click..click

...follower...tqvm..

Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Dec 16, 2009

Dabai Goreng..Ikan Bilis..



Inilah rupa buah Dabai.yang telah dipisahkan dari biji....sebelum nie pernah juga buat entry ttg buah dabai nie...Nasi Goreng Dabai. Kalau nak melihat buah Dabai tu   Klik kat Sini.


 Pusuk tu bahasa sarawak yang bermaksud Ikan bilis. resepi nie senang je di buat.


BAHAN-BAHAN

2 bawang besar dipotong panjang
ikan bilis secukupnya(digoreng)
2 biji cili hidup dihiris
10 biji Buah dabai di buang biji
minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa secukupnya


CARA MEMBUATNYA

1/tumiskan bawang sehingga naik bau
2/masukkan pula cili
3/masukkan buah dabai dan juga ikan bilis
4/masukkan pula garam secukup rasa






Dec 13, 2009

Tempoyak goreng...Udang


Kalau kat Sarawak, selain dimakan mentah, tempoyak sedap juga digoreng bersama ikan bilis atau udang.
BAHAN-BAHAN TEMPOYAK GORENG UDANG

untuk makan 4/5 orang

4 sudu besar tempoyak
1biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 biji cili padi atau cili besar
udang dalam 8 ekor
garam secukupnya
1 sudu kecil gula(kalau tempoyak fresh tak payah bubuh gula)..dah manis
minyak masak untuk menumis

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Tumiskan kesemua bawang dan cili sehingga naik bau
2. Masukkan udang
3. Masukkan tempoyak
4. masukkan garam secukup rasa..










Dec 5, 2009

Mee Hoon Sup....resepi sambal kicap istimewa...



Lebihan sup bebola daging hari tu...dibuat juga mee sup, selalunya kalau ada rumah terbuka, mee hoon suplah resepi yang paling mudah, jimat kos(bukan kedekut) tapi berjimat(hahaha),untuk disajikan. Semasa buat open House sempena rumah terbuka lepas, ada juga kwn2 yang bertanya tentang bagaimana membuat sambal kicap..Sambal kicap pun tak tahu?...mungkin cara dia buat lain tu sebab rasanya juga berbeza. Tapi saya rasa masing2 punya resepi tersendiri,,Untuk sambal kicap saya pula, resepinya kat bawah......untuk kuantitinya kalau nak banyak adjust je kuantiti bahan2......



 
BAHAN-BAHAN SAMBAL KICAP

(resepi)untuk 4 pinggan mee sup

7 ulas bawang putih dikupas
5 tangkai cili padi(kalau nak pedas boleh tambah)
1 sudu gula
1 sudu besar cuka
kicap masin secukupnya
kicap manis secukupnya

CARA-CARA
1. Bawang putih, cili dan gula dikisar bersama
2. Bubuh cuka dan kicap secukup rasa....





Nov 1, 2009

Sambal Belimbing ...





Di sarawak belimbing nie..dipanggil Belimbing tunjuk...tempat lain tak tahu pula.


Kali ne dapurku berasap buat Sambal belimbing tumis, selain di buat mentah belimbing nie juga agak sedap di buat sambal begini.


BAHAN-BAHAN;


belimbing secukupnya
cili kering dikisar
udang kering ditumbuk
sedikit ikan bilis digoreng ranggup
cili merah dikisar
cili hidup yang dihiris memanjang
belacan secukupnya
bawang besar dihiris


CARA-CARA



  • Tumiskan bawang merah,bersama cili kering dan belacan



  • bila sudah naik bau masukkan belimbing tunjuk.



  • bila sudah agak layu baru masukkan bawang besar yang sudah dihiris bersama cili hidup


  • masukkan juga ikan bilis yang sudah digoreng



  • biarkan bawang agak layu, bolehlah ditutup apinya, setelah memberi perasa(garam dan sedikit gula)








Oct 27, 2009

Sambal Tempea....Borneo...



Bahan2
Tempea(di potong nipis segiempat, digoreng)
Ikan bilis (digoreng)
kacang tanah (digoreng)
5 ulas bawang merah dikisar
5 tangkai cili keringdikisar....
sedikit gula dan garam

CARA-CARA MEMBUATNYA

tumiskan bawang dgn cili kering, lepas tu bubuhlah gula mengikut citarasa masing2,masukan bahan2semua, tempea, ikan bilis dan juga kacang. terus matikan api supaya semua bahan tu ranggup.





`




Oct 21, 2009

Sambal Mangga daun cantik Manis


DaPurke Berasap kali nie...buat sambal mangga lagi....al-maklum sekarang nie musim buah mangga kat Kuching. Tapi sambal kali nie dicampurkan dengan daun cantik manis. sejenis ulam-ulaman. Bagi yang belum pernah makan sambal mangga atau mana2 buah asam dicampurkan dgn daun ulam nie, bolehlah mencuba. Banyak khasiatnya...

Bahan2
Beberapa biji  buah mangga atau mana2 jenis Buah Asam
Sambal belacan( ikan bilis, belacan, cili kering(lebih sedap)..ditumbuk lumat.
daun cantik manis(ikut suka byk mana)

Cara2
mangga di parut memanjang, daun cantik manis dihiris, dan digaul bersama sambal belacan.



Oct 13, 2009

KeRaBu ManGGa


Dapurku berasap Lagi....kali ini memperkenalkan resepi yang mudah dan cepat untuk disediakan..iaitu kerabu mangga. Resepi nie daripada my sister in Law...Hasthika.
Mangga selain dibuat dengan sambal belacan , agak sedap juga le di buat kerabu yang dicampurkan dengan ikan bilis dan kacang goreng. Bagi sesiapa yang mendapat alahan memakan belacan bolehlah mencuba resepi ini.







Bahan2
Mangga (diparut seperti dlm gambar)
sedikit air gula
garam
cili padi

Cara2

Campurkan sahaja kesemua bahan tadi. Kuantiti bahan2 ikutlah selera masing2.
Maksudnya kalau suka pedas bubuhlah banyak2 cilinya, begiru jugalah gula dan garam...

















Ketiga2 bahan diatas digaul untuk membuat Kerabu Mangga...


Sep 28, 2009

SAMBAL PETAI




Bahan2
petai
udang
utk membuat sambal belacan
(bwg merah,udang kering,cili kering, belacan) ditumbuk
air asam jawa secukupnya

Cara2
Tumiskan bawang,cili kering,belacan,udangkering,
masukkan air asam jawa..biarkan sehingga kering, baru masukkan petai.

PETUA
tumiskan petai dgn minyak sehingga kehijauan untuk membuang bau petai. selepas itu barulah di masukkan ke dalam tumisan sambal belacan tadi.







Sep 9, 2009

sAmbaL Kedondong

Nie antara juadah yang mudah untuk di sediakan...sambal kedondong..

Bahan2
Buah kedondong (yang diparut memanjang)
Sambal( campuran ikan bilis,belacan dan cili kering)
Cara2
Campurkan kedondong bersama sambal tadi...lepas tu bubuhlah perasa,gula sikit dan garam.

KongsiResepi

Rehat Sekejap...