click..click

...follower...tqvm..

Jun 22, 2011

CheeSe Cake...KiWi

Kiwi Cheese Cake, sempena sambutan hari bapa dan hari jadi Bapa Mertua pada 18 June.....
Rasanya belum terlambat nak mengucapkan  "Selamat hari Bapa", Father, Ayah,Papa, Abi, Daddy, Walid, Apai, Bapak ,,dan apa2 bahasa pun yang mengambarkan seorang bapa sekaligus sebagai seorang ketua keluarga.
Terutama sekali ditujukan buat suamiku dan juga buat bapa mertuaku. Untuk bapa mertua yang menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 74 tahun ku ucapkan , semoga Tuan Haji Wahab, sentiasa di murahkan rezeki dan di beri kesihatan yang baik.
Untuk arwah ayahanda tercinta ,Tuan Haji Unai B Ghani, ku sentiasa berdoa kepada yang Esa, semoga awah, ditempatkan dikalangan para syuhada' dan Solihin. Al-Fatihah, Amin.
Sebenarnya secara kebetulan Hari jadi bapa mertua bersamaan dengan sambutan Hari Bapa. Yang paling best untuk sambutan kali nie, disponsor menjamu selera oleh bapa mertua di salah sebuah restaurant yang agak terkenal di Kuching, Mango Tree Restaurant. Untuk Resepi kali ini ,  Cheese Cake Kiwi, Klik sini.

kek sebelum deko................................

Selepas.........................


duduk:;...Alya, Atuk, nenek, Aiman, berdiri;;: , me, My Hubby, Anis...mengabdikan kenangan...JuNe 2011.


Jun 2, 2011

SaYur CaMpuR

Lamanya tak update blog, bukannya dapurku tak berasap cuma mood untuk berblogging tak juga muncul2. Tetapi di sebabkan esok hari saya dan keluarga dah nak pergi bercuti , memaksa diri juga menulis untuk mengabdikan beberapa gambar2 yang di ambil sempena cuti bulan 3 yang lepas. Untuk cuti kali nie Saya sekeluarga akan ke Kuala Lumpur. Agak teruja juga kerana pertama kali anak-anak naik Kapal Terbang. Untuk itu saya mengucapkan selamat bercuti kepada rakan-rakan bloggers dan pengunjung setia dapurku berasap. Resepi dapurku berasap kali nie...simple aje, sayur campur, walau pun simple ia juga mudah disediakan dan banyak juga zatnya, terutama sekali kacang peas. Sebenarnya dapat idea membuat sayur campur nie semasa makan di salah sebuah resort kat Samatan, Sarawak.
Jom Layan resepi sayur campur kat bawah:...
  
Resepi Sayur Campur

  • Beberapa batang kacang peas
  • cendawan butang( satu tin), biasanya guna brand ayamas, agak besar cendawannya
  • Tauhu Jepun di goreng terlebih dahulu
  • 4 ulas bawang merah dikisar halus
  • 3 ulas bawang putih dikisar halus
  • 3 sudu besar sos Tiram
  • perasa secukupnya
  • secawan air
  • minyak masak secukupnya untuk menumis
Cara-cara membuatnya
1/. Kacang peas dan cendawan diselur didalam air mendidih yang telah dicampur sedikit minyak  masak
2/. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar,sehingga naik bau
3/. Masukkan sos tiram dan serbuk perasa bersama secawan air dan biarkan mendidih sehingga kuah pekat.
4/. Setelah kuah pekat masukkan kesemua sayur.Siap untuk dihidang.


Sempena musim cuti sekolah, saya paparkan beberapa gambar kenangan  untuk panduan sesiapa yang merancang nak bercuti ke Sarawak. Antara resort yang agak menarik untuk di kunjungi ialah, PALM BEACH RESORT, yang terletak di Sematan Sarawak, 120 km dari Kuching dan mengambil masa lebih kurang 2 jam memandu. Nak tahu lebih lanjut tentang resort tu CLICK KAT SINI..


