak apa bila dalam keadaan yang sibuk. Nak digoreng anak-anak pula batuk, jadi paling baik buat sup je lah untuk anak-anak.Bila dah dicampur sayur ok jugalah rasanya, sesuai jugalah dimakan sesiapa yang sedang berdiet......
BAHAN-BAHAN SUP SOTONG
BAHAN (A)
5 ulas bawang putih diketuk
sebiji bawang besar biar mcm tu je
serbuk pati ayam
garam secukup rasa
BAHAN (B)
Sotong
anak jagung dipotong
Tomato dibelah tiga
kubis putih dipotong ikut citarasa masing-masing
(nak tambah sayur2an yang lain pun boleh)
CARA-CARA MEMBUATNYA
rebuskan air,
bila dah mendidih masukkan Bahan A,
selepas tu barulah masukkan bahan B
terus tutup api supaya sayur tidak layu
bolehlah dihidangkan...
E-na pun batuk gak ni..hu hu so kena mkn sup sotong ni jugakkkkk!
ReplyDeletemak ai...gebus gebus sotong nya..putih melepak :D
ReplyDeleteTinta..mana peginya baju sutun tu...gebus jer nampak..seksi youuuu..hehehhee
ReplyDelete