click..click

...follower...tqvm..

May 7, 2011

Cup Cake...Coklat Cheese


SeLamat Hari Ibu..kepada pengunjung Blog Dapurku Berasap dan kepada rakan-rakan bloggers sekalian...dan juga kita sentiasa sedekah Al-Fatihah, buat ibu2 kita yang telah lama pergi meninggalkan kita.Buat Cup Cake nie secara tidak di rancang. Sebenarnya terfikir nak buat kek apa, sempena Hari Ibu, bila buka peti sejuk, ada lagi bahan2 utk buat cheese cake dan ada pula cooking coklat. Jadi tanpa merujuk mana2 resepi saya teringat akan bahan2 utki membuat cheese cake dan Muffin coklat. Apalagi, bermulalah proses membaking dan syukur ianya menjadi walaupun gabungan dua resepi. Resepi bahagian coklat rujuk sini. Bahagian coklat tu saya ganda dua kan bahan-bahan. Untuk bahagian Cream cheese pula saya gunakan resepi instant cheese cake yang tak perlu di oven, hanya perlu sejuk dalam peti sejuk. Resepi rujuk sini.



Lebihan bahan utk buat cupcake , hantaran hari tu. 


Buat mak Mentua..."selamat Hari Ibu"...maintain awet Muda.....


May 4, 2011

Sotong Kicap Cili Kering


Resepi kali nie, Sotong masak kicap cili kering....Sotong merupakan makanan laut yang sedap dimakan samaada di buat sambal, goreng rangup atau masak kari. Sotong biasanya kalau di masak akan kecut. Untuk mengelakkan sotong menjadi kecut ketika dimasak, sotong hendaklah di rendam dalam air yang bercampur cuka selama lebih kurang 2 minit. Hasilnya sotong yang dimasak akan nampak segar. Info saya ambil drpd laman web petua nenek.  Jom semak resepi di bawah.


BAHAN-BAHAN

Sotong (500gm)
Cili kering (5 - 6 btg)
Halia ( 1/2 inci)
3 ulas bawang putih di tumbuk halus
2 ulas bawang merah di tumbuk halus
Sos tiram - 2 sudu besar
Sos Lada Hitam 1 sudu kecil
sedikit kicap manis dan masin
Bawang Besar
Daun bawang

CARA-CARA MEMBUATNYA...

  • Goreng cili kering sampai garing.
  • Masukkan halia yang telah dimayang.
  • Masukkan juga bawang putih dan bawang merah yang telah di tumbuk
  • Setelah naik bau masukkan sotong. setelah separuh masak, masuk sos tiram dan sos lada hitam dan juga kicap manis dan masin.(secukup rasa)
  • Bila kuah dah agak pekat taburkan bawang besar yang dipotong bulat, biarkan layu seketika.
  • Sebelum tutup api tabur daun bawang.
  • Sedia utk dimakan...





Apr 25, 2011

Cup Cake....CinTa Antara Dua BeNua

 Cup Cake nie....saja bagi tajuk Cinta antara Dua benua....saya buat sempena majlis pertunangan anak Saudara, Nurul Izzati dari Sarawak Bumi Kenyalang dengan tunangan Naadifan B. Che kamaruddin dari, Kelantan Darul Naim.
Cup cake nie saya guna resepi muffin Vanilla. Resepi KLIK KAT SINI.

 Masa bertunang nie biasanya saat paling indah dan manis dalam kehidupan seseorang dan paling banyak jugalah dugaan dan cubaan yang akan ditempuhi, teringat zaman saya dulu2. Semoga cepat2 pula naik pelamin ye....
nak menimang cuculah pulak aku nanti.....


Sebahagian gambar hantaran yang sempat di gambar, sebelum di bawa balik naik Kapal Terbang (bhs sarawak Nait Belon).
 Tak lupa kek Lapis Cheese.....





 kek lapis....sebagai buah tangan untuk dibawa balik ke negeri kelantan...disponsour oleh AWAWA KEK LAPIS....., Bersedia menerima tempahan, untuk majlis kenduri kahwin, Hari guru, hari ibu dan Majlis Pertunangan..