  
Aiman......

Alya Farzana ........

Anis Hayani...........


May 7, 2011

Cup Cake...Coklat Cheese


SeLamat Hari Ibu..kepada pengunjung Blog Dapurku Berasap dan kepada rakan-rakan bloggers sekalian...dan juga kita sentiasa sedekah Al-Fatihah, buat ibu2 kita yang telah lama pergi meninggalkan kita.Buat Cup Cake nie secara tidak di rancang. Sebenarnya terfikir nak buat kek apa, sempena Hari Ibu, bila buka peti sejuk, ada lagi bahan2 utk buat cheese cake dan ada pula cooking coklat. Jadi tanpa merujuk mana2 resepi saya teringat akan bahan2 utki membuat cheese cake dan Muffin coklat. Apalagi, bermulalah proses membaking dan syukur ianya menjadi walaupun gabungan dua resepi. Resepi bahagian coklat rujuk sini. Bahagian coklat tu saya ganda dua kan bahan-bahan. Untuk bahagian Cream cheese pula saya gunakan resepi instant cheese cake yang tak perlu di oven, hanya perlu sejuk dalam peti sejuk. Resepi rujuk sini.



Lebihan bahan utk buat cupcake , hantaran hari tu. 


Buat mak Mentua..."selamat Hari Ibu"...maintain awet Muda.....


May 4, 2011

Sotong Kicap Cili Kering


Resepi kali nie, Sotong masak kicap cili kering....Sotong merupakan makanan laut yang sedap dimakan samaada di buat sambal, goreng rangup atau masak kari. Sotong biasanya kalau di masak akan kecut. Untuk mengelakkan sotong menjadi kecut ketika dimasak, sotong hendaklah di rendam dalam air yang bercampur cuka selama lebih kurang 2 minit. Hasilnya sotong yang dimasak akan nampak segar. Info saya ambil drpd laman web petua nenek.  Jom semak resepi di bawah.


BAHAN-BAHAN

Sotong (500gm)
Cili kering (5 - 6 btg)
Halia ( 1/2 inci)
3 ulas bawang putih di tumbuk halus
2 ulas bawang merah di tumbuk halus
Sos tiram - 2 sudu besar
Sos Lada Hitam 1 sudu kecil
sedikit kicap manis dan masin
Bawang Besar
Daun bawang

CARA-CARA MEMBUATNYA...

  • Goreng cili kering sampai garing.
  • Masukkan halia yang telah dimayang.
  • Masukkan juga bawang putih dan bawang merah yang telah di tumbuk
  • Setelah naik bau masukkan sotong. setelah separuh masak, masuk sos tiram dan sos lada hitam dan juga kicap manis dan masin.(secukup rasa)
  • Bila kuah dah agak pekat taburkan bawang besar yang dipotong bulat, biarkan layu seketika.
  • Sebelum tutup api tabur daun bawang.
  • Sedia utk dimakan...





Apr 25, 2011

Cup Cake....CinTa Antara Dua BeNua

 Cup Cake nie....saja bagi tajuk Cinta antara Dua benua....saya buat sempena majlis pertunangan anak Saudara, Nurul Izzati dari Sarawak Bumi Kenyalang dengan tunangan Naadifan B. Che kamaruddin dari, Kelantan Darul Naim.
Cup cake nie saya guna resepi muffin Vanilla. Resepi KLIK KAT SINI.

 Masa bertunang nie biasanya saat paling indah dan manis dalam kehidupan seseorang dan paling banyak jugalah dugaan dan cubaan yang akan ditempuhi, teringat zaman saya dulu2. Semoga cepat2 pula naik pelamin ye....
nak menimang cuculah pulak aku nanti.....


Sebahagian gambar hantaran yang sempat di gambar, sebelum di bawa balik naik Kapal Terbang (bhs sarawak Nait Belon).
 Tak lupa kek Lapis Cheese.....





 kek lapis....sebagai buah tangan untuk dibawa balik ke negeri kelantan...disponsour oleh AWAWA KEK LAPIS....., Bersedia menerima tempahan, untuk majlis kenduri kahwin, Hari guru, hari ibu dan Majlis Pertunangan..

