click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Nov 24, 2009

Sayur labu ..daun Kunyit, daun singkel





TintaCyber sebenarnya pengemar sayur labu kuning nie..
Lebih-lebih lagi kalau masak lemak,
tetapi kita nie memasak kena ikut selera suami,
suami tak berapa gemar makan masak lemak,
jadi saya masak rebus je labu nie...
Saya campurkan daun singkel(mcm dlm gambar di bawah),
kat tempat lain nama apa ya daun tu?..
kalau kat Kuching dipanggil daun singkel...
daun nie baunya wangi, dicampur pula dgn daun kunyit.....resepi nie ciptaan saya sendiri......





BAHAN-BAHAN


BAHAN A

1/2 biji labu kuning (dipotong dadu)
Daun singkel ikut suka byk mana(satu ikat)
daun kunyit di hiris


BAHAN B

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebatang serai( diketuk)
udang kering(dlm dua ringgit)
cili hidup
Kesemua bahan di atas ditumbuk)
garam
satu buku kiub ayam


CARA-CARA

  • Rebuskan air secukupnya hingga mendidih
  • masukkan kesemua bahan B
  • biarkan mendidih sebentar
  • masukkan labu,
  • bila Labu dah betul2 lembut
  • baru masukkan daun singkel dan kunyit
  • Terus tutup api supaya daun2 tak layu....


















inilah rupa daun singkel...dan daun kunyit yang telah dipotong


5 comments:

  1. salam dan selamat pagi cikgu,
    nak tanya nih.
    daun singkel tu daun apa ye cikgu
    ada nama lain kah cikgu

    ReplyDelete
  2. Ye lah cikgu, akak pun nak tau gak daun singkel tu apa..

    labu tu memang kegemaran akak..mak akak pun suka kami anak beranak suka..ikut sunnah nabi..sebab nabi pun suka makan labu :D

    ReplyDelete
  3. gaya ghopernya mcm daun bebuas@buas-buas. coraknya ler mcm daun tu...ermmm tgk pendapat org len plak. Tau daun tu?

    ReplyDelete
  4. daun tu sebenarnya sejenis ulam-ulaman, boleh diulam dgn sambal belacan juga, takde nama lain..:)

    ReplyDelete
  5. "Daun Singkel" Dialect Sarawak
    "Daun Bebuas" or "Daun Buas-Buas" di Bahasa Malaysia
    Kalau tak silap lah.....cuba google kan...

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...