Apr 21, 2011

Cheese Cake

Selamat bersua kembali, semoga bloggers dan pengunjung blog DapurKu Berasap sihat dan ceria-ceria selalu hendaknya. kek Plain Cheese kek ini di buat sempena hari jadi Mak Mentua Hari tu. Baru ada masa nak update. Masa nak cari idea untuk deko kek, rancangan awal nak hias kek nie dengan buah Strawberry, tapi pusing2 supermarket berdekatan rumah tak jumpa pula buah Strawberry, kat Kuching susah sikit nak dapat buah tu, kalau ada pun harganya dlm rm22 ke atas sekilo. Suami pula cadangkan beli buah Tomato Cherry(tapi ku tolak pandangan itew,,tak sesuai betul kek di hias dgn tomato). Akhirnya terjumpa bunga hiasan biskut dan buah cherry...jadilah kek yang menepati citarasa anak2 yang bertemakan merah dan pink.resepi kek nie saya guna resepi Plain Cheese Cake....Jom semak Resepi...



Resepi Cheese Cake

Bahagian dasar kek.
  •  1  1/2 bungkus biskut oreo (hancurkan, saya selalu guna chopper elektrik)
  • 3 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar gula
  • -campur semuanya dan pdtkan dlm acuan yg bersaiz 8"(sebaik2nya guna acuan 'springfoam'), bkr lebih kurang 10 minit.
Bahagian Filling kek

Bahan2(A) ;
  • 500gm krim keju
  • 100gm gula kastor(kalau tak suka manis, boleh kurangkan)
  • 150ml susu segar(saya ganti dgn whipping cream)
  • 100gm mentega
  • 6 biji kuning telur
Bahan2 (B) ;

80gm gula kastor
4 biji putih telur
1/2 sudu teh serbuk krim tartar
-satukan bhn ni dan pukul hingga gebu dan kental (klu terbalikkan mangkuk ke bwh ia tdk jatuh)

Cara2:
1. Pukul krim keju, gula kastor, mentega dan tepung jagung sehingga kembang.
2. kemudian masukkan air susu dan kuning telur, pukul lg sehingga sebati dan berkrim.
3. Kemudian masukkan bhn B yg sdh dipukul td dan gaul perlhn2 sehingga sebati. Slps itu, tuang adunan ke atas biskut yg tlh dbakar.
4. Sediakan acuan yg besar drpd acuan td dan isikan air 1/4 penuh. Klu menggunakan acuan springfoam kena guna 3 loyang utk mengelakkan air masuk ke dlm aduan. Atau, boleh jg, membalut bahagian bawah acuan springfoam menggunakan aluminium foil. Masukkan acuan kek ke dlmnya dan bkr selama 1 1/2 jam pd suhu 160 darjah.
5. Sejukkan pd suhu bilik sblum dimasukkan dlm peti sejuk. Hiaslah mengikut citarasa masing2.

Kek, yang belum di deko, bahagian tengah kek merekah mungkin sbb terlebih oven(panas sgt).

Apr 9, 2011

MuFFin PiSanG....

Pisang  bukan saja sedap di makan begitu saja, dibuat kek, cucur, muffin, malahan banyak khasiatnya. Antara khasiat pisang yang utama ialah :
  1. Pisang merupakan sumber potasium yang membantu didalam menurunkan tekanan darah, membekalkan tenaga, membantu pertumbuhan otot serta mencegah kekejangan. 100 gram pisang mengandungi 400 gram potasium.
  2. Pisang mengandungi fruktosa, sukrosa dan glukosa yang membantu tubuh untuk kekal cergas.
  3. Kajian yang telah dijalankan mendapati dengan pengambilan pisang setiap hari dapat membantu mencerdaskan otak.
  4. Vitamin B dalam pisang dapat membantu mengawal sistem saraf dan menghilangkan rasa gugup.
  5. Unsur seperti vitamin B6, B12 dan potasium dapat membantu perokok untuk mengurangkan kesan ketagihan.
  6. Pisang mengandungi sejenis protein yang digelar tryptophan yang boleh membantu kita untuk rileks dan mengurangan tekanan.
Bagi wanita yang sedang haid, pisang dapat membantu anda lebih kekal cergas dan meningkatkan mood. INFO: Kredit to Mr Google......
Jom LaYan ReSepi Kat BaWah:............Terima Kasih banyak2 kepada penyumbang resepi...

