click..click

...follower...tqvm..

Aug 16, 2011

TomYam...Udang

Alhamdulilah.....dah masuk Ramadhan yang ke 16 hari nie, bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik sempena bulan yang mulia ini.Walau sibuk dengan tugasan kerja masih mampu juga menyediakan lauk pauk untuk berbuka sekaligus merangkap juadah untuk bersahur pula. Kadang-kadang apabila dilanda kemalasan yang teramat barulah saya membeli juadah di bazaar Ramadhan. Itupun untuk menambah juadah yang ada.Sibuk bagaimanapun saya akan memasak sekurang2nya satu lauk utama untuk berbuka. Sebenarnya bulan Ramadhan meninggalkan kenangan manis yang berkaitan dengan Blog dapurku berasap. Idea membuat blog ini timbul semasa bulan Ramadhan 2009. Ketika itu baru melanggan Broadband Celcom dan nak mencari menu dan idea untuk memasak. Mula2 rasa begitu kagum dengan beberapa blog masakan yang mempamerkan gambar2 dan resepi yang begitu canggih dan memang mengecurkan air liur apabila membaca dan memandang. Rasa2nya dengan adanya blog sendiri banyak kesan positif yang saya dapat terutama ketika mencuba resepi2 dari dapur rakan2 yang lain sekaligus dapat menyediakan juadah dengan lebih kreatif dan menyelerakan untuk keluarga. Tapi, maaf saya pohonkan kepada rakan2 blogger kerana tidak dapat hendak meninggalkan komen atau membalas komen disebabkan kesibukan tugas di rumah dan di tempat kerja, lebih2 lagi sekarang menggunakan line streamxy, dan tempat baru saya bertugas pula tak ada kemudahan internet. jadi masa yang ada agak terhad untuk saya berblogging tika dan saat ini..Panjang pula leteranku kali ini...Jom semak resepi kat bawah........

Bahan-bahan utama untuk membuat TomYam.



RESEPI TOMYAM UDANG
Sumber: E-nalovely kitchen

Bahan-bahan(telah diubahsuai berdasarkan bahan2 yang ada)
  • Sedikit Udang(dibersih)
  • Lobak merah
  • Cauliflower
  • Brokoli
  • 1biji bawang besar dipotong
  • 1-2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1-2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2  biji tomato dibelah 4
  • 3  batang serai(diketuk)
  • 4 biji limau nipis(nak masam letak lebih)
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 biji cili api/(nak pedas letak lg byk)
  • sedikit cili serbuk(utk warna merah)..kalau nak buat tomyam putih tak perlu bubuh
  • 4-5 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit Perasa


Cara-Cara

1. Panaskan satu sudu besar minyak masak.
2. Masukkan bawang putih, kacau hingga naik bau,jgn sampai hangit.
3. Masukkan air, biarkan mendidih.
4. Masukkan serai.
6. Kemudian masukkan cauliflower, bawang besar, dan segala jenis sayur yang ada.
7. Perahkan limau nipis dan masukkan daun limau purut serta cili padi yg di ketuk.
8. Masukkan garam dan perasa.Rasakan cukup masam,masinnya dan akhir sekali baru
masukkan udang dan sotong
9. Bila sudah masak masukkan tomato dan tutup api dapur.
10.Sedia untuk dihidangkan.



Sayur-sayuran yang biasa digunakan di dalam memasak Tomyam.

Nielah pokok limau purut kat belakang rumah saya. Tumbuh subur menghijau. Banyak kegunaannya, selain digunakan untuk membuat tomyam boleh juga digunakan untuk memasak paprik atau rendang.

Aug 13, 2011

Brokoli Wif Udang

Ramadhan yang ke 13, fasa kedua bulan Ramadhan....kadang-kadang kusut juga fikiran memikirkan apa juadah untuk berbuka, dan menu untuk bersahur. Biasanya untuk bersahur saya sediakan menu yang ringkas tetapi berkhasiat. Brokoli udang antara menu ringkas dan berkhasiat untuk bersahur. Biasanya saya sediakan tumisan udang terlebih dahulu, dan bila bangun pagi hanya perlu campurkan brokoli. Mudah dan cepat. Syukur juga suami bukan jenis yang cerewet ketika bersahur. Sejenis menu pun cukup. Anak-anak pula lebih gemar bersahur dengan roti atau bijirin seperti koko krunch. Jom semak resepi.....


