click..click

...follower...tqvm..

Jun 28, 2010

Kerang masak sos Tiram


Kerang antara masakan kegemaran anak Tinta Aiman, kalau kerang masak begini bertambah-tambahlah nasi semasa makan. Sebenarnya lain orang lain cara mereka memasak kerang nie. Kalau tinta pula kerang setelah direbus sebentar kemudian bila dah sejuk, di buang separuh kulit, barulah di masak dengan bahan2 yang sepatutnya. 
Ada cerita disebalik kerang nie sebenarnya. Sebelum di cuci tinta simpan kerang nie di dalam baldi kecil kat dapur. Tapi kerang nie memang saiznya agak besar. Tiba2 masa tinta sibuk di ruang tamu, tiba2 terdengar suara anak tinta Anis yang berumur setahun lima bulan menjerit2 menanggis. Bila Tinta ke dapur alangkah terkejutnya melihat anak tinta tu menunjuk2 jarinya dan di hujung jarinya terdapat kerang(kena sepit kerang)....aduhai nak gelak pun ada, nervous pun ada masa tu. tinta ambil sudu untuk menanggalkan kerang dari jarinya. Sampai sekarang anis tu takut bila di tunjukkan gambar kerang...apatah lagi nak makan kerang.


RESEPI KERANG SOS TIRAM


Sekilo kerang(dicuci bersih, dibuang separuh kulit)
Halia(dipotong memanjang)
5 Ulas bawang putih(dihiris memanjang)
3 tangkai cili kering (dipotong)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis dan masin(ikut sesedap rasa)
2 batang serai( di titik)

CARA-CARA MEMBUATNYA
1. tumiskan halia, bawang putih dan cili kering sehingga naik bau
2. Masukkan kerang diikuti 3 jenis sos
3. Biarkan seketika dalam kuali dan siap utk di hidangkan(seelok2nya terus makan semasa masih panas)







Jun 8, 2010

Tulang Ikan Masin masak Lemak

Tulang ikan masin masak lemak, sebenarnya tinta jarang masak lemak. Sebab suami tak berapa minat, tapi masak lemak merupakan antara masakan kegemaran tinta.Tulang ikan masin nie di beli kat pasar minggu Satok. Selain di masak begini sedap juga di masak kari atau goreng macam tu je. Sebatang ikan masin seperti dalam gambar kat bawah tu harganya RM8.00.

untuk membuat masak lemak nie tinta merujuk kepada Blog Nannie ... cuma di ubah suai mengikut bahan2 yang tinta ada. Untuk Blog Resepi nannie terima kasih atas perkongsian resepi masak lemak nie.

BAHAN-BAHAN:
3 batang ikan masin
2  biji sayur terung
2 cawan santan pekat
5 biji cili api
1 batang serai dititik
2 biji bawang merah
3 cm kunyit hidup
1 keping asam keping
CARA-CARA MEMASAK...
1. Tulang Ikan masin di rebus sebentar. buang air dan toskan.(utk membuang rasa masin).
2. Tumbuk bawang merah, cili api dan kunyit hidup sampai lumat kemudian satukan serai , santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk kemudian masak diatas api yang sederhana besar sampai kuah agak mendidih. Masukkan ikan masin dan terung, kacau semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan sayur terung menjadi empuk serta masak.







Jun 7, 2010

Mini Bun Cheese

Bersua kembali, lamanya tak update blog. Terima kasih kepada rakan2 blogger yang sudi bertandang dan meninggalkan komen di kala tuannya takde. Resepi kali nie agak mudah disediakan.Untuk membuat doh  roti nie saya merujuk blog Dapur Tanpa Sempadan, kepunyaan Mat Gebu. Terima kasih atas perkongsian resepi. Mini Bun Cheese memang sedap untuk sarapan pagi di minum bersama kopi suam panas.


