click..click

...follower...tqvm..

Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Aug 4, 2013

Kek Lumut Sarawak




Alhamdulillah, salam Ramadhan, beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sekarang nie dah settle segala biskut dan kek2 untuk sambutan Hari Raya. Kalau di Sarawak antara kek yang paling popular mesti ada, kek Hati Parek, kek Belacan ( kadang2 di panggil kek Permaisuri hati, kek Holiday inn , Kek Lumut, Kek Welma, dan kek Lapis yang mempunyai ratusan nama.  Setiap kek tersebut mempunyai rasa dan keistimewaan masing2. Bercerita tentang Kek Lumut itu sendiri, mungkin mendapat nama dari warnanya yang hijau seakan2 lumut.

Terdapat pelbagai versi resepi, untuk Kek Lumut nie. Ada setengah resepi menggunakan tepung suji, ada yang menambah serbuk Almond, tapi asas yang sama mesti ada horlick dan nestum, dan yang pasti mesti menggunakan butter, baru rasanya lembab dan lemak berkrim.



Bercerita tentang resepi kek Lumut nie, saya dapat dari kakak yang sulung yang memang minat membuat kek. Tapi sekarang dah tak aktif lagi sebab sibuk dengan tugasan kerja dan masalah kesihatan. Rasanya nie antara resepi tradisional(asas kek Lumut Sarawak). Kalau tak suka manis boleh kurangkan sukatan gula. Tempoh mengukus pula bergantung kepada cara pengukusan( kebesaran oven dan api). Saya hari tu dalam tempoh 3 jam dah masak. 


 
Resepi Kek Lumut ( acuan 8'8')
  • 450gm mentega berkualiti tinggi 
  • 10 Biji telur 
  • 3/4 cawan gula kastor 
  • 2 cawan nestum yang telah dikisar halus
  • 200gm serbuk horlicks
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 60 ml pes pandan
  • 1 tin kecil susu pekat manis
Cara-cara membuatnya; 
  • mentega dipukul bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim.
  • Masukkan telur satu persatu ( telur jgn dimasukkan sekaligus) dan pukul hingga sebati. 
  • Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati. 
  • Masukkan horlicks,nestum dan tepung gandum ,kacau sehingga adunan sebati. 
  • Masukkan adunan ke dalam loyang yang sudah dibubuh kertas minyak dibawahnya. 
  • Atas loyang hendaklah ditutup untuk mengelakkah wap air masuk, ( guna kertas minyak atau foil)
  • Adunan dikukus selama 3 atau 4 jam. (Sentiasa cek air kukusan takut kering)
  • Setelah sejuk baru kek dikeluarkan dari loyang dan disimpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.




Jul 20, 2013

Pancake Cheese....



Ramadhan Kareem kepada semua pengunjung blog Dapurku berasap, semoga Ramadhan kali ini memberi keberkatan supaya hidup kita sentiasa berada di bawah lindungan dan peliharaan yang Esa. Menu kali nie, lebih kepada selera anak- anak dan sesuai untuk dimakan sewaktu berbuka atau bersahur. Resepi pancake biasa je, tapi adunannya lembut dan berkrim, cuma saya ubah resepi, susu segar kepada susu ideal. Dan di tabur dengan cheese di atas pancake sambil disapu dengan butter dan honey.Saya tak ingat pula dari blog mana saya ambil resepi nie sebab dah lama saya copy dan simpan dalam note phone. Selamat mencuba dan sekali lagi, Ramadhan Kareem......


Resepi Pancake

Bahan-bahan
1 cawan (130gm) tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1 biji telur dipukul ringan
1 cawan(240ml) susu (susu segar/susu sejat)
2 sudu besar mentega-dicairkan

Cara-cara
Dalam bekas besar, campurkan sekali tepung gandum, baking powder dan gula. Dalam bekas yang lainpukul telur, susu dan mentega dan telah dicairkan. Campuran campuran telur ke dalam campuran tepung perlahan-lahan dan kacau sebati. Pastikan jangan terlebih kacau supaya adunan tidak menjadi keras/liat.

