click..click

...follower...tqvm..

Apr 21, 2011

Cheese Cake

Selamat bersua kembali, semoga bloggers dan pengunjung blog DapurKu Berasap sihat dan ceria-ceria selalu hendaknya. kek Plain Cheese kek ini di buat sempena hari jadi Mak Mentua Hari tu. Baru ada masa nak update. Masa nak cari idea untuk deko kek, rancangan awal nak hias kek nie dengan buah Strawberry, tapi pusing2 supermarket berdekatan rumah tak jumpa pula buah Strawberry, kat Kuching susah sikit nak dapat buah tu, kalau ada pun harganya dlm rm22 ke atas sekilo. Suami pula cadangkan beli buah Tomato Cherry(tapi ku tolak pandangan itew,,tak sesuai betul kek di hias dgn tomato). Akhirnya terjumpa bunga hiasan biskut dan buah cherry...jadilah kek yang menepati citarasa anak2 yang bertemakan merah dan pink.resepi kek nie saya guna resepi Plain Cheese Cake....Jom semak Resepi...



Resepi Cheese Cake

Bahagian dasar kek.
  •  1  1/2 bungkus biskut oreo (hancurkan, saya selalu guna chopper elektrik)
  • 3 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar gula
  • -campur semuanya dan pdtkan dlm acuan yg bersaiz 8"(sebaik2nya guna acuan 'springfoam'), bkr lebih kurang 10 minit.
Bahagian Filling kek

Bahan2(A) ;
  • 500gm krim keju
  • 100gm gula kastor(kalau tak suka manis, boleh kurangkan)
  • 150ml susu segar(saya ganti dgn whipping cream)
  • 100gm mentega
  • 6 biji kuning telur
Bahan2 (B) ;

80gm gula kastor
4 biji putih telur
1/2 sudu teh serbuk krim tartar
-satukan bhn ni dan pukul hingga gebu dan kental (klu terbalikkan mangkuk ke bwh ia tdk jatuh)

Cara2:
1. Pukul krim keju, gula kastor, mentega dan tepung jagung sehingga kembang.
2. kemudian masukkan air susu dan kuning telur, pukul lg sehingga sebati dan berkrim.
3. Kemudian masukkan bhn B yg sdh dipukul td dan gaul perlhn2 sehingga sebati. Slps itu, tuang adunan ke atas biskut yg tlh dbakar.
4. Sediakan acuan yg besar drpd acuan td dan isikan air 1/4 penuh. Klu menggunakan acuan springfoam kena guna 3 loyang utk mengelakkan air masuk ke dlm aduan. Atau, boleh jg, membalut bahagian bawah acuan springfoam menggunakan aluminium foil. Masukkan acuan kek ke dlmnya dan bkr selama 1 1/2 jam pd suhu 160 darjah.
5. Sejukkan pd suhu bilik sblum dimasukkan dlm peti sejuk. Hiaslah mengikut citarasa masing2.

Kek, yang belum di deko, bahagian tengah kek merekah mungkin sbb terlebih oven(panas sgt).

2 comments:

  1. Salam Kak Ummi..lama tak bersinggah sini..akak apa khabar sekarang..masih kat sarawak ke?Amboiiii speselnya cheese cake akak..siap deco2 lagi

    ReplyDelete
  2. Wassalam.....akak sihat , cuma agak sibuk sikit sejak tak ada pembantu rumah.....slalu juga mlawat blog rakan2 termasu Sue,,,tapi tak dptlah nak aktif sgt,,tpt kerja takde line internet pula...tulah sbb...bila balik dah malam...weekend je ada masa

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...