BAHAN DOH (Roti)
300 g tepung gandum
55 g gula halus
1/4 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver
30 g minyak sapi (guna mentega pun ok)
1 1/2 camca teh instat yeast
30 g telur (1 biji telur, kocok sedikit dan timbang)
100 ml air suam
50 ml air (xtra)

Chesse kraft (diparut)
gula secukupnya(untuk di tabur di atas bun roti)




Roti yang telah di uli dan di bulat2kan, dibiarkan seketika sehingga kembang, lebih kurang dalam 30 minit.Barulah dimasukkan ke dalam oven untuk di bakar, pada suhu 180C selama lebih kuran 25 minit atau sehingga warna kekuningan. Semasa masih panas tu taburkan gula dan chesse yang telah di parut. Masukkan semula ke dalam oven lebih kurang selama 3 minit.

Apr 13, 2010

Agar-agar Gula Melaka



Selamat bersua kembali,....lama sudah tak menjenguk blog, kalau dapat dilihat rasa2nya sudah penuh dapurku ini dengan Sarang Labah-labah. Terima kasih kepada kawan2 blogger yang menjenguk dan meninggalkan pesanan. Sebenarnya Tinta masih dalam keadaan terpingga2 dan mencari ruang dan waktu yang ada untuk merehatkan minda dan diri dari kesibukan hal2 yang kurang penting.
Rasa2nya tak salah sebelum tinta masukkan entry resepi Tinta mahu bercerita dulu tentang apa yang melanda minda dan diri Tinta. Sebelum nie sebenarnya, dari anak yang pertama, tinta sudah ada pembantu rumah dari seberang. Pembantu yang pertama bekerja dgn Tinta dari anak yang pertama sehingga yang kedua, lebih kurang 4 tahun. Bila saya mengandung anak yang ketiga dia sudah berhenti dan saya ambil lagi pembantu rumah yang kedua. Sehingga anak saya yang ketiga nie berusia setahun sebulan, disebabkan visa dia pun dah setahun, saya suruh je pembantu tu balik, sepatutnya boleh disambung lagi setahun,,..malaslah nak melihat, melayan dan memiliki pembantu rumah yang sebegitu.(maksud Tinta, sepatah kita mengajar, sepuluh patah dia jawab, kasar dgn anak2, macam2 kehendak dia yang perlu kita layan...kerja pula taklah seberapa bagus)...dan mcm2 perkara yg malas saya nak ingat semula.
Sebenarnya lebih kurang dua bulan, Tinta sudah tak ada pembantu rumah, walau pun sekarang nie ,fizikal letih membuat kerja2 rumah tetapi hati Tinta tak sakit......jadi buat masa nie, disebabkan kesibukan bekerja dan mengurus rumahtangga, fikiran berserabut dan nak menulis pun takde idea, itulah antara sebab, Tinta lama biarkan dapurku tak berasap.Untuk kali nie layan dululah resepi agar2 gula melaka(kalau ka Kuching, Sarawak gula2 melaka digelar atau disebut juga sbg Gula Apong..






BAHAN-BAHAN

200 ml air
180 gm gula melaka
3 sudu kecil serbuk agar agar
1 helai daun pandan - diikat kecil
300 ml santan pekat ( dicampur sedikit garam)

CARA-CARA MEMBUATNYA;......


1. Masakkan air, serbuk agar-agar hingga agar-agar larut.

2.Masukkan gula melaka dan daun pandan, biar gula larut dan adunan mendidih.

3. Keluarkan daun pandan. Masukkan santan, biar mendidih sebentar(tak perlu kacau) dan tuangkan segera ke dalam bekas. Sejukkan

Jan 28, 2010

French Toast Pizza....

Begitu cepat masa berlalu. Sekarang nie dah penghujung bulan satu. Mungkin kesibukan yang menyebabkan kita tak berasa masa berlalu begitu pantas. Bercerita ttg anak2 bersekolah ,aiman dan alya  sudah masuk Tadika, Aiman 5 tahun, alya 4 tahun. mereka bersekolah dari pagi sehinnga petang. Sebenarnya pelbagai perkara yang menyerabutkan kepala tinta ketika dan saat ini. Perkara berkisar tentang pembantu rumah dan masalah penjagaan anak2. Lain kalilah tinta menulis.
Berbalik French Toast Pizza nie selain di makan bersama air kopi panas, sedap juga di buat macam nie, anak2 boleh buat bekal ke sekolah. Resepi nie idea saya sendiri. Tapi french toast nie agak liat/keras sikit. Siapa takde gigi tak boleh makan barangkali. Jom layan resepi yang simple ini.

