click..click

...follower...tqvm..

Nov 6, 2009

Acar Rebung.......

 





Acar Rebung salah satu lagi masakan tradisional orang sarawak.  Sesetengah tempat acar Rebung dipanggil Pajeri Rebung. Rasa Acar rebung nie, gabungan tiga rasa, manis,masam dan juga sedikit masin.
Bila makan acar rebung pasti saya akan teringat arwah ibunda tersayang yang telah lama dijemput Ilahi....Acar rebungku ini memang langsung tak dapat mengalahkan acar rebung masakan arwah tersayang.......





BAHAN-BAHAN ACAR REBUNG

Rebung(telah direbus)..kadang2 dipanggil juga rebung jeruk..(Rm2.00)
Udang kering(dalam rm3)..Separuh ditumbuk, separuh dibiar mcm tu je
Serbuk kari (ayam/daging)..saya biasa guna Adabi dalam 5 sudu besar
Sedikit halia (diketuk)
serai (diketuk)
2 biji Cili hidup(di belah dua)
Sedikit Rempah tiga jenis iaitu
2 biji bunga cengkih, 2 biji bunga lawang, setengah batang kulit kayu manis
5 Ulas bawang merah(dikisar)
4 Ulas bawang putih (dikisar)
Minyak utk menumis secukupnya
Gula secukupnya
Garam secukupnya
Cuka atau  (air asam jawa) secukupnya


CARA-CARA MEMBUAT;

  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan juga serai serta halia  tadi sehingga naik baunya.
  • Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan kacau.
  • Masukkan pula rempah kari dan kacau hingga sebati. Setelah rempah kari naik baunya, masukkan pula air asam jawa dan biarkan seketika.
  • Masukkan Udang kering tadi
  • Selepas itu, masukkan rebung, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  • Apabila telah mendidih, masukkan gula dan garam. Kemudian kacau sehingga sebati.
  • Masak api perlahan dan biarkan seketika sehingga kuah acar rebung pekat.
  • Angkat setelah masak dan hidangkan.






3 comments:

  1. memang susah kita nak dpt rasa masakan yg sama mcm ibu kita wlupun ibulah yg ajar!

    ReplyDelete
  2. betul ain....lain tangan,,, lain rasa masakan...walaupun resepinya sama:)

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...