Anak-anak suka makan sayur....kali nie sekali lagi resepi , Sayur Campur...resepi dari ibu mertua...resepi kat bawah tu takde menyatakan jumlah byk mana sayur, ikutlah sesuka banyak mana nak memasak, begitu juga dgn jumlah bawang merah dan putih, biasanya saya memasak dgn menggunakan bawang kisar yang memang dah disediakan utk seminggu.
BAHAN-BAHAN
Sayur Brokoli(dipotong ikut citarasa masing)
Kobis bunga (dipotong)
Lobak merah(dipotong)
cendawan butang(dipotong/dibelah dua)
Tauhu jepun(digoreng)
anak jagung(dipotong )
isi ayam(dihiris nipis-nipis)
sos Tiram
bawang merah(dikisar)
bawang putih(dikisar)
minyak masak utk menumis
CARA-CARA
Didihan air dan bila sudah mendidih masukkan sedikit minyak masak bersama sedikit garam
selurkan sayur yang keras dahulu, biasanya lobak merah..
selepas itu diikuti sayur-sayuran yang lain, jangan terlalu lama.
bila kesemua sayur sudah dicelur, tumiskan bawang merah bersama bawang putih
masukkan isi ayam
masukkan sos Tiram bersama sedikit air,
bila sudah mendidih dan kuah agak pekat
masukkan kesemua sayur dan terus matikan api
ini supaya sayur2 tu tidak layu dan masih segar.
anak2 saya pulak tak mkn sayur!! payah nak train derang makan sayur la. pening kepala!!
ReplyDeleteanak2 saya alhamdulilah kak..bolehlah makan sayur terutama anak jagung....:)
ReplyDeleteAssalam Dik..akak pun suka jugak...Akak kalau warna warni memang suka sangat menceriakan hidup kan?
ReplyDeleteKak Watie...tadi ada prgi kat blog kakak...tak minta kebenaran pun ..tiru LiveTyping tu..takpekan kak..:)
ReplyDeletesedapnyerrrr...yg simple2 mmg tak jemu dimakan
ReplyDelete