RESEPI MUFFIN PISANG


BAHAN-BAHAN

1). 3 atau 4 biji pisang saiz besar (lagi banyak pisang lagi moist muffin)- saya letak 6 biji sederhana besar

2). 1/2 cawan gula halus (resepi asal 1 cawan)- saya letak 1/2 cawan dan manisnya memang sedap mungkin juga bergantung pada manis pisang

3). 1 biji telur- dipukul sedikit

4). 1/3 cawan mentega/margerine cair

5). 1 1/2 cawan tepung gandum

6). 1 teaspoon baking soda

7). 1 teaspoon baking powder

8). 1/2 teaspoon garam


CARA-CARA MEMBUATNYA:

Satukan pisang yang dilecek bersama gula, mentega cair dan telur. Ketepikan. Dalam bekas yang lain satukan tepung gandum dengan soda bikarbonat, baking powder dan garam. Saya ayakkan bahan ini bersama. Kemudian satukan bahan basah tadi ke dalam bahan kering. Cedukkan ke dalam loyang muffin dan bakar pada suhu 350 F (175 c) selama 20 minit. (Saya bakar 180 C selama 25 minit).


Mar 29, 2011

MuFFin JaGunG

Assalamualaikum....dan Salam Satu Malaysia...(cheewah.....macam nak berpidatolah pulak)....lama rasanya tak update blog. Kerja....kerja...letih...penat...tension...Kalau berterusan dalam keadaan macam nie bahaya jugakan. Menyentuh tentang perkataan BAHAYA, teringat pula dengan anak saya yang berusia 5 tahun, Belum dapat membezakan lagi antara perkataan bahagia dengan bahaya, betapa jauhnya berbeza perkataan BAHAYA dengan BAHAGIA. Anak saya yang no 2, Alya selalu bagitahu kat adik dia..Alya:"Bahagia adik..jangan main lompat-lompat, nanti jatuh,. Mama : "Alya, bukan Bahagia, Bahaya"...dua tiga hari kemudian...Alya: "jangan berlari adik Anis, Bahagia tu"...Mama: "geleng kepala saja".......tak apalah wahai anakku...mungkin satu hari nanti bila terbaca coretan mama ini akan jadi nostalgia buat dirimu...tentang perkataan Bahagia V Bahaya...Jom Layan Resepi Kat bawah........

CORN MUFFIN
BAHAN-BAHAN

1/2 cawan butter
2/3 cawan gula kastor
1/4 cawan madu
2 biji telur
1/2 tsp garam (saya x letak)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan Cornmeal (saya ganti dengan jagung cair dalam tin)...setengah tin
1/2 tsp baking powder
1/2 cawan susu (saya guna susu segar)
3/4 cawan jagung segar

CARA MENYEDIAKAN.

1. Putar butter, gula, madu dan telur hingga kembang.
2. Masukkan jagung cair , tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan susu berselang seli sambil di kaup perlahan-lahan.
3. Bila telah sebati masukkan jagung segar dan ratakan.
4. Masukkan kedalam paper cup dan masukkan kedalam Muffin pan atau gunakan cupcakes paper cup.
5. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan selama 10 minit awal selama 20-30 minit dengan kepanasan 160-C. Gunakan api atas bawah. ( terpulang kpd jenis oven)

Mar 4, 2011

TAUHU SUMBAT


Tauhu antara makanan kegemaran saya sekeluarga. Tauhu adalah antara makanan berkhasiat tinggi dan elok dijadikan menu di dalam sajian harian. Antara kandungan khasiatnya ialah mengandungi zat minyak Omega 3 bagi membantu menurunkan kadar kolesterol dan protein yang kaya dengan asid amino penting.

Di samping itu, tauhu juga mengandungi vitamin A, B dan E serta kalsium, zat besi, fosforus, kalium dan sodium. Bukan saja banyak khasiat, tauhu juga adalah makanan yang paling senang untuk disediakan dan boleh dimasak dalam pelbagai cara seperti menggoreng, rebus, kukus dan sebagainya.

