click..click

...follower...tqvm..

Nov 11, 2009

Sup Rumpai Laut


Rumpai laut atau  nama glamournya...Dry seaweed......Biasanya kalau melihat cerita bersiri Korea, sup rumpai laut nie sesuai dimakan oleh mereka yang lepas berpantang. Dalam keluarga TinTa, Aiman yang suka makan sup rumpai laut nie, dia panggil sup nie, Sayur hitam.Mungkin semasa kecil dia dijaga oleh neneknya, tulah sebab anak saya nie mengikut selera neneknya suka mkn sup dan sayur.


BAHAN-BAHAN

air secukupnya
RumPai Laut(direndam dan dicuci)..toskan
6 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar(biar camtu je)
kiub ayam
sedikit isi ayam dicincang(nak guna udang pun boleh)
telur dua biji
sedikit halia diketuk
Tomato(nak letak apa2 sayur pun boleh)
bawang putih dan merah goreng(optional)
Daun Sup
sedikit batang celery dihiris
sedikit minyak masak utk menumis

CARA-CARA MEMBUATNYA

  • Tumiskan bawang  bawang putih yang ditumbuk dan diketuk setelah naik bau
  • masukkan sedikit halia.
  • masukkan isi ayam
  • bila isi ayam dah hampir masak masukkan telur
  • Bila dah agak garing isi ayam dan telur masukkan air dan juga bawang besar
  • bila dah mendidih masukkan batang celery dan rumpai laut
  • Akhir sekali baru masukkan tomato,bawang goreng dan juga daun sup...
  • (saya tak guna daun sup hari tu)....abis stok... 

 


 

Nov 10, 2009

Daging Masak Lada Hitam Sarawak...


Sarawak memang terkenal dengan Lada Hitamnya...Selain digunakan dlm masakan lada hitam digunakan juga dlm bidang perubatan. ..begitu juga sekarang sudah ada Gula-gula lada hitam.
Dalam bidang kosmetik??...takde lagi rasanya..

Setelah merujuk beberapa buah blog dan juga MyR...terhasillah daging lada hitam nie..Adunan telah diubah suai mengikut bahan2 yang tinta ada...Masakan nie saya rasa amat bersesuaian dimakan oleh ibu-ibu yang baru habis bersalin, sebab ia  mampu memanaskan badan luar dan dalam. Memang betul-betul panaslah badan setelah memakan Daging masak Lada Hitam nie....Selamat mencuba....
 

BAHAN-BAHAN....
 

 
1/2 kilo daging-dihiris
8 ulas bawang putih ditumbuk(saya suka guna byk bawang putih)
2 biji bawang besar(dihiris)
1 sudu kecil kicap manis
1 sudu kecil kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada Hitam
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
1inci halia dihiris panjang2
minyak masak utk menumis

 
CARA-CARA MEMBUATNYA.......
 
  • Tumis bawang putih, halia, masukkan daging dan lada hitam.
  • Biar daging empuk sedikit. masukkan air .
  • Masukkan sos tiram, kicap masin,kicap manis, bawang besar,  halia dan sedikit air.
  • Gaul sebati, dan bila daging sudah empuk angkat.

 

 

 


 

Nov 9, 2009

Selamat Hari jadi.......SaYang





Wah........romantiknya tajuk di atas,..
Jangan Hairanlah kek di atas tertulis hubby saja.......
sebenarnya hari nie ialah hari jadi suami dan kembarnya..(kembar tak seiras)..
10 Nov...
Jadi sekali-sekala kita menyambut hari jadi nie, elok juga untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan..
Jadi Tinta bersama my sis in Law, Hasthika pun mengadakan sambutan tersebut..Sekali lagi untuk suami dan pasangan kembarnya "selamat Hari Lahir"..semoga dilanjutkan usia dalam kebaikan dan dikurniakan rezeki yang berkekalan.













Ayam Goreng Madu Berempah...