BAHAN-BAHAN

Sebatang french toast di belah dua dan dipotong
INTI
daging kisar
bawang besar di hiris halus
cheese mozarella
mayonis
sos spagetti
sedikit minyak untuk menumis

CARA-CARA MEMBUATNYA
1/Daging di tumis bersama bawang besar
2/Roti disapu dgn sos Spagetti
3/Diparut di atasnya sedikit keju Mozarella
4/Di bubuh juga Mayonis
5/Dibakar sekejap di dalam oven....




Jan 24, 2010

Mee Hoon Goreng


Bersua kembali. Siri bekal anak2 ke sekolah menyusul. Mee Hoon goreng juga kegemaran anak2 tinta, tapi tak boleh pedas sangat.Cili kat atas tu utk hiasan saja. Sebab Aiman dan Alya tak suka makan pedas.
Bahan2 pula kena letak isi ayam atau sosej untuk menarik minat mereka makan.
Bahan-bahan pun boleh disiapkan malam dan bangun pagi pagi hanya perlu mengoreng. Resepi mee Hoon tinta nie simple je....

BAHAN-BAHAN

Sebungkus Mee Hoon dicelur dgn air panas
*3 ulas bwg merah
*3 ulas bawang putih
*dikisar/ditumbuk
telur sebiji
sedikit isi ayam
beberapa batang sosej di hiris
sedikit mix vege
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu kicap manis
minyak utk menumis
garam secukupnya

CARA-CARA MEMBUATNYA
1/ Tumiskan bawang yang telah dikisar
2/ Masukkan isi ayam, sosej,telur, tumiskan hingga masak
2/ Masukkan mee hoon yg  telah dicelur
4/ Masukkan semua bahan sos dan sedikit kicap
5/ Tambahkan garam untuk  cukup rasa.





Aiman ...".peace"...Alya...."yummy...yummy".....

Jan 22, 2010

Kentang Goreng .....bersalut tepung


Kentang Goreng bersalut tepung, sedap juga dimakan dengan Mayonis atau sos. Sebenarnya untuk entry yang seterusnya tinta cuba memuatkan pelbagai menu utk bekalan anak2 ke sekolah, untuk memberi idea kepada teman2 yang kekeringan idea untuk menyediakan bekal buat anak2 mereka. Sbelum nie tinta ada menerima SMS dan juga email daripada kawan2 yang bertanya..takde resepi untuk bekalan anak2 ke? Biasanya anak2 tinta suka sangat makan kentang begini. Cara nak membuat pun mudah dan kentang pun tak mahal.

BAHAN-BAHAN

Beberapa biji kentang(dicuci bersih tanpa membuang kulitnya)
Tepung goreng adabi
sebiji telur ayam
minyak untuk mengoreng

CARA-CARA MEMBUATNYA

1/Kentang yang telah dicuci dipotong memanjang
2/direbus sekejap sahaja
3/tepung goreng adabi digaul bersama telur dan sedikit air
4/Kentang dicelup dalam tepung dan di goreng sehingga masak.

* bagi yang mahu lebih cepat kentang wedges begini banyak juga dah dijual readymade

Jan 19, 2010

Roti Pizza


Selamat bersua kembali. Roti pizza nie sebenarnya untuk menghabiskan bekalan cheese dalam peti sejuk. Agak sesuai juga untuk bekalan anak-anak ke sekolah. Bagi ibubapa yang sibuk, roti tu boleh disediakan siap2 malam. Bila bangun pagi hanya perlu masukan dalam oven, siap untuk di simpan dalam bekal.Selain berkhasiat tinta buat begini untuk menukar selera anak2 yang selalu bekal biskut kering ke sekolah. Sos tu sudah semestinya tinta guna tomato, sebab budak2 tak sesuai lagi makan yang pedas2, waktu sarapan pagi.

BAHAN2 ROTI PIZZA

beberapa keping roti
sedikit mentega
beberapa keping cheese(tinta guna slices kraft cheese )
sos tomato
beberapa keping daging burger(dipotong memanjang)

CARA-CARA MEMBUATNYA

1/roti disapu dgn sedikit mentega dan sos
2/susunan daging yang telah dipotong
3/taburkan cheese
4/panaskan didalam oven


Jan 16, 2010

LAKSA SARAWAK....