Panaskan Non Stick Pan, bila Pan dah panas, perlahan sedikit api, kaupkan adunan tadi ke atas pan, jarak-jarakkan adunan supaya adunan tak melekat satu sama lain, terbalikkan pancake apabila gemlembung-gelembung buih keluar dibahagian atas pancake dan bahagian bawah sudah masak dan berwarna perang






Jan 30, 2012

CheeSe Cake with Fresh Cream

Cheese Cake with fresh Cream


Resepi Cheese Cake
Sumber : Alex Goh, buku yang bertajuk "Creative Making Of Cakes"
Sediakan Kek span vanila bulat nipis berukuran 9" (saya tak ikut resepi asal, saya hanya guna Roti marie ditumbuk halus campur mentega cair sebagai base)

Filling(Inti)

(A) 500 gm krim keju
      50gm gula
(B) 50gm tepung
(C) 1 biji telur
      3 biji kuning telur
(D)  150 gm yogurt
(E)  3 biji putih telur
       70gm gula
       Secubit garam

Untuk Hiasan: Fresh cream secukupnya (deko mengikut citarasa masing2)

CARA-CARA MEMBUATNYA;

1/. Putar A sehingga lembut dan gebu, Campur B dan adun sehingga sebati
2/. Tambah C dan pukul hingga tidak berbintil-bintil
3/. Campur D dan gaul rata-rata. Pukul E sehingga pekat, campur adunan tadi dan gaul hingga sebati.
4/. Letak selapi nipis kek span vanilla ke dalam acuan bulat( saya guna base biskut marie). Tuang adunan keju ke atas lapisan tadi. Bakar secara waterbath pada suhu 160c selama 60 minit. Siap untuk dihidangkan.

kek BarbieDoll

 Kek Chicky

 Kek Hello Kitty

Kesemua gambar kek di atas sebenarnya sempena Ulang tahun kelahiran anak saya yang ketiga Anis Hayani bulan Disember lepas. Kek pertama  di atas Cheese cake di buat sendiri, manakala chicky cake free daripada KFC sebab sambutan sebelah keluarga suami di adakan di KFC. Manakala kek barbie doll saya buat sempena makan2 dan sekaligus menyambut hari jadi Anis sebelah keluarga saya. Kek hello kitty pula kek befday adik Ipar yang tak jauh beza tarikh lahirnya dengan Anis. Befday Anis yang ke 3 tahun mencatat sejarah, sbb meniup lilin sebanyak 3 kali.

Anis bersama sepupu2, sempena befday ke 3 Tahun...semoga menjadi anak solehah penyejuk mata ayah dan bonda.




Aug 8, 2011

BlueBerry CheeseCake

"Ramadhan Al-Mubarakh"......di kesempatan ini ingin saya mengucapkan, Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan dan semua pengunjung blog Dapurku Berasap. Semoga Ramdhan tahun ini membawa impak yang lebih baik dan mendatangkan keberkatan dalam hidup kita. Sebenarnya ada kawan yang menempah kek nie, tapi anak2 pun nak makan. Jadi buat sebiji untuk dimakan oleh anak2.Terima kasih atas sumbangan tuan punya resepi.


