click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Dec 27, 2009

Mini Sosej Bun...


Mini sosej nie tinta sediakan untuk hidangan anak2 saudara yang suka makan roti kecil2 begini.Resepi sosej bun nie...tinta guna resepi dari blog Hana Memories..., Terima kasih banyak2. Kali nie memang betul2 menjadilah mini sosejku ini...begitu gebu sekali....


BAHAN-BAHAN

250g tepung roti
6g yis kering
50g gula
50g butter
20g susu tepung
1 biji telur- size S
70g water roux(ganti dg Shortening)
1/2 sk bread improver
1/2 sk garam
90-100ml susu segar
sosej secukupnyer - rebus dahulu

CARA-CARA MEMBUATNYA

1/Masukkan semua bhn kecuali sosej ke dalam BM. dan tekan setting dough ONkan. (saya guna mesin tangan, belum ada BM, tunggu bonus ASB hihi)
2/Tunggu hingga siap.
3/Naikkan doh hingga dua kali ganda. Tumbuk2an bagi mengeluarkan angin.
4/Ambil 25-30g. canaikan doh,buh sosej dan gulungkan. Letak di atas loyang.
5/Naikkan roti sekali ganda lagik. Panaskan oven.
6/Bakar 180 selama 15min atau hingga masak.
7/Dah masak sapukan butter agar berkilat dan sejukkan di atas redai.


6 comments:

  1. Salam Tinta...wah rajinnya buat roti tuhh....sedap tul..bebudak mmg suka roti camni kan...

    Tinta..Egg Mould tu liza beli kat 100 yen yg jual barangan jepun kat RH Plaza BDC sebelah TAKA...kat area tu ada EON Bank juga..tepi jln dah nampak 100 yen tu.

    ReplyDelete
  2. rajinnya tinta. akak gunakan readymade pastry aje.hehe

    ReplyDelete
  3. Wow, Love want some sausage bun pls!! ;)

    ReplyDelete
  4. thanks eliza..tak pernah lagi pergi situ..nanti pegi nak bli mould telur tu jugaa...kak ain...cuti2 byk masa..kalau dah buka sekolah..sibuk bnda lain pula..huhu
    Love...marilah ke rumah tinta ,nanti tinta hidangkan..hihi

    ReplyDelete
  5. Salam tinta,
    Kat rumah akak klu buat roti sausage ni tak sempat nak tunggu sejuk. Klu nak bagi cantik lg sapu egg wash sebelum bakar. Mcm pakai 'blusher' lah gitu....

    ReplyDelete
  6. Nak juga 3 ketui! bungkus yer! he he

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...