click..click

...follower...tqvm..

Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts

Oct 11, 2010

BUBUR CHA CHA @ CA CA

Bubur nie sedap kalau dimakan sejuk2. Kalau kat Kuching susah nak jumpa chacha yang ready made. jadi Tinta buat sendiri adunannya dgn menggunakan tepung pulut. Mula2 guna tepung Sagu tapi tak menjadi. Bila direbus tengah2nya mentah, tak tahu kenapa jadi macam tu. Sebab ada org kata kalau guna tepung sagu lagi sedap. Jadi untuk Bubur ChaCha nie Tinta guna tepung Pulut.


RESEPI BUBUR CHA CHA @ CA CA

BAHAN-BAHAN
250gm tepung pulut
700ml santan
230gm air
200gm gula
secubit garam
3 helai daun pandan
beberapa biji ubi keledek, dipotong dadu.
(tiga warna, kuning muda oren, putih)..kalau ada ubi keledek warn aungu lagi anampak cantik..utk resepi kali nie hanya guna dua warna ubi keledek.

CARA-CARA MEMBUATNYA

1/. Gaul tepung pulut dgn air sehingga menjadi doh dengan tiga warna( hijau, kuning dan merah muda atau warna asal(putih). Saya tak bubuh warna merah tak berapa suka.
2/. Masak tenggelam di dalam air mendidih hingga timbul dan toskan(daun pandan boleh juga dibubuh ke dlaam air rebusan doh)
3./ Masukkan bersama santan, ubi keledek dan gula bersama serbuk garam dan daun Pandan.
4./ Apabila ubi keledek sudah empuk dan santan mendidih, masukkan Cha, cha yang berwarna warni, kacau sebentar dan bolehlah dihidang.



Nov 20, 2009

BuBur Durian..wif..Karibang







Apa itu karibang?....Karibang tu ubi keledek...kalau di Sarawak dipanggil "karibang"...
Entry kali nie masih berkisar ttg durian, kak watie maaf lah ye...durian lagi,
rugilah kak watie tak makan durian, sedap tau...
Saya kalau buat bubur duian suka mencampurkan ubi keledek, kedua2nya lembut je masuk ke dalam mulut..bagi yang belum mencuba, resepi bubur durian dicampur dgn ubi keledek, bolehlah mencuba..Untuk resepi nie saya campurkan dengan sebiji telur, untuk memekatkan kuah..








BAHAN-BAHAN BUBUR DURIAN




8-10 ulas durian
4 biji ubi keledek( dipotong dadu) dan direbus
1biji telur ayam
2 cawan santan pekat
1 cawan air
2 helai daun pandan
gula melaka(ikut citarasa)
sedikit gula(kalau gula melaka dah manis tak payah bubuh gula)


CARA-CARA
 
  • Didihkan santan bersama , gula melaka, daun pandan,
  • Kacau di atas api yg perlahan
  • setelah hampir mendidih baru masukkan durian (beserta biji)
  • Masukkan telur yang telah dipukul, gaul pelahan
  • terus matikan api
  • siap untuk dihidangkan...
















Sep 8, 2009

BuBur Pedas SaRaWak..

Bubur pedas Sarawak , campuran pelbagai jenis sayur-sayuran.
Selalunya kalau orang Vetren(org2 tua),baru le sedap membuatnya. Bahan2 nak membuatnya pula,mestilah ada serbuk bubur pedas(campuran rempah-ratus,beras yg telah ditubuk,mmg dah ready dijual),yang lain2 tu sayur-sayuran seperti kacang, kobis bunga,anak jagung,pelbagai jenis kulat.Bawang merah dikisar bersama sedikit cili kering(kalau tak mahu pedas tak payah),tumiskan bahan2, lepas tu di bubuh perencah bubur pedas,bubuh air biarkan hingga mendidih. sayur2 tu pula hendaklah di potong kecil2 memanjang.Kalau nak sedap lagi bolehlah dibubuh juga santan.kalau tak nak pun takpe.

BAHAN2 untuk membuat Bubur Pedas Sarawak....seperti di bawah....






1. Sepaket Rempah bumbu pedas (inilah rupa bumbu utk membuat bubur pedas)



2. boleh jugak guna udang atau isi ayam atau daging









3.tahu kering yg di potong nipis




4. lobak merah yang di potong seperti dlm gambar






5. Kulat (apa2 jenis) di potong memanjang









6. Daun Kunyit..dihiris halus



7. Sayur kacang panjang dihiris halus
8. Sayur2 diatas ,Boleh di ganti dgn menggunakan pelbagai jenis sayur-sayuran.




KongsiResepi

Rehat Sekejap...