Masakan nie sebenarnya kes orang kebuluran...tiba2 lapar, tak tahu nak makan apa..Yang paling cepat ialah mee maggie...tapi kat dapur pula ada buah asam Mbang tak dimakan lagi, lantas terciptalahh resepi nie...Buah Asam Mbang tu apa ya?...ada kat gambar di bawah...Rasa-rasanya adakah tidak buah tu di tempat lain?...rasanya mcm ada kat Borneo je...kalau kat Kuching kami panggil asam Mbang. Buah nie memang spesis asam, tapi rasanya memang sedap, manis campur sedikit masam dan apa yang best baunya harum, isinya pula bukan macam buah mangga, banyak serabut sikit....Untuk entry kali nie tak perlulah resepi..semua orang pandai masak maggie...Habis jugalah semangkuk maggie nie saya sorang makan..slurrpp
asam Mbang sebelum dan selepas dibuka kulit, buah nie ikut musim, kalau musim buah durian baru ada..kalau tak susah juga nak jumpa..
memang sedap makan maggi musim hujan nih...
ReplyDeletesekali sekala makan maggi, memang sedappp!!!
ReplyDelete