Resepi Udang Brokoli

Bahan-bahan

1/. 250gm udang segar
2/. Dua ruas Brokoli (dipotong mengikut citarasa)
3/.5 ulas bawang putih ditumbuk
4/. seulas bawang merah ditumbuk
5/. Minyak masak secukupnya
6/. Kiub ayam
7/. Garam secukupnya

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Celurkan brokoli terlebih dahulu ( air rebusan dicampur sedikit minyak dan garam). jangan terlampau masak, untuk mengekalkan khasiatnya.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk lumat. masukan udang , kiub ayam dan garam.
3. Apabila  tumisan udang telah masak , masukkan brokoli dan terus tutup api. Gaul brokoli sehingga sebati bersama udang.
4. Siap untuk dihidang.

Aug 8, 2011

BlueBerry CheeseCake

"Ramadhan Al-Mubarakh"......di kesempatan ini ingin saya mengucapkan, Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan dan semua pengunjung blog Dapurku Berasap. Semoga Ramdhan tahun ini membawa impak yang lebih baik dan mendatangkan keberkatan dalam hidup kita. Sebenarnya ada kawan yang menempah kek nie, tapi anak2 pun nak makan. Jadi buat sebiji untuk dimakan oleh anak2.Terima kasih atas sumbangan tuan punya resepi.


Resepi Blueberry Cheesecake

sumber : Drpd Blog " Dapur Tanpa Sempadan"


BAHAN-BAHANNYA
500 gram cream cheese
50 gram gula halus @ gula kastor
250 ml whipping cream
5 biji telur gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
1 camca teh esen vanilla (mat guna perisa vanilla butter)
100 gram gula halus @ gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar
Blueberry filling secukupnya (mat guna jenis yang ada biji2 blueberry)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 160C, lenser acuan spring-form tin berukuran 9 inci dengan mentega, balut bahagian luar tin dengan aluminium foil. Ketepikan.
  2. Putar cream cheese dan 50 gram gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar. Masukkan whipping cream dan putar rata.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung halus dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  4. Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula galus dan terus memutar hingga putih telur kental. Masukkan ke dalam no.3 dan gaul dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
  5. Tuang dalam tin, ratakan dan bakar selama 1 jam 30 minit dengan kaedah "water-bath", iaitu dengan meletakkan acuan tadi dalam bekas yang lebih besar dan tuang air panas dalam bekas tadi, dalam anggaran 1/2 inci.
  6. Bila masak biar sekejap dalam oven hingga suam. Kemudian keluarkan dari oven dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Keluarkan dari tin dan hias dengan blueberry filling atasnya...





Jul 21, 2011

RamaDHan Buffet Dinner 2011.....

Ikan Siakap Stim ala-ala Thailand....sebagai gambar intro untuk entry kali nie yang menjurus kepada,....RAMADHAN BUFFET 2011 sekitar kuching(akan di update sekiranya ada maklumat terkini)...Sebenarnya entry nie dibuat sebagai rujukan diri sendiri dan kaki-kaki makan sekitar Kuching....

Pantasnya waktu berlalu….melalui kehidupan yang sibuk saban hari akan membuat kita menghargai masa lapang yang ada dan kita juga sekaligus akan merasai betapa nikmatnya waktu lapang. Semalam semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terdengar berkumandangan lagu Harapan Ramadhan yang di nyanyikan oleh Man Bai, melalui Radio IKIM. Lebih kurang 9 hari hari lagi kita umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Walau Ramadhan belum tiba lagi sudah ada yang sibuk dengan persiapan untuk hari Raya pula. Ada sebilangan dari kita sudah siap dengan persiapan baju baru, langsir baru, barang hiasan baru, tetapi bagaimanakah persiapan amal ibadah kita??( persoalan untuk diriku sendiri).Malahan ada juga di kalangan kita sudah siap dengan menu-menu bukan saja untuk berbuka puasa tetapi siap dengan menu untuk rumah terbuka. Walau apa pun persediaan kita harapan dan doa kita semoga Ramadhan yang akan tiba membawa keberkatan dan kerahmatan dalam perjalanan hidup kita di dunia yang fana ini.