Apr 21, 2011

Cheese Cake

Selamat bersua kembali, semoga bloggers dan pengunjung blog DapurKu Berasap sihat dan ceria-ceria selalu hendaknya. kek Plain Cheese kek ini di buat sempena hari jadi Mak Mentua Hari tu. Baru ada masa nak update. Masa nak cari idea untuk deko kek, rancangan awal nak hias kek nie dengan buah Strawberry, tapi pusing2 supermarket berdekatan rumah tak jumpa pula buah Strawberry, kat Kuching susah sikit nak dapat buah tu, kalau ada pun harganya dlm rm22 ke atas sekilo. Suami pula cadangkan beli buah Tomato Cherry(tapi ku tolak pandangan itew,,tak sesuai betul kek di hias dgn tomato). Akhirnya terjumpa bunga hiasan biskut dan buah cherry...jadilah kek yang menepati citarasa anak2 yang bertemakan merah dan pink.resepi kek nie saya guna resepi Plain Cheese Cake....Jom semak Resepi...



Resepi Cheese Cake

Bahagian dasar kek.
  •  1  1/2 bungkus biskut oreo (hancurkan, saya selalu guna chopper elektrik)
  • 3 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar gula
  • -campur semuanya dan pdtkan dlm acuan yg bersaiz 8"(sebaik2nya guna acuan 'springfoam'), bkr lebih kurang 10 minit.
Bahagian Filling kek

Bahan2(A) ;
  • 500gm krim keju
  • 100gm gula kastor(kalau tak suka manis, boleh kurangkan)
  • 150ml susu segar(saya ganti dgn whipping cream)
  • 100gm mentega
  • 6 biji kuning telur
Bahan2 (B) ;

80gm gula kastor
4 biji putih telur
1/2 sudu teh serbuk krim tartar
-satukan bhn ni dan pukul hingga gebu dan kental (klu terbalikkan mangkuk ke bwh ia tdk jatuh)

Cara2:
1. Pukul krim keju, gula kastor, mentega dan tepung jagung sehingga kembang.
2. kemudian masukkan air susu dan kuning telur, pukul lg sehingga sebati dan berkrim.
3. Kemudian masukkan bhn B yg sdh dipukul td dan gaul perlhn2 sehingga sebati. Slps itu, tuang adunan ke atas biskut yg tlh dbakar.
4. Sediakan acuan yg besar drpd acuan td dan isikan air 1/4 penuh. Klu menggunakan acuan springfoam kena guna 3 loyang utk mengelakkan air masuk ke dlm aduan. Atau, boleh jg, membalut bahagian bawah acuan springfoam menggunakan aluminium foil. Masukkan acuan kek ke dlmnya dan bkr selama 1 1/2 jam pd suhu 160 darjah.
5. Sejukkan pd suhu bilik sblum dimasukkan dlm peti sejuk. Hiaslah mengikut citarasa masing2.

Kek, yang belum di deko, bahagian tengah kek merekah mungkin sbb terlebih oven(panas sgt).

Apr 9, 2011

MuFFin PiSanG....

Pisang  bukan saja sedap di makan begitu saja, dibuat kek, cucur, muffin, malahan banyak khasiatnya. Antara khasiat pisang yang utama ialah :
  1. Pisang merupakan sumber potasium yang membantu didalam menurunkan tekanan darah, membekalkan tenaga, membantu pertumbuhan otot serta mencegah kekejangan. 100 gram pisang mengandungi 400 gram potasium.
  2. Pisang mengandungi fruktosa, sukrosa dan glukosa yang membantu tubuh untuk kekal cergas.
  3. Kajian yang telah dijalankan mendapati dengan pengambilan pisang setiap hari dapat membantu mencerdaskan otak.
  4. Vitamin B dalam pisang dapat membantu mengawal sistem saraf dan menghilangkan rasa gugup.
  5. Unsur seperti vitamin B6, B12 dan potasium dapat membantu perokok untuk mengurangkan kesan ketagihan.
  6. Pisang mengandungi sejenis protein yang digelar tryptophan yang boleh membantu kita untuk rileks dan mengurangan tekanan.
Bagi wanita yang sedang haid, pisang dapat membantu anda lebih kekal cergas dan meningkatkan mood. INFO: Kredit to Mr Google......
Jom LaYan ReSepi Kat BaWah:............Terima Kasih banyak2 kepada penyumbang resepi...