Resepi Blueberry Cheesecake

sumber : Drpd Blog " Dapur Tanpa Sempadan"


BAHAN-BAHANNYA
500 gram cream cheese
50 gram gula halus @ gula kastor
250 ml whipping cream
5 biji telur gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
1 camca teh esen vanilla (mat guna perisa vanilla butter)
100 gram gula halus @ gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar
Blueberry filling secukupnya (mat guna jenis yang ada biji2 blueberry)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 160C, lenser acuan spring-form tin berukuran 9 inci dengan mentega, balut bahagian luar tin dengan aluminium foil. Ketepikan.
  2. Putar cream cheese dan 50 gram gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar. Masukkan whipping cream dan putar rata.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung halus dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  4. Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula galus dan terus memutar hingga putih telur kental. Masukkan ke dalam no.3 dan gaul dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
  5. Tuang dalam tin, ratakan dan bakar selama 1 jam 30 minit dengan kaedah "water-bath", iaitu dengan meletakkan acuan tadi dalam bekas yang lebih besar dan tuang air panas dalam bekas tadi, dalam anggaran 1/2 inci.
  6. Bila masak biar sekejap dalam oven hingga suam. Kemudian keluarkan dari oven dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Keluarkan dari tin dan hias dengan blueberry filling atasnya...





Jun 22, 2011

CheeSe Cake...KiWi

Kiwi Cheese Cake, sempena sambutan hari bapa dan hari jadi Bapa Mertua pada 18 June.....
Rasanya belum terlambat nak mengucapkan  "Selamat hari Bapa", Father, Ayah,Papa, Abi, Daddy, Walid, Apai, Bapak ,,dan apa2 bahasa pun yang mengambarkan seorang bapa sekaligus sebagai seorang ketua keluarga.
Terutama sekali ditujukan buat suamiku dan juga buat bapa mertuaku. Untuk bapa mertua yang menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 74 tahun ku ucapkan , semoga Tuan Haji Wahab, sentiasa di murahkan rezeki dan di beri kesihatan yang baik.
Untuk arwah ayahanda tercinta ,Tuan Haji Unai B Ghani, ku sentiasa berdoa kepada yang Esa, semoga awah, ditempatkan dikalangan para syuhada' dan Solihin. Al-Fatihah, Amin.
Sebenarnya secara kebetulan Hari jadi bapa mertua bersamaan dengan sambutan Hari Bapa. Yang paling best untuk sambutan kali nie, disponsor menjamu selera oleh bapa mertua di salah sebuah restaurant yang agak terkenal di Kuching, Mango Tree Restaurant. Untuk Resepi kali ini ,  Cheese Cake Kiwi, Klik sini.

kek sebelum deko................................

Selepas.........................


duduk:;...Alya, Atuk, nenek, Aiman, berdiri;;: , me, My Hubby, Anis...mengabdikan kenangan...JuNe 2011.


May 7, 2011

Cup Cake...Coklat Cheese


SeLamat Hari Ibu..kepada pengunjung Blog Dapurku Berasap dan kepada rakan-rakan bloggers sekalian...dan juga kita sentiasa sedekah Al-Fatihah, buat ibu2 kita yang telah lama pergi meninggalkan kita.Buat Cup Cake nie secara tidak di rancang. Sebenarnya terfikir nak buat kek apa, sempena Hari Ibu, bila buka peti sejuk, ada lagi bahan2 utk buat cheese cake dan ada pula cooking coklat. Jadi tanpa merujuk mana2 resepi saya teringat akan bahan2 utki membuat cheese cake dan Muffin coklat. Apalagi, bermulalah proses membaking dan syukur ianya menjadi walaupun gabungan dua resepi. Resepi bahagian coklat rujuk sini. Bahagian coklat tu saya ganda dua kan bahan-bahan. Untuk bahagian Cream cheese pula saya gunakan resepi instant cheese cake yang tak perlu di oven, hanya perlu sejuk dalam peti sejuk. Resepi rujuk sini.



Lebihan bahan utk buat cupcake , hantaran hari tu. 


Buat mak Mentua..."selamat Hari Ibu"...maintain awet Muda.....


Apr 25, 2011

Cup Cake....CinTa Antara Dua BeNua

 Cup Cake nie....saja bagi tajuk Cinta antara Dua benua....saya buat sempena majlis pertunangan anak Saudara, Nurul Izzati dari Sarawak Bumi Kenyalang dengan tunangan Naadifan B. Che kamaruddin dari, Kelantan Darul Naim.
Cup cake nie saya guna resepi muffin Vanilla. Resepi KLIK KAT SINI.

