click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Dec 2, 2009

Kari Kepala Ikan...


Baru-baru nie baru beli beberapa buah buku daripada Chef Hanieliza, Walaupun ada laman blog, kadang2 malas juga nak online, terutama waktu line slow...jadi beli untuk simpanan dan rujukan. Resepi Kari Kepala Ikan nie,saya ambil dari laman blog chef yang terkenal, Chef Hanieliza,..minta izin ya  cnp resepie nie, cuma saya ubah suai sikit mengikut bahan-bahan yang ada.




BAHAN-BAHAN

1 ekor kepala ikan merah/tenggiri/jenahak (saya guna ikan tongkol)..
2 bungkus serbuk kari ikan [bancuh ngan sikit air]
5 biji sayur bendir (tak bubuh..takde stok)
2 biji tomato belah 4
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
minyak
garam


Bahan tumis

5 ulas bwang merah
2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan
1 inci halia
1 s/b halba campur
2 tangkai daun kari


CARA-CARA MEMBUATNYA ;

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa tadi [digaul dengan pati santan dan tapiskan]
4. Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendidih dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih




1 comment:

  1. tinta....peberet ieta tu kari kepala ikan....sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...