Ayam goreng antara  makanan kegemaran anak2,  sesuai dimakan dengan sayur sup. Ini antara masakan yang paling cepat untuk disediakan. Selalunya saya memasak sebelum turun kerja, kerana mengajar petang, bila dah balik kerja sebelum  makan baru masak sayur.

BAHAN-BAHAN

1/2 ekor ayam (dipotong )
bawang merah dikisar
bawang putih dikisar
halia ditumbuk
sedikit serbuk jintan ptih dan manis
sedikit serbuk ketumbar
sedikit tepung ayam goreng adabi
2 sudu besar madu
garam secukupnya
Minyak masak

CARA-CARA MEMASAK


  • Ayam diperap dgn bawang2 yang dikisar, halia dan serbuk2 rempah dan madu.(30minit)


  • selepas tu,,apa lagi goreng le dgn menggunakan minyak.


  • Siap untuk dihidang












Nov 8, 2009

IKan MaSak Terung Asam.....


 

 

 

Ikan masak Terung Asam.....

 
Rasa-rasanya masa belajar kat KL dulu tak pernah lagi terjumpa Terung nie, tak tahu pula di tempat lain ada ke tidak terung nie. Sekali lagi dapurku berasap memperkenalkan salah satu lagi masakan asli orang melayu Sarawak. Rasa masakan nie sama rasa macam ikan masak asam pedas....

 
Bahan-bahan

 
Terung asam(seperti dlm gambar dibawah)
Ikan(mana2 jenis ikan) terutama ikan sungai
Beberapa ulas bawang putih(ditumuk)
Bawang merah(ditumbuk)
Serai(diketuk)
3 biji cili hidup
kunyit hidup
Perasa secukupnya

 
CARA-CARA MEMBUATNYA:

 
  • Ikan dilumur dengan kunyit hidup.
  • Rebuskan air, bila mendidih masukkan kesemua bahan yang ditumbuk bawang2,serai,cili
  • Masukkan ikan dan bubuh perasa
  • Terus tutupkan api supaya ikan tidak hancur.

 

Nielah rupa terung asam...sebelum dan setelah dipotong..
Selain dengan ikan , terung boleh juga dimasak dgn sambal belacan.

 

 

 

 


 

 

Nov 7, 2009

Dapurku Tak Berasap....




biasanya hari Sabtu dapurku tak berasap....memang minta cuti dari suami dari menghadap dapur...
jarang makan kat luar...
Biasanya sekali seminggu je...
jadi hari nie kita cuci 2 mata...melihat juadah2 yg telah masuk ke dlm perut Tintacyber..
 sarapan, mkn tgh hari dan minum petang....













nie semua kat Kaya and Toast..ala2 Old Town Ipoh...hari tu teringin
masa melihat kat blog..Hazila..:)






Nasi ayamnya pula...berbentuk segitiga...sayang pula rasanya nak makan..


Nasi ayam nie memang sedap....Singapore chicken rice Xpress...





Bila dah makan Abc ...mesti ada..Rojak Sotong.....

Nov 6, 2009

Acar Rebung.......

 





Acar Rebung salah satu lagi masakan tradisional orang sarawak.  Sesetengah tempat acar Rebung dipanggil Pajeri Rebung. Rasa Acar rebung nie, gabungan tiga rasa, manis,masam dan juga sedikit masin.
Bila makan acar rebung pasti saya akan teringat arwah ibunda tersayang yang telah lama dijemput Ilahi....Acar rebungku ini memang langsung tak dapat mengalahkan acar rebung masakan arwah tersayang.......