Sebahagian daripada harga BUFFET RAMDHAN 2011, yang saya perolehi setelah mencari melalui beberapa laman web.Untuk Hotel Four Points by Sheraton...click sini....Hotel Four Points Kuching..RM69++


Grand Continental Kuching

RIVERSIDE MAJESTIC

Borneo Conventioan centre

HOTEL GRAND MARGHERITA....RM80 ++

 MERDEKA PALACE HOTEL KUCHING RM65 NETT.....DEWASA
50% UNTUK KANAK 5 HINGGA 12 TAHUN

HOTEL PULLMAN...RM 79++ 

HOTEL HILTON  RM89++

HOTEL DORMANI RM33 ++

The banquet Kuching...nie gambar tahun 2009, tak ada lagi gambar terkini tapi maklumat yang saya dapat
untuk tahun 2011....Dewasa RM44++


Jun 22, 2011

CheeSe Cake...KiWi

Kiwi Cheese Cake, sempena sambutan hari bapa dan hari jadi Bapa Mertua pada 18 June.....
Rasanya belum terlambat nak mengucapkan  "Selamat hari Bapa", Father, Ayah,Papa, Abi, Daddy, Walid, Apai, Bapak ,,dan apa2 bahasa pun yang mengambarkan seorang bapa sekaligus sebagai seorang ketua keluarga.
Terutama sekali ditujukan buat suamiku dan juga buat bapa mertuaku. Untuk bapa mertua yang menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 74 tahun ku ucapkan , semoga Tuan Haji Wahab, sentiasa di murahkan rezeki dan di beri kesihatan yang baik.
Untuk arwah ayahanda tercinta ,Tuan Haji Unai B Ghani, ku sentiasa berdoa kepada yang Esa, semoga awah, ditempatkan dikalangan para syuhada' dan Solihin. Al-Fatihah, Amin.
Sebenarnya secara kebetulan Hari jadi bapa mertua bersamaan dengan sambutan Hari Bapa. Yang paling best untuk sambutan kali nie, disponsor menjamu selera oleh bapa mertua di salah sebuah restaurant yang agak terkenal di Kuching, Mango Tree Restaurant. Untuk Resepi kali ini ,  Cheese Cake Kiwi, Klik sini.

kek sebelum deko................................

Selepas.........................


duduk:;...Alya, Atuk, nenek, Aiman, berdiri;;: , me, My Hubby, Anis...mengabdikan kenangan...JuNe 2011.


Jun 2, 2011

SaYur CaMpuR

Lamanya tak update blog, bukannya dapurku tak berasap cuma mood untuk berblogging tak juga muncul2. Tetapi di sebabkan esok hari saya dan keluarga dah nak pergi bercuti , memaksa diri juga menulis untuk mengabdikan beberapa gambar2 yang di ambil sempena cuti bulan 3 yang lepas. Untuk cuti kali nie Saya sekeluarga akan ke Kuala Lumpur. Agak teruja juga kerana pertama kali anak-anak naik Kapal Terbang. Untuk itu saya mengucapkan selamat bercuti kepada rakan-rakan bloggers dan pengunjung setia dapurku berasap. Resepi dapurku berasap kali nie...simple aje, sayur campur, walau pun simple ia juga mudah disediakan dan banyak juga zatnya, terutama sekali kacang peas. Sebenarnya dapat idea membuat sayur campur nie semasa makan di salah sebuah resort kat Samatan, Sarawak.
Jom Layan resepi sayur campur kat bawah:...
  
Resepi Sayur Campur

  • Beberapa batang kacang peas
  • cendawan butang( satu tin), biasanya guna brand ayamas, agak besar cendawannya
  • Tauhu Jepun di goreng terlebih dahulu
  • 4 ulas bawang merah dikisar halus
  • 3 ulas bawang putih dikisar halus
  • 3 sudu besar sos Tiram
  • perasa secukupnya
  • secawan air
  • minyak masak secukupnya untuk menumis
Cara-cara membuatnya
1/. Kacang peas dan cendawan diselur didalam air mendidih yang telah dicampur sedikit minyak  masak
2/. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar,sehingga naik bau
3/. Masukkan sos tiram dan serbuk perasa bersama secawan air dan biarkan mendidih sehingga kuah pekat.
4/. Setelah kuah pekat masukkan kesemua sayur.Siap untuk dihidang.


Sempena musim cuti sekolah, saya paparkan beberapa gambar kenangan  untuk panduan sesiapa yang merancang nak bercuti ke Sarawak. Antara resort yang agak menarik untuk di kunjungi ialah, PALM BEACH RESORT, yang terletak di Sematan Sarawak, 120 km dari Kuching dan mengambil masa lebih kurang 2 jam memandu. Nak tahu lebih lanjut tentang resort tu CLICK KAT SINI..


