click..click

...follower...tqvm..

Dec 22, 2010

MuFFin CoKLaT

Masa berlalu terus berlalu. Pejam celik-pejam celik tak lama lagi tahun baru.  Begitu pantas masa meninggalkan kita. Setiap kita pasti setiap tahun mempunyai azam dan harapan yang baru sempena perubahan tahun yang tinggal lebih kurang seminggu saja lagi. Apa-apa pun sama ada azam terlaksana ke tidak sama2lah kita berdoa semoga tahun2 yang mendatang membawa kejayaan, kebahagian dan keberkatan dalam hidup. 
Sekarang nie masih lagi dalam mood cuti sekolah, pagi-pagi kalau kat rumah, rasa berada di kedai makan je melayan kerenah anak2. Seorang nak makan nugget, seorang nak makan mee goreng.Itu baru tiga orang. kalau siapa yang ada anak ramai lagi meriah rasanya. Belum lagi sediakan lunch dan makan malam untuk anak. Biasanya saya memasak mengikut selera anak2. Kalau ikut selera sendiri banyak pula benda yang nak dimasak nanti. Jadi untuk minum petang kali  nie saya cuba buat muffin coklat untuk anak2.
Dapat resepi nie daripada Blog  ResepiDiana. Dia pula ambil daripada blog maklangazie. Resepi asal Yani, Myr.Terima kasih atas perkongsian resepi. Muffin coklat nie memang sedap.Kaya dengan rasa coklat. Jom layan resepi kat bawah.



Resepi MuFFin Coklat

Bahan-bahan (10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya
1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Nota Yani: Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

2 comments:

  1. memang sedap muffin ni..kegemaran org2 dirumah..hehe

    ReplyDelete
  2. tapi agak manis pulak sikit rasanya sbb coklat masakkan dah manis...

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...