click..click

...follower...tqvm..

Dec 29, 2009

KeK Lapis Aneka Rasa dan Warna..



Kek nie minggu yang lepas buat, baru ada masa nak buat entry. Tinta sebenarnya banyak resepi2 kek2 lapis sarawak sama ada yang lama dan baru. Semua tu kakak Tinta yang sulong punya. Kakak Tinta namanya Kak Ida memang pakar dalam membuat kek2 lapis, tu semua masa kami masih kecil dan dia belum berkeluarga. Cuba bayangkan kalau Hari Raya, sampai sepuluh biji pelbagai kek lapis yang dia buat. Itu semuanya tinggal kenangan indah. mana taknya hari raya kami jarang brkumpul bersama, al-maklum kakak Tinta tu menetap kat Mukah, sedangkan kami semua kat Kuching. Tapi penyebab kami jarang berkumpul pada  hari raya sebab kedua ibu bapa dah takde lagi. Masing2 sibuk dgn keluarga sendiri.Tu semua tinggal kenangan yangg tak mungkin luput dlm minda. Wah..panjang pula tinta berceloteh kali nie.


Sebenarnya kalau kek lapis yang mengguna kaedah bakar tu rupanya  cantik tapi  berapa sedap. Itu pendapat tintalah. Yang sedap kek Lapis sarawak nie kalau yang menggunakan kaedah kukus.Resepi nie tinta ambil dari buku resepi koleksi peribadi.Jangan hairanlah kebanyakkan kek lapis Sarawak, banyak menggunakan telur.



BAHAN A

15 biji kuning telur
4 biji putih telur
1 sudu besar Ovalette
120 gm tepung gandum
150gm gula castor
25gm air sejuk dalam peti sejuk
(pukul bahan diatas bersama selama 10 minit)

BAHAN B

250gm mentega
1 sudu kecil essen vanilla
4 sudu besar susu pekat
(kacau sebati)

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1/Campurkan bahan A dan B
2/Kemudian kacau sehingga sebati. setelah itu bahagikan kepada lima bahagian.
3/Empat daripadanya diwarnakan ,
4/hijau dan merah dicampur 2 camca besar sekaya
5/ kuning dicampur 2 sudu makan horlick
6/coklat dicampur dua sudu makan milo atau serbuk koko
7/Biarkan satu tanpa warna dicampur dua sudu makan perisa chess
5/Lapis warna demi warna satu senduk sampai habis


proses melapis, warna demi warna....mula2 kena guna api atas dan bawah,
lapisan seterusnya guna api atas sahaja.

6 comments:

  1. Salam Tinta..

    Nak tanya siket....
    Kek yang Tinta buat ni sebenarnya bakar ke kukus ya...?Pasal kat atas Tinta cakap suka kukus tapi kat gambar tulis bakar pula..

    Atau boleh pilih mana-mana satu cara either bakar or kukus...

    Cantek Kek Tinta nii....Saya pun lately ni suka kek lapis Sarawak..Tapi belum pernah buat lagi...Main beli jeee...

    ReplyDelete
  2. cantiknya kek lapis tinta!!!kombinasi warna yg sweet!!!

    ReplyDelete
  3. Ada lagi tak kek lapis ni kak??? Love want some! ;)

    ReplyDelete
  4. Salam Dik Tinta...kek ni boleh kukus tak??? Sedapnya...nak try......kalau dapat rasa lagi best...


    Selamat tahun baru 2010...Moga Allah berkati kehidupan kita di mana jua kita berada...amin!!

    ReplyDelete
  5. nenie..kek nie Bakar...cuma kat entry tu..Tina hanya bagitahu..kek lapis kalau yg jenis kukus lebih sedap....
    Kek nie boleh kukus, cuma adunannya kena adjust..biasanya kalau kukus kena tebal sikit(agak2lah bubuh tepung)

    Love, kak Ain, kak Wati.."selamat Tahun Baru"...semoga hidup kita lebih baik dari semalam..."

    ReplyDelete
  6. cantiknyaaaa! E-na nk sangaaat try buat kek lapis sarawak ni tp buat masa ni xde ovalette....hu huuuuu

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...