click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Dec 1, 2009

Kek Lapis...Coklat cheese









Tintacyber jarang buat kek , kalau ada apa2 majlis atau  hari perayaan barulah buat. Takde orang nak makan. Anak-anak saya nie pelik sikit, bila kek dah masak tak berapa suka nak makan, mereka suka adunan yang mentah(yg belum dikukus atau bakar), tulah kadang2 kalau saya buat kek lapis , tak balance, sbb anak2 makan macam aiskrim adunan yg masih mentah tu..Kek nie sebenarnya saya buat dua biji..satu saya kukus, satu lagi saya bakar, buat lebih nak bagi kwn....Tapi resepi kat bawah saya dah ubah suai utk sebiji kek...sebenarnya utk bahagian coklat, saya ambil resepi asal kek coklat daripada kawan saya(cikgu cathrine). Seorang yang pakar dalam membuat kuih-muih dan busylah menerima tempahan sekitar kuching....Sebab dah biasa buat kek coklat   tu ...jadi adunan sebiji kek coklat acuan 8'8' tu saya dah kurangkan kat bawah...Sebelum nie pernah juga buat entry nie..tapi resepi lain..




Resepi Kek lapis Coklat Cheese (untuk acuan 8'8')




BAHAN-BAHAN COKLAT


1/2  cawan serbuk koko(biasa guna brand Van Houten)
1/2 cawan air
1/2 cawan susu manis
125 gm mentega
125gm tepung naik sendiri + satu sudu kecil bikarbonat(diayak bersama)
3 biji telur
120 gm gula halus
1 susu teh esen vanilla


CARA-CARA MEMBUAT ADUNAN COKLAT



  • koko, susu manis dn air dipanaskan hinga larut, biar sejuk.


  • mntega, gula dipukul hingga naik, masukkan telur satu persatu


  • tambah esen vanilla dan tepung, gaul rata


  • Masukkan adunan koko tadi dan gaul sampai sebati


  • Bakar atau kukus hingga masak...

    BAHAN-BAHAN CHEESE

    (A)
    5 biji kuning telur
    3 biji putih telur
    180 gm gula halus
    150gm tepung hong kong
    1 camt. ovalet
    (B)
    250 gm cream cheese Philadelphia
    4 sudu besar susu manis
    1 camt lemon paste


    CARA-CARA MEMBUAT BAHAGIAN CHEESE



    • pukul Bahan A sehingga kembang,


    • pukul juga bahan B


    • baru gaul rata Bahan A dan B

    * Kukuskan bahagian coklat dahulu
     * Bila sudah masak barulah dimasukkan bahagian Cheese..





    5 comments:

    1. Salam Adik Tinta...akak belum pernah wat cheese cake lagi...nanti nak try jugak lah...sedapnya...Hubby tak berapa suka benda2 bercheese...tapi Akak suka jer!!!Ada lagi tak...pos sikit!!!

      ReplyDelete
    2. sedapnya kek tu...cantik je masaknya yek...

      ReplyDelete
    3. salam wahhh sdp nya npk kek ni..padat betul isi dlm nta..nak try lahh fvret ni Tq ye sharing resepi kat cini

      ReplyDelete
    4. Uish, sedapnya kek akak nih! Love suka makan, tak reti buat...kekekeke! Nak tapau dari akak jer la! hehe ;)

      ReplyDelete
    5. akak pakai loyang saiz brp ek??

      ReplyDelete

    KongsiResepi

    Rehat Sekejap...