Tauhu atau tofu merupakan produk kacang soya yang sangat penting kerana mengandungi nilai gizi yang tinggi. Isoflavon yang terdapat di dalam tauhu merupakan sumber fitokimia yang sangat kaya di dalam kacang soya dan mampu melawan kanser kerana adanya kesan fitoestrogen. Wanita Jepun dikatakan berisiko rendah untuk mendapat kanser payudara dan mempunyai kadar isoflavin yang tinggi kerana banyak mengambil produk kacang soya. Hasil daripada kajian selama 20 tahun di Amerika telah membuktikan bahawa lelaki yang gemarkan susu kacang soya dapat pengurangkan risiko pengembangan kanser prostate sebanyak 70% berbanding mereka yang tidak menggemarinya.


(info dpt melalui Mr Google,..tq)...


Untuk resepi Tauhu Sumbat kali nie, saya merujuk kepada Blog Chef terkenal Hanieliza Cooking.Minta izin CnP resepi...terima kasih banyak2.

Resepi Tauhu Sumbat

Bahan
4 keping tahu putih
timun
carrot
minyak

Cara
1. Tahu dibasuh dan gorengkan sehingga masak [golden brown]
2. Angkat tahu dan sejukkan
3. Tahu dipotong 2 dan belahkan dalamnya untuk memasukkan sayuran.
4. Parutkan carrot dan timun. gaulkan.
5. Masukkan sayuran dlam belahan tahu.
6. Hidangkan dengna sos cili atau sos kacang.

Sos Cili
5 biji cili merah
5 biji cili kering [rebus]
1 ulas bawang putih
1 s/b gula
1 s/b cuka
1 cawan air
1 s/b tepung jagung [bancuhkan dengan sedikit air]
garam

Cara
1. mesinkan semua bahan kecuali tepung jagung sehingga halus.
2. Panskan bahan cili sehingga emndideh.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan agak pekat sikit.
4. Tutup api dan biarkan sejuk.



Feb 24, 2011

MuFFin VaNiLLa Chips Coklat


Muffin Vanilla Chips coklat, lama dah buat baru masuk N3 untuk kali nie. Agak letih juga hari nie. Selalunya hari Jumaat rasa bertenaga sebab ada hujung minggu untuk bercuti, tapi mungkin sebab memikirkan beberapa tugasan yang perlu di hantar hari isnin nie. Mungkin ada sesetengah org ingat mnjadi guru tu mengajar saja, tapi sebenarnya zaman yang serba canggih manggih nie guru banyak bebanan tugas lain, bermacam-macam kertas kerja yang perlu di submit bermacam mesy. juga yang perlu di hadiri, belum lagi kena marking kertas dengan buat bermacam report. Tapi kalau difikir balik takde perkerjaan yang mudah. Semuanya memerlukan kesabaran dan pengorbanan. Hilang mood betul minggu nie, yang paling tak best weekend tanpa my hubby, dia outstation. Terpaksalah aku sorang2 yang nelayan melayan kerenah anak2. 
Sebelum nie pernah buat resepi nie, asalnya Vanilla Muffin. sebab dah terbiasa guna resepi tu.  hanya edit sikit bubuh coklat chips. Nak resepi KLIK KAT SINI.

Sebelum.........................


Selepas........................

Feb 17, 2011

Muffin Kenny Rogers


Masih terasa lagi kelembutan, kegebuaan dan kesedapan, muffin kenny rogers, terutama Muffin Pisang. Sempena Wed anniv yang ke 8 hari tu, berpeluang keluar berdua2an saja dgn husband. Selalunya kalau keluar kemana-mana mesti ada pengacau yang tiga orang tu. Tapi kalau takde mereka tak best pula rasa. Rasa tersekat pula makanan tu kat anak tekak bila keluar dan makan berdua2. Tapi masuk jugalah dalam perut.(gimik bahasa je)....Sebenarnya kebetulan pula cuti peristiwa sempena tahun baru cina hari tu, dan anak2 bersekolah. Sekali sekali mengenang saat2 dulu2 , apa salahnyakan. Jadi cuci2 jelah mata wahai pengunjung2 blogku apa yang telah masuk kedalam perutku sekaligus menambah Kg kat penimbang..:(. 


air nie memang sedap......tak boleh diminum selalu....manisnya

nie kira makanan orang berdiet jugalah kan..protein tinggi......
nie part yang aku makan...

 yang nie....setengah ekor ayam.....terlebih kenyang pulak....

semoga hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat.....amin


untuk anak2ku ..Muffin Pak Kenny yang mmg sedap....


