Setelah buat muffin coklat hari tu, suami pun bagitahu, kenapa tak ada rasa macam Muffin Kenny rogers. Amboi..isteri susah2 memasak, bukan nak memuji demand tinggi pulak...Biasalah begitulah sikap lelaki. Jadi saya nie menyahutlah cabaran suami dengan mentelaah menggunakan alam cyber mencari resepi2 muffin yang tertulis ala2 kenny rogers...berjumpalah beberapa entry yang memberitahu resepi yang mereka cuba ada rasa muffin kenny rogers. Saya pun salin dan melihat bahan2 yang ada. Tapi yang hairannya bila masa membuat adunan muffin saya terfikir pula dalam peti sejuk ada lagi sisa baki Keju Cheddar yang belum digunakan lagi. jadi semasa membubuh aduanan muffin ke dalam muffin cup, ditengah2nya saya taburkan keju Cheddar yang telah di parut dan begitu juga di bahagian atas muffin. hasilnya memanglah sedappp sangat. sedar tak sedar 6 biji yang pertama masak mmg tak sempat digambar. Saya sendiri makan dua biji dan selebihnya anak2. Nak kata 100% macam muffin kenny rogers taklah juga, kerana dah lama jugak tak makan muffin kat sana. Dulu2 semasa duduk kat Lembah Pantai dan PJ sebulan sekali ada juga merasa makan kat kenny Rogers, sbb masa tu dalam rm 10.90 dah boleh mkn satu set menu. Tapi sekarang kenapa agak mahal , lebih2 lagi kat Kuching. Resepi Muffin nie saya ambil drpd MyR. Terima kasih atas sumbangan resepi oleh Deenoos MyR,.
Resepi nie saya ubah sikit cara penyusunan bahan, supaya senang bagi mereka yang nak mencuba.
salah pula ejaan Vanilla kat ats tu....
Resepi Muffin Vanilla cheese
BAHAN A
- 4 cawan tepung( saya guna tepung naik sendiri)
- 2 cawan gula(saya guna 11/2 cwn saja)
- 4 tbsp baking powder
- 1 tsp garam
- 2 biji telur
- 1 tbsp esen vanilla
- 8 tbsp mentega dicairkan
- 2 cawan susu segar (saya guna brand Dutch Lady)
Bahan2 tambahan
- *untuk hiasan dan inti ditengah2...keju cheddar yang telah diparut
Cara-cara
1.Gaulkan kesemua bahan A hingga sebati.(Ayakkan tepung bersama baking powder sekurang2nya 3 kali, supaya sebati)2.Satukan kesemua Bahan B.
3.masukkan bahan B kedalam bahan A. Jangan terlalu lama mengaul bahan2 tersebut.
4.Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
5.Bakar selama 20minit/180C.
thanks akak..da lame sy cri resepi muffin yg senang n simple mcm nie..maklum la 1st time nk try..hehe
ReplyDeletet.kasih resepi muffin ni yg senang dan nampak enak.... tapi kalau dah guna tepong naik sendiri masih jugak ke nak letak baking powder? confius ni.
ReplyDeletesalam... minta resepi yer :)
ReplyDeletehttp://littleputeri.blogspot.com