Laksa Sarawak, dah lama buat baru ada masa nak update dalam blog.Dapur tinta bukan tak berasap. Setiap hari masih lagi berasap, gambar masakan masih lagi ambil. Cuma makin hari makin hilang rasa semangat nak menjenguk blog nie. Harap2 diberi idea dan kekuatan untuk terus berblogging.


Bahan-bahan utama laksa Sarawak. Mesti ada pes laksa. Yang nie tinta beli je. Kalau nak resepi boleh merujuk kat blog  Teratak Mini Dayang Jack.... Klik je kat situ Tinta dah setkan terus pgi kat resepi pes laksa tu. kak Dayang izinkanTinta  refer blog Teratak mini utk rujukan pembaca2 yang tak jumpa pes laksa readymade.



1/isi ayam diracik halus
2/ crabstick
3/limau kasturi
4/udang
5/telur ayam digoreng dan dihiris
6/sambal belacan
(Cara nak buat sambal senang je, cili kering dikisar bersama belacan,tumis sehingga masak)..kuantiti dan kepedasan, ikut citarasa masing2.)

RESEPI LAKSA SARAWAK....

BAHAN-BAHAN DAN CARA2 PENYEDIAAN..



Bahan A

Sebungkus perencah laksa Sarawak(pes Laksa)450ml
Santan (1/2 kilo)
Dua keping Asam gelugur
-Lain orang lain cara memasak laksa nie, kalau tinta pes tu dikisar halus2 menggunakan blender kemudian direbus bersama asam gelugur, dan akhir sekali dimasukkan santan. ada setengah orang pes laksa tu di rebus kemudian di tapis.

Bahan B

sebungkus mee hoon,(diselur dgn air panas),.
udang(Dibuang kulit direbus,)
Crabstick
limau kasturi (dibelah dua)
isi ayam, disiat panjang2
daun ketumbar dihiris halus
sambal belacan,

Jan 10, 2010

Bingka DuRian


Bingka Durian daun Pandan. Resepi nie daripada kakak Tinta sendiri.
Sebelum nie pernah juga buat entry bingka durian . Bingka nie pula dibuat atas permintaan My sis In Law..Pn Hasthika yang teringin melihat entry bingka durian yang Tinta buat sebelum nie. ..



BAHAN-BAHAN


3 biji telur
1 gelas mentega
2 gelas tepung gandum
1 gelas gula halus (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
1 gelas durian
3 gelas santan
satu sudu kecil pandan paste


CARA-CARA MEMBUATNYA

1/mentega dipukul bersama gula dan telur
2/bila sudah sebati masukkan durian, santan dan tepung
3/masukkan juga pandan paste
4/Gaul sebati
5/bakar dalam ketuhar 150-160c
6/selama lebih kurang 40 minit..
7/siap untuk dihidangkan










Jan 5, 2010

Ice blended Strawberry


Selamat bersua kembali. Rasanya tak terlambat untuk tinta mengucapkan Selamat tahun baru kepada teman blogger semua dan kepada pengunjung2 blog dapurku Berasap lagi. Bagi kawan2 yag berkunjung dan tinggalkan mesej, walaupun tuannya takde, terima kasih banyak2. Ini merupakan entry pertama di tahun baru, biarlah sesuatu yang manis dan sebagai kenangan yang manis sebagai pembuka tirai 2010.
lama tak update blog sebab personal laptop masuk Ward..kena format semula semua. Jadi semua gambar2 yang nak di upload semua dalam laptop. Ingat nak kena ganti baru, Al-hamdulillah, laptop dah ok. Bila Laptop pula dah ok, masa pula terbatas, kerana dah mula bertugas semula setelah lama bercuti, banyak perkara yang perlu di uruskan.





