click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Nov 3, 2009

Ayam Pansuh....modern Style








kali nie dapurku berasap memperkenalkan salah satu lagi masakan tradisional sarawak..Ayam Pansuh Modern. Dinamakan ayam pansuh modern kerana, ayam nie dimasak menggunakan kaedah stim, Asal resepi nie ialah ayam dimasak di dalam buluh. Sebagai ibu yang berkerja dan menguruskan tiga orang anak, tak sempat pula nak masak menggunakan buluh..
Memang rasanya taklah sesedap ayam yang dimasak menggunakan buluh..tapi adalah juga rasa Ayam Pansuh....





BAHAN-BAHAN

Setengah ekor ayam(dipotong) mengikut citarasa masing2
daun Ubi kayu(diramas)..(kuantiti bergantung pada citarasa masing2, biasa saya beli RM1.00
3 batang serai(diketuk)
4cm halia(diketuk)
sekuntum bunga kantan (dipotong)
4 biji bawang merah(ditumbuk)
4 ulas bawang putih(ditumbuk)
perasa secukupnya

CARA-CARA MEMBUATNYA:

  • daun ubi kayu diramas dengan mnggunakan sedikit garam dan digaul bersama ayam
  • masukkan serai, halia, bawang merah dan putih yang telah ditumbuk kedalam ayam tadi
  • masukkan juga bunga kantan yang telah dihiris memanjang
  • Gaulkan kesemua bahan dan dibubuh perasa
  • lepas tu masukkan ke dalam pengukus
  • dikukus selama lebih kurang 30 minit
  • makanlah semasa panas2.






4 comments:

  1. wahhh...tengok resipi, gtee sedap ayam ni!!!

    ReplyDelete
  2. ni kali pertama dgr ayam pansuh ni...mesti cuba la..

    ReplyDelete
  3. ye ke.....dekat Sarawak...masakan nie agak trkenal juga, actually masakan tradisional masy.Dayak.Yang sebetulnya mereka memasak mnggunakan Buluh, macam org mmbakar lemang. Tu lagi sedap....:)

    ReplyDelete
  4. Great recipe!
    Your photo and its’ source have been featured on the World Food Guide website:
    http://worldfood.guide/photo/ayam_pansuh_1377/

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...