click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Dec 23, 2009

Cheese Cake Instant




Ini adalah antara chez kek yang sering Tinta buat. Kek Chez kegemaran suami, sebab dia suka rasa cheznya yang pekat. Selain tu kek nie agak  mudah disediakan. Hanya perlu di sejuk bekukan dalam peti ais. Loyang pula kalau boleh pakai yang (loose base tin), yang boleh ditanggalkan dari bawah. Loyang biasa pun boleh cuma agak susah untuk dipotong. Resepi nie diberi my sis In Law, Emilin...terima kasih atas resepi nie. Dah beberapa kali buat. Sukatan kena ikut betul2, kalau tidak terlampau lembik payah pula nak beku.


RESEPI CHEESE CAKE INSTANT(acuan 7'7')

250gm philadelphia cream cheese
125gm mentega(golden churn)
1/2 cawan gula halus
2senduk tepung susu Nespray
1 paket agar2 serbuk(10gm) -masak bersama 1 cawan air
2 paket biskut saltcheese


CARA-CARA MEMBUATNYA

1/pukul mentega dan gula sampai sebati
2/masukkancream cheese, pukul lagi
3/masukkan agar2 dan susu Nespray dan pukul sebati
4/susun biskut saltcheese ke dlm loyang, tuang satu senduk dan ratakan
5/ratakan dan susun biskut lagi tekan ulang hingga habis
6/simpan ke dalam peti sejuk semalaman, barulah boleh dihidangkan.





7 comments:

  1. Alamakkkkk! cheese cake! Love want some pls! ;)

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Wow..Cheese cakenya...Berlapis-lapis...Suke suke suke..

    Tanya sikittt,
    Tang biskut tu,yg khas utk buat masakan(kek) ke or utk yg makan2 biasa...

    Boleh dapat kat pasaraya tak..Or kena gi kedai baking baru boleh dapat....

    He he he he...
    byk tanya pula kan...pasal sue baru berjinak-jinak ngan kek ni...kek biasa2 tu selalu gak wat, tapi yang moden2 ni terkial-kial siket lah...

    ReplyDelete
  3. Senang ...nanti kalau ada bahan nak try..TQ Tinta!!

    ReplyDelete
  4. nenie..biskut tu utk mkn biasa2 je..kat spermarket biasanya ada..tak semestinya kat kedai jual peralatan kuih..

    ReplyDelete
  5. nmpak sedap la cis kek tinta. senang nk buat pun ye gak!!!

    ReplyDelete
  6. sedap nya...nk cuba buat tp ada ke biskut tu kt sini...hu huuu brp gram sukatan susu tepung dan biskut tu? tq tinta

    ReplyDelete
  7. kalo tak jumpa biskut salt cheese nie..ganti biskut yg plain boleh tak?

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...