click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Dec 3, 2009

Sup Bebola Daging...


Selalu buat sup, kalau tidak ikan, ayam, sayur dan kali nie  pula tinta buat Sup daging. Boleh dimakan semua peringkat usia. Terutama kalau ada anak2 yang masih kecil..campur dengan kentang, anak2 akan ratah aje kentang tu...sup kalau kentang nya digoreng dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sup, pada pandangan Tinta, agak sedap ,cuma berminyak sikit...Resepi kat bawah nie tinta ambil daripada buku resepi koleksi pribadi...:)




Resepi Sup bebola Daging

BAHAN A
500gm daging cincang
100gm bawang merah
1 batang serai
2 helai daun limau purut
(semua bahan di atas dicincang halus/blend)

BAHAN B
5 ulas bawang merah dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
1 paket rempah sup
2 sudu lada sulah
kentang secukupnya(digoreng dahulu)
Garam secukupnya
daun sup
bawang goreng

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. gaul rata bahan A, bentukkan menjadi bebola
2. tumiskan bahan tumisan. (bahan B)
3. masukkan air, rempah sup, lada sulah, garam dan serbuk perasa.
4. masukkan bebola daging ke dalam air
5. bila bebola sudah timbl itu menandakan bebola daging sudah masak
6. bolehlah dihidangkan bersama daun sup dan bawang goreng.





5 comments:

  1. Tinta..campak bihun ke mee ke kue teow jadi lah noodle bersup....pun sedap jugak kan!!!

    ReplyDelete
  2. Salam kak tinta, mmg nampak sedap sup ni kak :)

    ReplyDelete
  3. kak watie..mmg pun...nanti update mee sup pulak..
    azura...wah seronok nya bercuti ke Singapore...best nyee..

    ReplyDelete
  4. Salaam ..Tinta,

    Sedaap nyer.. lapaar la

    ReplyDelete
  5. sop la pulak no...sedapnya klu pekena ngan mee

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...