click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Dec 28, 2009

Pizza Ria ...sosej,nanas,jagung.


Untuk membuat  pizza nie..tinta merujuk kat blog Teratak Dayang Jack. Kak Dayang izinkan saya CnP ye. Memang sedap pizzza nie. Cuma tinta ubah mengikut bahan2 yang ada. kalau kat Kuching ada sebuah tempat kat bawah jambatan Satok, ada sebuah kedai Namanya Pizza Ria. Memang adalah sedikit kesamaan rasa. Cuma bila kita buat sendiri kita boleh buat topping ikut selera sendiri. Dah lama tak makan kat situ. Anak2 dan suami lebih gemar makan kat Pizza HuT. Pizza saya nie ada kekurangan, dah masuk oven baru teringat lupa bubuh mayonis. Tapi tanpa mayonis pun ok juga...


BAHAN-BAHAN
Pizza base : Large size
2 cawan tepung gandum
2 sk yis segera (sebaik2nya yis mauripan)
2 sb susu tepung
157 ml air suam (39C....suhu org demam panas)
1 sb gula halus
1/2 sk garam
1/2 sb bread softener
1 sb olive oil


CARA-CARA

1/Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)

2/Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dgn hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik (tidak perlu tambah tepung sb sukatannya dah betul kalau guna cawan/sudu metrik...hehe...). Teruskan menguli lebih kurang 15 minit.

3/Simpan doh di dlm satu bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.

4/Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dgn minyak zaitun.
Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk2kan sedikit utk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dlm pan dengan hanya menekan dgn telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai. Ratakan doh sehingga padat.

5/Cucuk permukaan doh dgn garpu dan sapukan dgn minyak zaitun di tepi2 doh dgn berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak).

6/Akhir sekali ratakan dgn sos tomato/cili, mayonis dan bahan2 topping yg lain kecuali keju parut dan oregano.

7/Bakar selama 20 minit. 5 minit terakhir, keluarkan pizza dari oven. Taburkan keju parut dan oregano. Bakar sehingga perang.


Untuk Topping :

100 g isi ayam/daging (dicincang/minced)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1-2 sb puri tomato
sedikit mix vegetable
edikit garam dan gula
sedikit mayonis
sos tomato/cili

Untuk hiasan :
sedikit oregano kering
sedikit tomato (dihiris dadu)
sedikit crabstick (dipotong kecil)
sedikit cendawan shitake
Mozarella Cheese
Lain-lain jika suka.

5 comments:

  1. KakTinta...Love dah bawak pinggan besar2 nih! kekeke :) Want a piece pls!

    ReplyDelete
  2. mintak kamek sehiris piza kitak yaa...

    ReplyDelete
  3. Salam Tinta...

    Lupe mayonisss..Tapi tetap nampak menarik....
    Buat sendiri lagi puas hati kannn? Buh lah banyak mana toppingnya..Puas makan...

    ReplyDelete
  4. Salam Tinta...wah, terus lapar kmk nanggar pizza ktk tok koh...maok jak nk ngendeng. Psst!! kmk pun suka mkn pizza kat debah jmbtn ya. Bila teringat tmpt ya, kmk molah pizza ria sempena nama tmpt ya...msh wujud lagik rupanya tmpt ya oo...heheh. Ada sigek gik tmpt yg kmk suka mkn iaitu Piza Permata Kuching. Msh ada lagik kah tmpt ya?? masa kecik2 dolok nang kmk suka tapau pizza dari sia. Nyaman gilak koh. Mun ada resepinya boleh lah share. Nya pun topping ya mabeles gilak kalah Pizza Hut bah. Ya pendapat kamek lah...hehe

    ReplyDelete
  5. Love....sila ambil..jgn malu2..Hasue pun sama..
    Nenie..mayonis mmg dah ada atas meja...entah mcmana boleh lupa..nyanyuk btul..

    Kak Dayang..pizza Ria masih ada lagi wujud..Piza permata kat cney o??/

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...