  
Aiman......

Alya Farzana ........

Anis Hayani...........


May 7, 2011

Cup Cake...Coklat Cheese


SeLamat Hari Ibu..kepada pengunjung Blog Dapurku Berasap dan kepada rakan-rakan bloggers sekalian...dan juga kita sentiasa sedekah Al-Fatihah, buat ibu2 kita yang telah lama pergi meninggalkan kita.Buat Cup Cake nie secara tidak di rancang. Sebenarnya terfikir nak buat kek apa, sempena Hari Ibu, bila buka peti sejuk, ada lagi bahan2 utk buat cheese cake dan ada pula cooking coklat. Jadi tanpa merujuk mana2 resepi saya teringat akan bahan2 utki membuat cheese cake dan Muffin coklat. Apalagi, bermulalah proses membaking dan syukur ianya menjadi walaupun gabungan dua resepi. Resepi bahagian coklat rujuk sini. Bahagian coklat tu saya ganda dua kan bahan-bahan. Untuk bahagian Cream cheese pula saya gunakan resepi instant cheese cake yang tak perlu di oven, hanya perlu sejuk dalam peti sejuk. Resepi rujuk sini.



Lebihan bahan utk buat cupcake , hantaran hari tu. 


Buat mak Mentua..."selamat Hari Ibu"...maintain awet Muda.....


May 4, 2011

Sotong Kicap Cili Kering


Resepi kali nie, Sotong masak kicap cili kering....Sotong merupakan makanan laut yang sedap dimakan samaada di buat sambal, goreng rangup atau masak kari. Sotong biasanya kalau di masak akan kecut. Untuk mengelakkan sotong menjadi kecut ketika dimasak, sotong hendaklah di rendam dalam air yang bercampur cuka selama lebih kurang 2 minit. Hasilnya sotong yang dimasak akan nampak segar. Info saya ambil drpd laman web petua nenek.  Jom semak resepi di bawah.


BAHAN-BAHAN

Sotong (500gm)
Cili kering (5 - 6 btg)
Halia ( 1/2 inci)
3 ulas bawang putih di tumbuk halus
2 ulas bawang merah di tumbuk halus
Sos tiram - 2 sudu besar
Sos Lada Hitam 1 sudu kecil
sedikit kicap manis dan masin
Bawang Besar
Daun bawang

CARA-CARA MEMBUATNYA...

  • Goreng cili kering sampai garing.
  • Masukkan halia yang telah dimayang.
  • Masukkan juga bawang putih dan bawang merah yang telah di tumbuk
  • Setelah naik bau masukkan sotong. setelah separuh masak, masuk sos tiram dan sos lada hitam dan juga kicap manis dan masin.(secukup rasa)
  • Bila kuah dah agak pekat taburkan bawang besar yang dipotong bulat, biarkan layu seketika.
  • Sebelum tutup api tabur daun bawang.
  • Sedia utk dimakan...





Apr 25, 2011

Cup Cake....CinTa Antara Dua BeNua

 Cup Cake nie....saja bagi tajuk Cinta antara Dua benua....saya buat sempena majlis pertunangan anak Saudara, Nurul Izzati dari Sarawak Bumi Kenyalang dengan tunangan Naadifan B. Che kamaruddin dari, Kelantan Darul Naim.
Cup cake nie saya guna resepi muffin Vanilla. Resepi KLIK KAT SINI.

 Masa bertunang nie biasanya saat paling indah dan manis dalam kehidupan seseorang dan paling banyak jugalah dugaan dan cubaan yang akan ditempuhi, teringat zaman saya dulu2. Semoga cepat2 pula naik pelamin ye....
nak menimang cuculah pulak aku nanti.....


Sebahagian gambar hantaran yang sempat di gambar, sebelum di bawa balik naik Kapal Terbang (bhs sarawak Nait Belon).
 Tak lupa kek Lapis Cheese.....





 kek lapis....sebagai buah tangan untuk dibawa balik ke negeri kelantan...disponsour oleh AWAWA KEK LAPIS....., Bersedia menerima tempahan, untuk majlis kenduri kahwin, Hari guru, hari ibu dan Majlis Pertunangan..

KongsiResepi

Rehat Sekejap...