BAHAN-BAHAN
500 ml full cream milk(susu segar)perisa strawberry
4 skop aiskrim Strawberry
1sudu besar perisa strawberry atau sirap ceri
3 cawan ais kiub
1/2 cawan syrup gula

CARA-CARA MEMBUATNYA
1. masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali ais
2. blendkan bahan2 sehingga sebati
3. akhir sekali masukkan ais dan blend sekali lagi
4. hidangkan bersama aiskrim di atasnya...





Dec 29, 2009

KeK Lapis Aneka Rasa dan Warna..



Kek nie minggu yang lepas buat, baru ada masa nak buat entry. Tinta sebenarnya banyak resepi2 kek2 lapis sarawak sama ada yang lama dan baru. Semua tu kakak Tinta yang sulong punya. Kakak Tinta namanya Kak Ida memang pakar dalam membuat kek2 lapis, tu semua masa kami masih kecil dan dia belum berkeluarga. Cuba bayangkan kalau Hari Raya, sampai sepuluh biji pelbagai kek lapis yang dia buat. Itu semuanya tinggal kenangan indah. mana taknya hari raya kami jarang brkumpul bersama, al-maklum kakak Tinta tu menetap kat Mukah, sedangkan kami semua kat Kuching. Tapi penyebab kami jarang berkumpul pada  hari raya sebab kedua ibu bapa dah takde lagi. Masing2 sibuk dgn keluarga sendiri.Tu semua tinggal kenangan yangg tak mungkin luput dlm minda. Wah..panjang pula tinta berceloteh kali nie.


Sebenarnya kalau kek lapis yang mengguna kaedah bakar tu rupanya  cantik tapi  berapa sedap. Itu pendapat tintalah. Yang sedap kek Lapis sarawak nie kalau yang menggunakan kaedah kukus.Resepi nie tinta ambil dari buku resepi koleksi peribadi.Jangan hairanlah kebanyakkan kek lapis Sarawak, banyak menggunakan telur.



BAHAN A

15 biji kuning telur
4 biji putih telur
1 sudu besar Ovalette
120 gm tepung gandum
150gm gula castor
25gm air sejuk dalam peti sejuk
(pukul bahan diatas bersama selama 10 minit)

BAHAN B

250gm mentega
1 sudu kecil essen vanilla
4 sudu besar susu pekat
(kacau sebati)

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1/Campurkan bahan A dan B
2/Kemudian kacau sehingga sebati. setelah itu bahagikan kepada lima bahagian.
3/Empat daripadanya diwarnakan ,
4/hijau dan merah dicampur 2 camca besar sekaya
5/ kuning dicampur 2 sudu makan horlick
6/coklat dicampur dua sudu makan milo atau serbuk koko
7/Biarkan satu tanpa warna dicampur dua sudu makan perisa chess
5/Lapis warna demi warna satu senduk sampai habis


proses melapis, warna demi warna....mula2 kena guna api atas dan bawah,
lapisan seterusnya guna api atas sahaja.

Dec 28, 2009

Pizza Ria ...sosej,nanas,jagung.


Untuk membuat  pizza nie..tinta merujuk kat blog Teratak Dayang Jack. Kak Dayang izinkan saya CnP ye. Memang sedap pizzza nie. Cuma tinta ubah mengikut bahan2 yang ada. kalau kat Kuching ada sebuah tempat kat bawah jambatan Satok, ada sebuah kedai Namanya Pizza Ria. Memang adalah sedikit kesamaan rasa. Cuma bila kita buat sendiri kita boleh buat topping ikut selera sendiri. Dah lama tak makan kat situ. Anak2 dan suami lebih gemar makan kat Pizza HuT. Pizza saya nie ada kekurangan, dah masuk oven baru teringat lupa bubuh mayonis. Tapi tanpa mayonis pun ok juga...


BAHAN-BAHAN
Pizza base : Large size
2 cawan tepung gandum
2 sk yis segera (sebaik2nya yis mauripan)
2 sb susu tepung
157 ml air suam (39C....suhu org demam panas)
1 sb gula halus
1/2 sk garam
1/2 sb bread softener
1 sb olive oil


CARA-CARA

1/Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)

2/Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dgn hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik (tidak perlu tambah tepung sb sukatannya dah betul kalau guna cawan/sudu metrik...hehe...). Teruskan menguli lebih kurang 15 minit.

3/Simpan doh di dlm satu bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.