Bersama dengan N3 nie ada sedikit Tazkirah untuk Bacaan tentang penggunaan perkataan Salam. Info nie dapat dari FB.


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?  Apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)".  Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)
 

Baik gunakan.........ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. 


Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
  Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Wa
alaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh.”  Ringkasnya, baginda SAW akan beri salam dengan ucapan - "Assalamualaikum" dan jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.


Jawab salam yang betul ialah
"WAALAI KUMUS SALAM" dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu WAALAI KUM SALAM."
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye" contoh lerr.  Dan bukannya : "Kirim salam kat ASHREE yer.”  Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti " Ko tolong
kirim salam maut kat dia yer".

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam" yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum".
 

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform "A'kum" dalam sms ataupun email.  Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.  Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana
As Salam ialah dari perkataan "Assalamualaikum".

Jangan guna "Bye" kerana"Bye" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud "Di Bawah Naungan Pope."
  Jangan guna "A'kum" kerana"A'kum" bermaksud "Binatang" dalam bahasa Yahudi.  Jangan guna "Semekom" kerana "Semekom" bermaksud "Celaka Kamu."  Gunakan perkataan "As Salam" sebagai singkatan bagi "Assalammualaikum."  Tolong forward kepada umat Islam yang lain, untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
Sekian, semoga ada manfaatnya.

Feb 12, 2011

Baked Peach Yogurt Cheese Cake

Selamat berhujung minggu kepasa semua pembaca blog dapurku berasap. Sebenarnya semasa membuat entry nie agak terkejut terbaca status salah seorang kawan FB yang berbunyi "Wanita berkerjaya takde Maid is Stupid"....agak terkilan dengan pernyataan tersebut al-maklum saya juga berkerjaya dlm masa yg sama tak ada pembantu rumah. Kata2 tersebut rupanya bukan drpd kawan saya tersebut, tetapi dia mendengar seseorg mengeluarkan statement tersebut. Saya 90% tak bersetuju dgn pernyataan tersebut. Sebab ramai rakan sekerja yg berkeluarga dapat menguruskan rumahtangga tanpa bantuan pembantu rumah.Pelbagai masalah memang ada kalau kita tidak ada pembantu rumah tapi dengan adanya pembantu rumah tak juga semua masalah kita dapat diselesaikan. Yang penting kerjasama daripada kedua belah pihak samada suami atau isteri perlu ada dalam menguruskan rumahtangga. Daripada sepuluh cerita daripada sepuluh rakan2 yang pernah ada pembantu rumah rata2 mereka menghadapi pelbagai masalah juga bila ada pembantu rumah. Saya sendiri pernah ada pembantu rumah tetapi sekarang membuat keputusan untuk tidak ada pembantu rumah setelah banyak isu yang timbul terutama pelbagai kerenah dan syarat-syarat yang di kenakan.
Berbalik pula resepi peach cheeseCake pula, sebenarnya saya ambil resepi nie drpd buku koleksi peribadi oleh Alex Goh, buku yang bertajuk "Creative Making Of Cakes"...dah lama buku tu tersimpan akhirnya ada juga masa untuk mencuba resepi nie. Cuma sebab saya malas nak buat kek span sebagai alas, saya guna biskut marie saja seperti dalam cara membuat kek cheese oreo .Buat dua biji kek hari tu, sebiji untuk di makan sendiri dan sebiji tempahan dari rakan sekerja. Jom semak resepi di bawah.......

