click..click

...follower...tqvm..

Dec 17, 2009

Roti John....


Kenapalah Roti nie dinamakan Roti John?...ada sesiapa tahu ke?. Barangkali orang yang pertama buat roti camne nama John ke?...Saya  nie minat sangat makan roti John....kalau kat Kuching susah juga nak beli yang sedap. Adapun mahal sangat. Tak berbaloi kalau sebiji roti John yang sekecil mcm nie harga rm3/4...Hari tu ada tengok kat dapur E-na, buat Roti nie. Siap tunjuk gambar demo membuat. Bagi Slow learner macam kita nie tu yang best kita boleh belajar satu persatu. Tak susah sangat pun...Terima kasih E-na, Resepi nie saya C n P dari Lovelykitchen, kepunyaan E-na Zarina.


BAHAN-BAHAN ROTI JOHN

5 ketul Roti hotdog atau yang seumpamanya
Inti daging bersayur
6 biji telur
Chilli Sauce
Mayonis
1000 island sauce
Sedikit marjerin



CARA-CARA MEMBUATNYA;

1/Roti di belah dua tetapi jangan putus.
2/Sapukan sedikit sahaja marjerin pada roti. Ketepikan.
3/Pecahkan sebiji telur ke dalam cawan.
4/Masukkan 2 sudu besar Inti Daging bersayur ke dalam telur tadi.
5/Tambahkan sedikit garam dan kacau.
6/Panaskan sedikit minyak di dalam pan.
7/Dengan api perlahan, masukkan semua bancuhan telur ke dalam pan
8/Masukkan roti yang telah di sapu marjerin tadi ke atas telur .
9/Tekan-tekan roti supaya menyerap telur.
10/Bila telur telah masak bolehlah di angkat.
11/Ulang langkah .
12/Picitkan chilli sauce, 1000 island sos dan mayonis ke atas lapisan telur
13/Lipat semula Roti tadi dan potong untuk di makan.





4 comments:

  1. Wuhh.nang nyaman roti john tok bah..mun polah dirik mpun sukati jak nak ngkah bahan banyak ney,kan..ehehe

    ReplyDelete
  2. akak n anak2 pun suka mkn roti john ni. x pernah buat lg, main beli aje.hehehe

    salam maal hijrah utk tinta sekeluarga!!!!

    ReplyDelete
  3. Salam Maal Hijrah. Baru semalam plan nak buat roti John tapi tak jadi.

    ReplyDelete
  4. Salam Maal hijrah juga buat kawan2ku sekalian...jemput mkn Roti John dgn burger..hihihi

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...