RESEPI MUFFIN PISANG


BAHAN-BAHAN

1). 3 atau 4 biji pisang saiz besar (lagi banyak pisang lagi moist muffin)- saya letak 6 biji sederhana besar

2). 1/2 cawan gula halus (resepi asal 1 cawan)- saya letak 1/2 cawan dan manisnya memang sedap mungkin juga bergantung pada manis pisang

3). 1 biji telur- dipukul sedikit

4). 1/3 cawan mentega/margerine cair

5). 1 1/2 cawan tepung gandum

6). 1 teaspoon baking soda

7). 1 teaspoon baking powder

8). 1/2 teaspoon garam


CARA-CARA MEMBUATNYA:

Satukan pisang yang dilecek bersama gula, mentega cair dan telur. Ketepikan. Dalam bekas yang lain satukan tepung gandum dengan soda bikarbonat, baking powder dan garam. Saya ayakkan bahan ini bersama. Kemudian satukan bahan basah tadi ke dalam bahan kering. Cedukkan ke dalam loyang muffin dan bakar pada suhu 350 F (175 c) selama 20 minit. (Saya bakar 180 C selama 25 minit).


Mar 29, 2011

MuFFin JaGunG

Assalamualaikum....dan Salam Satu Malaysia...(cheewah.....macam nak berpidatolah pulak)....lama rasanya tak update blog. Kerja....kerja...letih...penat...tension...Kalau berterusan dalam keadaan macam nie bahaya jugakan. Menyentuh tentang perkataan BAHAYA, teringat pula dengan anak saya yang berusia 5 tahun, Belum dapat membezakan lagi antara perkataan bahagia dengan bahaya, betapa jauhnya berbeza perkataan BAHAYA dengan BAHAGIA. Anak saya yang no 2, Alya selalu bagitahu kat adik dia..Alya:"Bahagia adik..jangan main lompat-lompat, nanti jatuh,. Mama : "Alya, bukan Bahagia, Bahaya"...dua tiga hari kemudian...Alya: "jangan berlari adik Anis, Bahagia tu"...Mama: "geleng kepala saja".......tak apalah wahai anakku...mungkin satu hari nanti bila terbaca coretan mama ini akan jadi nostalgia buat dirimu...tentang perkataan Bahagia V Bahaya...Jom Layan Resepi Kat bawah........

CORN MUFFIN
BAHAN-BAHAN

1/2 cawan butter
2/3 cawan gula kastor
1/4 cawan madu
2 biji telur
1/2 tsp garam (saya x letak)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan Cornmeal (saya ganti dengan jagung cair dalam tin)...setengah tin
1/2 tsp baking powder
1/2 cawan susu (saya guna susu segar)
3/4 cawan jagung segar

CARA MENYEDIAKAN.

1. Putar butter, gula, madu dan telur hingga kembang.
2. Masukkan jagung cair , tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan susu berselang seli sambil di kaup perlahan-lahan.
3. Bila telah sebati masukkan jagung segar dan ratakan.
4. Masukkan kedalam paper cup dan masukkan kedalam Muffin pan atau gunakan cupcakes paper cup.
5. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan selama 10 minit awal selama 20-30 minit dengan kepanasan 160-C. Gunakan api atas bawah. ( terpulang kpd jenis oven)

Mar 4, 2011

TAUHU SUMBAT


Tauhu antara makanan kegemaran saya sekeluarga. Tauhu adalah antara makanan berkhasiat tinggi dan elok dijadikan menu di dalam sajian harian. Antara kandungan khasiatnya ialah mengandungi zat minyak Omega 3 bagi membantu menurunkan kadar kolesterol dan protein yang kaya dengan asid amino penting.