 Masa bertunang nie biasanya saat paling indah dan manis dalam kehidupan seseorang dan paling banyak jugalah dugaan dan cubaan yang akan ditempuhi, teringat zaman saya dulu2. Semoga cepat2 pula naik pelamin ye....
nak menimang cuculah pulak aku nanti.....


Sebahagian gambar hantaran yang sempat di gambar, sebelum di bawa balik naik Kapal Terbang (bhs sarawak Nait Belon).
 Tak lupa kek Lapis Cheese.....





 kek lapis....sebagai buah tangan untuk dibawa balik ke negeri kelantan...disponsour oleh AWAWA KEK LAPIS....., Bersedia menerima tempahan, untuk majlis kenduri kahwin, Hari guru, hari ibu dan Majlis Pertunangan..

Apr 21, 2011

Cheese Cake

Selamat bersua kembali, semoga bloggers dan pengunjung blog DapurKu Berasap sihat dan ceria-ceria selalu hendaknya. kek Plain Cheese kek ini di buat sempena hari jadi Mak Mentua Hari tu. Baru ada masa nak update. Masa nak cari idea untuk deko kek, rancangan awal nak hias kek nie dengan buah Strawberry, tapi pusing2 supermarket berdekatan rumah tak jumpa pula buah Strawberry, kat Kuching susah sikit nak dapat buah tu, kalau ada pun harganya dlm rm22 ke atas sekilo. Suami pula cadangkan beli buah Tomato Cherry(tapi ku tolak pandangan itew,,tak sesuai betul kek di hias dgn tomato). Akhirnya terjumpa bunga hiasan biskut dan buah cherry...jadilah kek yang menepati citarasa anak2 yang bertemakan merah dan pink.resepi kek nie saya guna resepi Plain Cheese Cake....Jom semak Resepi...



Resepi Cheese Cake

Bahagian dasar kek.
  •  1  1/2 bungkus biskut oreo (hancurkan, saya selalu guna chopper elektrik)
  • 3 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar gula
  • -campur semuanya dan pdtkan dlm acuan yg bersaiz 8"(sebaik2nya guna acuan 'springfoam'), bkr lebih kurang 10 minit.
Bahagian Filling kek

Bahan2(A) ;
  • 500gm krim keju
  • 100gm gula kastor(kalau tak suka manis, boleh kurangkan)
  • 150ml susu segar(saya ganti dgn whipping cream)
  • 100gm mentega
  • 6 biji kuning telur
Bahan2 (B) ;

80gm gula kastor
4 biji putih telur
1/2 sudu teh serbuk krim tartar
-satukan bhn ni dan pukul hingga gebu dan kental (klu terbalikkan mangkuk ke bwh ia tdk jatuh)

Cara2:
1. Pukul krim keju, gula kastor, mentega dan tepung jagung sehingga kembang.
2. kemudian masukkan air susu dan kuning telur, pukul lg sehingga sebati dan berkrim.
3. Kemudian masukkan bhn B yg sdh dipukul td dan gaul perlhn2 sehingga sebati. Slps itu, tuang adunan ke atas biskut yg tlh dbakar.
4. Sediakan acuan yg besar drpd acuan td dan isikan air 1/4 penuh. Klu menggunakan acuan springfoam kena guna 3 loyang utk mengelakkan air masuk ke dlm aduan. Atau, boleh jg, membalut bahagian bawah acuan springfoam menggunakan aluminium foil. Masukkan acuan kek ke dlmnya dan bkr selama 1 1/2 jam pd suhu 160 darjah.
5. Sejukkan pd suhu bilik sblum dimasukkan dlm peti sejuk. Hiaslah mengikut citarasa masing2.

Kek, yang belum di deko, bahagian tengah kek merekah mungkin sbb terlebih oven(panas sgt).