 Yang nie tempahan dari rakan sekerja Puan Dayang Aliza,
.
Resepi Peach Yogurt Cheese Cake

Sediakan Kek span vanila bulat nipis berukuran 9" (saya tak ikut resepi asal, saya hanya guna Roti marie ditumbuk halus campur mentega cair sebagai base)

Filling(Inti)

(A) 500 gm krim keju
      50gm gula
(B) 50gm tepung
(C) 1 biji telur
      3 biji kuning telur
(D)  150 gm yogurt
(E)  3 biji putih telur
       70gm gula
       Secubit asa garam
(F) 300 gm kepingan buah Pic

CARA-CARA MEMBUATNYA;

1/. Putar A sehingga lembut dan gebu, Campur B dan adun sehingga sebati
2/. Tambah C dan pukul hingga tidak berbintil-bintil
3/. Campur D dan gaul rata-rata. Pukul E sehingga pekat, campur adunan tadi dan gaul hingga sebati.
4/. Letak selapi nipis kek span vanilla ke dalam acuan bulat( saya guna base biskut marie). Susun kepingan pic di permukaan. Tuang adunan keju ke atas lapisan tadi. Bakar secara waterbath pada suhu 160c selama 60 minit. Siap untuk dihidangkan.




Jan 27, 2011

MuFFin JaGunG


Bersua kembali pada hari Jumaat yang penuh berkat. Rasa-rasa hari Jumaat saja ada banyak masa melayan diri di alam Cyber. Buat rakan-rakan bloggers, rakan FB, dan rakan2 yang membaca N3 kali nie, maaflah sebab lama tak update status atau komen apa2 status atau membalas salam Ziarah rakan2. Dari hari ke hari terasa semakin sibuk. Pengakhir bulan Januari banyak perkara yang perlu siap dan di hantar. manusia nie memang suka buat perkara last minute.(aku lah tu). Semalam print beberapa dokumen yang perlu ada dalam Folio FRM.,(fail Rekod mengajar). Sampai habis ink printer, lebih kurang 400 muka surat. Tapi syukur kepada yang Esa sempat juga menyerahkan tugasan tersebut. Resepi kali nie dah lama simpan resepi, dan akhir nya tercapai juga hasrat nak mencuba .Muffin Jagung daripada Blog aziancollections
Semasa meneliti resepi daripada blog Kak Azian, ada satu bahan yang bernama CORNMEAL yang agak susah untuk di perolehi. Hampir seluruh bakery kat Kuching saya pergi cari bahan tu. Akhirnya jumpa juga bahan tersebut, di salah sebuah bakery yang agak famous kat Kuching kedai 3K. Tapi lain pula namanya.Polenta Corn, gambar ada kat bawah.
Untuk kak azian terima kasih atas perkongsian resepi , 
saya Copy N paste k,,,,Syukran jazilan, jazakaallahufikh.
CORN MUFFIN

BAHAN-BAHAN

1/2 cawan butter

2/3 cawan gula kastor

1/4 cawan madu

2 biji telur

1/2 tsp garam (saya x letak)

1 1/2 cawan tepung naik sendiri

3/4 cawan Cornmeal

1/2 tsp baking powder

1/2 cawan susu (saya guna susu segar)

3/4 cawan jagung segar

CARA MENYEDIAKAN.

1. Putar butter, gula, madu dan telur hingga kembang.

2. Masukkan Cornmeal, tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan susu berselang seli sambil di kaup perlahan-lahan.

3. Bila telah sebati masukkan jagung segar dan ratakan.

4. Masukkan kedalam paper cup dan masukkan kedalam Muffin pan atau gunakan cupcakes paper cup.

5. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan selama 10 minit awal selama 20-30 minit dengan kepanasan 160-C. Gunakan api atas bawah. ( terpulang kpd jenis oven)



Jan 20, 2011

Tauhu masak Tiga RaSa



Hari Jumaat yang begitu indah. Bestnya bila tiba hari Jumaat. 
Pertamanya ,sebab dapat balik awal dari bekerja dan ada dua hari untuk bersama keluarga.Tapi sebenarnya banyak  perkara yang nak di buat bila tiba hujung minggu. Itulah masa untuk membeli barang2 keperluan rumah dan masa untuk mengemas dan membersih apa yang patut. Apa yang penting adalah juga masa dan idea untuk mengemaskini blogku ini. Terima kasihlah atas kunjungan rakan2 semua....Buat semua followersku<<<.>>>> Sayang anda semua......:),,,,,Layan je lah resepi yang simple kat bawah...oppss lupa nak share satu petua, bagi sesiapa yang suka makan Tauhu/Tahu..untuk mengoreng tauhu yang mulus dan cantik...semasa minyak telah panas..taburkan sedikit garam ke dalam minyak dahulu sebelum mengoreng.