BAHAN-BAHAN ACAR REBUNG

Rebung(telah direbus)..kadang2 dipanggil juga rebung jeruk..(Rm2.00)
Udang kering(dalam rm3)..Separuh ditumbuk, separuh dibiar mcm tu je
Serbuk kari (ayam/daging)..saya biasa guna Adabi dalam 5 sudu besar
Sedikit halia (diketuk)
serai (diketuk)
2 biji Cili hidup(di belah dua)
Sedikit Rempah tiga jenis iaitu
2 biji bunga cengkih, 2 biji bunga lawang, setengah batang kulit kayu manis
5 Ulas bawang merah(dikisar)
4 Ulas bawang putih (dikisar)
Minyak utk menumis secukupnya
Gula secukupnya
Garam secukupnya
Cuka atau  (air asam jawa) secukupnya


CARA-CARA MEMBUAT;

  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan juga serai serta halia  tadi sehingga naik baunya.
  • Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan kacau.
  • Masukkan pula rempah kari dan kacau hingga sebati. Setelah rempah kari naik baunya, masukkan pula air asam jawa dan biarkan seketika.
  • Masukkan Udang kering tadi
  • Selepas itu, masukkan rebung, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  • Apabila telah mendidih, masukkan gula dan garam. Kemudian kacau sehingga sebati.
  • Masak api perlahan dan biarkan seketika sehingga kuah acar rebung pekat.
  • Angkat setelah masak dan hidangkan.






Nov 5, 2009

Dalca tulang daging..borneo style


 

 

 


Kari lagi ..entry dapurku kali nie...dalam seminggu tu mesti kena buat kari, sebab kari antara makanan kegemaran suami...orang kata kalau nak memikat suami kena memikat perutnya...ye ke?...Harap-harap begitulah hendaknya.....

BAHAN-BAHAN:

Dalca tulang daging...

 

 

 
1/2 kilo tulang daging
dal( 1/2 kilo)
kacang panjang (di potong)
2 biji cili merah dihiris
4 biji terung ungu dipotong
1 batang lobak merah dipotong
kari daging adabi(dlm 6 sudu besar)
tomato di belah
kentang dipotong
 bawang merah(dikisar)
bawang putih(dikisar)
bawang besar dihiris
sedikit  halia
minyak masak(diketuk)
air asam jawa
santan secukupnya
sedikit garam dan gula.

 

 

 CARA-CARA
  •  Dal, direbus terlebih dahulu , ketepikan
  • Tumiskan bawang merah,putih bersama sedikit halia,
  • masukkan kari bersama air asam jawa,santan,
  • masukkan tulang daging
  • bila tulang dah empuk masukkan dal yang telah direbus
  • masukkan dahulu lobak dan kentang
  • masukkan sayur kacang,terung,,tomato,bawang besar,
  • bubuhlah perasa
  • bila sayur dah masak tutupkan api.

 

 

 

 


 



 

Nov 4, 2009

SaYur CaMpur Pelbagai WarNa...



Anak-anak suka makan sayur....kali nie sekali lagi resepi , Sayur Campur...resepi dari ibu mertua...resepi kat bawah tu takde menyatakan jumlah byk mana sayur, ikutlah sesuka banyak mana nak memasak, begitu juga dgn jumlah bawang merah dan putih, biasanya saya memasak dgn menggunakan bawang kisar yang memang dah disediakan utk seminggu.

BAHAN-BAHAN
Sayur Brokoli(dipotong ikut citarasa masing)
Kobis bunga (dipotong)
Lobak merah(dipotong)
cendawan butang(dipotong/dibelah dua)
Tauhu jepun(digoreng)
anak jagung(dipotong )
isi ayam(dihiris nipis-nipis)
sos Tiram
bawang merah(dikisar)
bawang putih(dikisar)
minyak masak  utk menumis

CARA-CARA


  • Didihan air dan bila sudah mendidih masukkan sedikit minyak masak bersama sedikit garam


  • selurkan sayur yang keras dahulu, biasanya lobak merah..


  • selepas itu diikuti sayur-sayuran yang lain, jangan terlalu lama.


  • bila kesemua sayur sudah dicelur, tumiskan bawang merah bersama bawang putih


  • masukkan isi ayam


  • masukkan sos Tiram bersama sedikit air,


  • bila sudah mendidih dan kuah agak pekat


  • masukkan kesemua sayur dan terus matikan api


  • ini supaya sayur2 tu tidak layu dan masih segar.