Feb 12, 2011

Baked Peach Yogurt Cheese Cake

Selamat berhujung minggu kepasa semua pembaca blog dapurku berasap. Sebenarnya semasa membuat entry nie agak terkejut terbaca status salah seorang kawan FB yang berbunyi "Wanita berkerjaya takde Maid is Stupid"....agak terkilan dengan pernyataan tersebut al-maklum saya juga berkerjaya dlm masa yg sama tak ada pembantu rumah. Kata2 tersebut rupanya bukan drpd kawan saya tersebut, tetapi dia mendengar seseorg mengeluarkan statement tersebut. Saya 90% tak bersetuju dgn pernyataan tersebut. Sebab ramai rakan sekerja yg berkeluarga dapat menguruskan rumahtangga tanpa bantuan pembantu rumah.Pelbagai masalah memang ada kalau kita tidak ada pembantu rumah tapi dengan adanya pembantu rumah tak juga semua masalah kita dapat diselesaikan. Yang penting kerjasama daripada kedua belah pihak samada suami atau isteri perlu ada dalam menguruskan rumahtangga. Daripada sepuluh cerita daripada sepuluh rakan2 yang pernah ada pembantu rumah rata2 mereka menghadapi pelbagai masalah juga bila ada pembantu rumah. Saya sendiri pernah ada pembantu rumah tetapi sekarang membuat keputusan untuk tidak ada pembantu rumah setelah banyak isu yang timbul terutama pelbagai kerenah dan syarat-syarat yang di kenakan.
Berbalik pula resepi peach cheeseCake pula, sebenarnya saya ambil resepi nie drpd buku koleksi peribadi oleh Alex Goh, buku yang bertajuk "Creative Making Of Cakes"...dah lama buku tu tersimpan akhirnya ada juga masa untuk mencuba resepi nie. Cuma sebab saya malas nak buat kek span sebagai alas, saya guna biskut marie saja seperti dalam cara membuat kek cheese oreo .Buat dua biji kek hari tu, sebiji untuk di makan sendiri dan sebiji tempahan dari rakan sekerja. Jom semak resepi di bawah.......

 Yang nie tempahan dari rakan sekerja Puan Dayang Aliza,
.
Resepi Peach Yogurt Cheese Cake

Sediakan Kek span vanila bulat nipis berukuran 9" (saya tak ikut resepi asal, saya hanya guna Roti marie ditumbuk halus campur mentega cair sebagai base)

Filling(Inti)

(A) 500 gm krim keju
      50gm gula
(B) 50gm tepung
(C) 1 biji telur
      3 biji kuning telur
(D)  150 gm yogurt
(E)  3 biji putih telur
       70gm gula
       Secubit asa garam
(F) 300 gm kepingan buah Pic

CARA-CARA MEMBUATNYA;

1/. Putar A sehingga lembut dan gebu, Campur B dan adun sehingga sebati
2/. Tambah C dan pukul hingga tidak berbintil-bintil
3/. Campur D dan gaul rata-rata. Pukul E sehingga pekat, campur adunan tadi dan gaul hingga sebati.
4/. Letak selapi nipis kek span vanilla ke dalam acuan bulat( saya guna base biskut marie). Susun kepingan pic di permukaan. Tuang adunan keju ke atas lapisan tadi. Bakar secara waterbath pada suhu 160c selama 60 minit. Siap untuk dihidangkan.




Dec 17, 2010

Cup Cake



Ini sebenarnya cup cake pertama saya. Di buat sempena befday anis bersama Mak Dahnya. Jadi buat dua jenis Cake. Lagipun budak2 suka kek2 yang kecil-kecil. Cupcake nie sebenanya saya guna resepi Vanilla Muffin. Nak resepi KLIK KAT SINI.








Powerpuff girls dan Power Rangers, book nak makan yang mana satu.

KongsiResepi

Rehat Sekejap...