Resepi Tauhu masak tiga Rasa

Bahan-bahan
2 keping Tauhu
1biji timun(diparut memanjang)
1 biji lobak merah(diparut memanjang)
2 sudu besar sos Plum
2 susu besar sos Cili@tomato

bahan perasa secukupnya
Kacang goreng ditumbuk halus
minyak masak secukupnya

BAHAN2 UTK DI KISAR
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang merah
2 biji cili

CARA-CARA MEMBUATNYA
1/. Tauhu digoreng dan di potong mengikut citarasa masing2.
2/. Tumiskan bahan2 yang dikisar dan masukkan sos plum dam sos cili
3/. Bubuh perasa secukupnya dan tambahkan sedikit air sekiranya tak mahu kuah yang pekat
4/. Bubuh Kuah di atas tauhu tadi berserta timun dan lobak merah yang telah di parut memanjang berserta kacang tanah yang telah di tubuk halus
5/. Siap untuk dihidangkan





Jan 7, 2011

aYaM PanSuh.....

Selamat berhujung minggu....Syukurlah dapat menikmati dua hari untuk berehat, setelah agak penat bekerja 5 hari, lebih2 lagi setelah bercuti panjang. Awal tahun dan akhir tahun bagi seorang pendidik memang agak sibuk. Sesibuk mana pun seseorang ibu atau mama atau mak atau umi dan apa2 panggilan bagi seorang Emak, keutamaan anak2 dan keluarga harus diurus dengan sempurna. Keletihan dan kekusutan fikiran hanya kepada yang Esa kita memohon supaya setiap hari dipermudahkan segala urusan. Sebab disetiap segala kesusahan pasti ada kesenangan, begitu juga sebaliknya. Sebenarnya N3 kali nie nak memaparkan ayam pansuh, melalut/beralih arah pula fikiran ku kali nie. Mungkin bagi sesetengah orang melalui penulisan adalah antara cara kita melepas kepenatan fikiran. Sebenarnya dah hampir sebulan menjadi Ibu Tinggal,(bukan Ibu Tunggal)..suami outstation di saat melalui hari yang paling sibuk. Terpaksa pula menguruskan anak2 yang masih kecil seorang diri. Seawal jam 6 pagi memastikan anak2 sudah disiapkan dan berada didalam kereta. Kalau lambat ,lambat pula masuk kerja. Dalam masa yang sama saya pula berpindah ke tempat kerja yang baru(atas kehendak sendiri). Jadi menyesuaikan diri di tempat yang baru dengan tugasan yang baru memang letih, tapi bersyukur kepada yang Esa, semuanya setakat ini berjalan lancar.
Berbalik pula kepada Ayam pansuh, sebenarnya antara makanan Tradisional Sarawak. Sebelum nie pernah buat N3 resepi nie. Boleh KLIK KAT SINI...




RESEPI AYAM PANSUH SARAWAK


BAHAN-BAHAN

Setengah ekor ayam(dipotong) mengikut citarasa masing2
daun Ubi kayu(diramas)..(kuantiti bergantung pada citarasa masing2, biasa saya beli RM1.00
3 batang serai(diketuk)
4cm halia(diketuk)
sekuntum bunga kantan (dipotong) optional
4 biji bawang merah(ditumbuk)
4 ulas bawang putih(ditumbuk)
perasa secukupnya

CARA-CARA MEMBUATNYA:

  • daun ubi kayu diramas dengan mnggunakan sedikit garam dan digaul bersama ayam
  • masukkan serai, halia, bawang merah dan putih yang telah ditumbuk kedalam ayam tadi
  • masukkan juga bunga kantan yang telah dihiris memanjang
  • Gaulkan kesemua bahan dan dibubuh perasa
  • lepas tu masukkan ke dalam pengukus
  • dikukus selama lebih kurang 30 minit
  • makanlah semasa panas2.

KongsiResepi

Rehat Sekejap...