Nov 3, 2009

Ayam Pansuh....modern Style








kali nie dapurku berasap memperkenalkan salah satu lagi masakan tradisional sarawak..Ayam Pansuh Modern. Dinamakan ayam pansuh modern kerana, ayam nie dimasak menggunakan kaedah stim, Asal resepi nie ialah ayam dimasak di dalam buluh. Sebagai ibu yang berkerja dan menguruskan tiga orang anak, tak sempat pula nak masak menggunakan buluh..
Memang rasanya taklah sesedap ayam yang dimasak menggunakan buluh..tapi adalah juga rasa Ayam Pansuh....





BAHAN-BAHAN

Setengah ekor ayam(dipotong) mengikut citarasa masing2
daun Ubi kayu(diramas)..(kuantiti bergantung pada citarasa masing2, biasa saya beli RM1.00
3 batang serai(diketuk)
4cm halia(diketuk)
sekuntum bunga kantan (dipotong)
4 biji bawang merah(ditumbuk)
4 ulas bawang putih(ditumbuk)
perasa secukupnya

CARA-CARA MEMBUATNYA:

  • daun ubi kayu diramas dengan mnggunakan sedikit garam dan digaul bersama ayam
  • masukkan serai, halia, bawang merah dan putih yang telah ditumbuk kedalam ayam tadi
  • masukkan juga bunga kantan yang telah dihiris memanjang
  • Gaulkan kesemua bahan dan dibubuh perasa
  • lepas tu masukkan ke dalam pengukus
  • dikukus selama lebih kurang 30 minit
  • makanlah semasa panas2.






Nov 2, 2009

Sup Ayam..berendam kacang tanah....


Jangan hiaranlah kalau masakan dapurku berasap..asyik buat sup dan resepi berebus saja,..ini kerana suami saya tu ada darah campuran cina, jadi dia nie tak berapa suka masakan yang ada santan. Kalau masak kari je bubuh santan. sedangkan masakan menggunakan santan tu my favret.Jadi kali nie dapurku berasap masak ayam sup bersama Kacang Tanah.


Sup ayam amat sesuai untuk dimakan anak2 yang masih kecil. Sup ayam bila ditambah dengan kacang tanah, mampu menghilangkan panas badan.Nie juga resepi dari ibu mertua...

BAHAN-BAHAN

setengah ekor ayam(dipotong)
kacang tanah (direbus terlebih dahulu dibuang kulit)
bawang merah (ditumbuk)
bawang putih(ditumbuk)
sedikit halia(diketuk)
sebiji bawang besar
 perasa secukupnya

CARA-CARA MEMBUATNYA


  • Didihkan air , bila mendidih bubuhkan bawang besar(sebiji2)


  • bawang merah dan putih


  • sedikit halia


  • masukkan pula ayam


  • bila ayam dah empuk


  • bolehlah masukkan kacang tanah


  • bubuhlah perasa ikut selera masing2.















Nov 1, 2009

Sambal Belimbing ...





Di sarawak belimbing nie..dipanggil Belimbing tunjuk...tempat lain tak tahu pula.


Kali ne dapurku berasap buat Sambal belimbing tumis, selain di buat mentah belimbing nie juga agak sedap di buat sambal begini.


BAHAN-BAHAN;


belimbing secukupnya
cili kering dikisar
udang kering ditumbuk
sedikit ikan bilis digoreng ranggup
cili merah dikisar
cili hidup yang dihiris memanjang
belacan secukupnya
bawang besar dihiris


CARA-CARA



  • Tumiskan bawang merah,bersama cili kering dan belacan



  • bila sudah naik bau masukkan belimbing tunjuk.



  • bila sudah agak layu baru masukkan bawang besar yang sudah dihiris bersama cili hidup


  • masukkan juga ikan bilis yang sudah digoreng



  • biarkan bawang agak layu, bolehlah ditutup apinya, setelah memberi perasa(garam dan sedikit gula)








KongsiResepi

Rehat Sekejap...