Selamat berhujung minggu....Syukurlah dapat menikmati dua hari untuk berehat, setelah agak penat bekerja 5 hari, lebih2 lagi setelah bercuti panjang. Awal tahun dan akhir tahun bagi seorang pendidik memang agak sibuk. Sesibuk mana pun seseorang ibu atau mama atau mak atau umi dan apa2 panggilan bagi seorang Emak, keutamaan anak2 dan keluarga harus diurus dengan sempurna. Keletihan dan kekusutan fikiran hanya kepada yang Esa kita memohon supaya setiap hari dipermudahkan segala urusan. Sebab disetiap segala kesusahan pasti ada kesenangan, begitu juga sebaliknya. Sebenarnya N3 kali nie nak memaparkan ayam pansuh, melalut/beralih arah pula fikiran ku kali nie. Mungkin bagi sesetengah orang melalui penulisan adalah antara cara kita melepas kepenatan fikiran. Sebenarnya dah hampir sebulan menjadi Ibu Tinggal,(bukan Ibu Tunggal)..suami outstation di saat melalui hari yang paling sibuk. Terpaksa pula menguruskan anak2 yang masih kecil seorang diri. Seawal jam 6 pagi memastikan anak2 sudah disiapkan dan berada didalam kereta. Kalau lambat ,lambat pula masuk kerja. Dalam masa yang sama saya pula berpindah ke tempat kerja yang baru(atas kehendak sendiri). Jadi menyesuaikan diri di tempat yang baru dengan tugasan yang baru memang letih, tapi bersyukur kepada yang Esa, semuanya setakat ini berjalan lancar.
Berbalik pula kepada Ayam pansuh, sebenarnya antara makanan Tradisional Sarawak. Sebelum nie pernah buat N3 resepi nie. Boleh KLIK KAT SINI...
BAHAN-BAHAN
Setengah ekor ayam(dipotong) mengikut citarasa masing2
daun Ubi kayu(diramas)..(kuantiti bergantung pada citarasa masing2, biasa saya beli RM1.00
3 batang serai(diketuk)
4cm halia(diketuk)
sekuntum bunga kantan (dipotong) optional
4 biji bawang merah(ditumbuk)
4 ulas bawang putih(ditumbuk)
perasa secukupnya
CARA-CARA MEMBUATNYA:
- daun ubi kayu diramas dengan mnggunakan sedikit garam dan digaul bersama ayam
- masukkan serai, halia, bawang merah dan putih yang telah ditumbuk kedalam ayam tadi
- masukkan juga bunga kantan yang telah dihiris memanjang
- Gaulkan kesemua bahan dan dibubuh perasa
- lepas tu masukkan ke dalam pengukus
- dikukus selama lebih kurang 30 minit
- makanlah semasa panas2.
salam kak, apa khabar? menarik ayam ni..lum pernah mkn lagi ...sure sedap ni..
ReplyDeleteSalam nieza....bolehlah cuba untuk merasa variasi cara memasak ayam..
ReplyDeleteassalamualaikum...saya pernah masak resipi ni masa camping dengan pelajar saya...tp kami masak@bakarnya dlm buluh...sedap.. :D
ReplyDelete