4/Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dgn minyak zaitun.
Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk2kan sedikit utk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dlm pan dengan hanya menekan dgn telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai. Ratakan doh sehingga padat.

5/Cucuk permukaan doh dgn garpu dan sapukan dgn minyak zaitun di tepi2 doh dgn berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak).

6/Akhir sekali ratakan dgn sos tomato/cili, mayonis dan bahan2 topping yg lain kecuali keju parut dan oregano.

7/Bakar selama 20 minit. 5 minit terakhir, keluarkan pizza dari oven. Taburkan keju parut dan oregano. Bakar sehingga perang.


Untuk Topping :

100 g isi ayam/daging (dicincang/minced)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1-2 sb puri tomato
sedikit mix vegetable
edikit garam dan gula
sedikit mayonis
sos tomato/cili

Untuk hiasan :
sedikit oregano kering
sedikit tomato (dihiris dadu)
sedikit crabstick (dipotong kecil)
sedikit cendawan shitake
Mozarella Cheese
Lain-lain jika suka.

Dec 27, 2009

Mini Sosej Bun...


Mini sosej nie tinta sediakan untuk hidangan anak2 saudara yang suka makan roti kecil2 begini.Resepi sosej bun nie...tinta guna resepi dari blog Hana Memories..., Terima kasih banyak2. Kali nie memang betul2 menjadilah mini sosejku ini...begitu gebu sekali....


BAHAN-BAHAN

250g tepung roti
6g yis kering
50g gula
50g butter
20g susu tepung
1 biji telur- size S
70g water roux(ganti dg Shortening)
1/2 sk bread improver
1/2 sk garam
90-100ml susu segar
sosej secukupnyer - rebus dahulu

CARA-CARA MEMBUATNYA

1/Masukkan semua bhn kecuali sosej ke dalam BM. dan tekan setting dough ONkan. (saya guna mesin tangan, belum ada BM, tunggu bonus ASB hihi)
2/Tunggu hingga siap.
3/Naikkan doh hingga dua kali ganda. Tumbuk2an bagi mengeluarkan angin.
4/Ambil 25-30g. canaikan doh,buh sosej dan gulungkan. Letak di atas loyang.
5/Naikkan roti sekali ganda lagik. Panaskan oven.
6/Bakar 180 selama 15min atau hingga masak.
7/Dah masak sapukan butter agar berkilat dan sejukkan di atas redai.


HappY BefDay..Anis Hayani..& Mak Dah..


Selamat hari Lahir untuk anak tersayang Anis Hayani genap setahun . Majlis di buat awal memandangkan hujung minggu, baru semua keluarga dapat berkumpul. Anis anak tinta yang ketiga, lahir 1 Muharram bersamaan 29 dis 2008. Mak Dah tu adik ipar Tinta, makcik Anis, lahir 27 dis, jadi kami raikan bersama majlis kesyukuran merangkap majlis Hari jadi...

Kek yang sedap ini di sponsour Faridah(mak Dah), dan di order dari laman blog edacupcakes dari Kuching.  Memang sedap kek nie. Lain kali boleh order lagi dan bolehlah bagi diskaun ye....


Anis hayani dan mak Dah....




 
 Aiman. Alya dan Anis bersama sepupu mereka.



Sekitar majlis......
1/Anis "befday Girl"...bersama ayahnya..mama busy tak sempat nak berposing...:)
2/Anis bersama Su Jam....
3/Befday siapa nie?..nak bagi peluang kpd alya dan sepupu yg suka sgt tiup lilin
4/Anis sibuk bersama hadiah2..
5/Mak Dah sibuk melayan anak2 saudara.




Antara pencuci mulut yang Tinta sediakan..



Antara juadah hari tu, nasi ayam mak mentua yang sediakan, manakala mini sosej, pizza dan laksa Sarawak tu, siapa lagi, Tintalah yang sediakan. Agak letih jugalah tapi rasa puas hati dapat menyediakan hidangan. Itulah sebab Tinta belum berjalan lagi dari rumah-ke rumah teman-teman blogger.Resepi laksa DLL nanti saya updatekan...

KongsiResepi

Rehat Sekejap...