Di samping itu, tauhu juga mengandungi vitamin A, B dan E serta kalsium, zat besi, fosforus, kalium dan sodium. Bukan saja banyak khasiat, tauhu juga adalah makanan yang paling senang untuk disediakan dan boleh dimasak dalam pelbagai cara seperti menggoreng, rebus, kukus dan sebagainya.

Tauhu atau tofu merupakan produk kacang soya yang sangat penting kerana mengandungi nilai gizi yang tinggi. Isoflavon yang terdapat di dalam tauhu merupakan sumber fitokimia yang sangat kaya di dalam kacang soya dan mampu melawan kanser kerana adanya kesan fitoestrogen. Wanita Jepun dikatakan berisiko rendah untuk mendapat kanser payudara dan mempunyai kadar isoflavin yang tinggi kerana banyak mengambil produk kacang soya. Hasil daripada kajian selama 20 tahun di Amerika telah membuktikan bahawa lelaki yang gemarkan susu kacang soya dapat pengurangkan risiko pengembangan kanser prostate sebanyak 70% berbanding mereka yang tidak menggemarinya.


(info dpt melalui Mr Google,..tq)...


Untuk resepi Tauhu Sumbat kali nie, saya merujuk kepada Blog Chef terkenal Hanieliza Cooking.Minta izin CnP resepi...terima kasih banyak2.

Resepi Tauhu Sumbat

Bahan
4 keping tahu putih
timun
carrot
minyak

Cara
1. Tahu dibasuh dan gorengkan sehingga masak [golden brown]
2. Angkat tahu dan sejukkan
3. Tahu dipotong 2 dan belahkan dalamnya untuk memasukkan sayuran.
4. Parutkan carrot dan timun. gaulkan.
5. Masukkan sayuran dlam belahan tahu.
6. Hidangkan dengna sos cili atau sos kacang.

Sos Cili
5 biji cili merah
5 biji cili kering [rebus]
1 ulas bawang putih
1 s/b gula
1 s/b cuka
1 cawan air
1 s/b tepung jagung [bancuhkan dengan sedikit air]
garam

Cara
1. mesinkan semua bahan kecuali tepung jagung sehingga halus.
2. Panskan bahan cili sehingga emndideh.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan agak pekat sikit.
4. Tutup api dan biarkan sejuk.



Feb 24, 2011

MuFFin VaNiLLa Chips Coklat


Muffin Vanilla Chips coklat, lama dah buat baru masuk N3 untuk kali nie. Agak letih juga hari nie. Selalunya hari Jumaat rasa bertenaga sebab ada hujung minggu untuk bercuti, tapi mungkin sebab memikirkan beberapa tugasan yang perlu di hantar hari isnin nie. Mungkin ada sesetengah org ingat mnjadi guru tu mengajar saja, tapi sebenarnya zaman yang serba canggih manggih nie guru banyak bebanan tugas lain, bermacam-macam kertas kerja yang perlu di submit bermacam mesy. juga yang perlu di hadiri, belum lagi kena marking kertas dengan buat bermacam report. Tapi kalau difikir balik takde perkerjaan yang mudah. Semuanya memerlukan kesabaran dan pengorbanan. Hilang mood betul minggu nie, yang paling tak best weekend tanpa my hubby, dia outstation. Terpaksalah aku sorang2 yang nelayan melayan kerenah anak2. 
Sebelum nie pernah buat resepi nie, asalnya Vanilla Muffin. sebab dah terbiasa guna resepi tu.  hanya edit sikit bubuh coklat chips. Nak resepi KLIK KAT SINI.

Sebelum.........................


Selepas........................

KongsiResepi

Rehat Sekejap...