click..click

...follower...tqvm..

Nov 18, 2009

Sup Sotong Sedunia....









jangan hairanlah membaca tajuk kat atas tu..sedunia lagi...bukannya apa banyak sangat sotong dalam sup nie..sebenarnya masakan nie idea sendiri, tak tahu nak masak apa bila dalam keadaan yang sibuk. Nak digoreng anak-anak pula batuk, jadi paling baik buat sup je lah untuk anak-anak.Bila dah dicampur sayur ok jugalah rasanya, sesuai jugalah dimakan sesiapa yang sedang berdiet......

BAHAN-BAHAN SUP SOTONG

BAHAN (A)

5 ulas bawang putih diketuk
sebiji bawang besar biar mcm tu je
serbuk pati ayam
garam secukup rasa

BAHAN (B)

Sotong
anak jagung dipotong
Tomato dibelah tiga
kubis putih dipotong ikut citarasa masing-masing
(nak tambah sayur2an yang lain pun boleh)

CARA-CARA MEMBUATNYA


  • rebuskan air,


  • bila dah mendidih masukkan Bahan A,


  • selepas tu barulah masukkan bahan B


  • terus tutup api supaya sayur tidak layu


  • bolehlah dihidangkan...








Nov 17, 2009

Scrumble Egg.....with Prawn..




Hari ini entry yang paling mudah sekali untuk disediakan...
Ini sebenarnya hidangan untuk aiman dgn alya.
Umur kita nie kena kurangkan lah makanan sebegini..faham2 ajelah sekarang nie..
Tahap tumbesaran dah terhenti, mengembang ajelah pula...
Biasanya masakan sebegini sesuai di makan waktu breakfast
tapi aiman dan alya makan dgn nasi....Jadi sudi2 lah kiranya mencuba resepi yang begitu simple nie..

BAHAN-BAHAN

Udang dalam sepuluh ekor
(diuang kulit)
telur tiga biji
1 sudu kecil sos tomato
sedikit mentega(utk  menumis)
sedikit serbuk pati ayam

CARA-CARA MEMBUATNYA


  • Panaskan mentega


  • masukkan telur yang telah dipukul


  • masukkan udang


  • sedikit sos dan sedikit serbuk pati ayam


  • siap utk dihidangkan















Nov 16, 2009

TomYam Seafood..



Hari tu pernah juga buat Entry Tomyam...siaran ulangan..
cuma kali nie kita campurkan kesemua makanan2 laut nie...
baru kaw(pekat)....sikit rasanya........
lebihan kuah kalau dimakan dgn mee pun sodap juga ,
boleh buat breakfast...(ada ke org mkn pedas pagi2..) tintacyber je lah tu.....:)


BAHAN-BAHAN TOMYAM  SEAFOOD


Sayur-sayuran...
perencah...
Udang, ketam, sotong
Serai(dititik)
Daun limau Purut
Bawang Besar di hiris
bawang puth 5 ulas(diketuk)
Bawang Merah (dihiris)
perasa secukupnya

CARA2
  • Didihkan air sehingga mendidih...Saya tak guna tumisan.
  • Bubuh le semua bahan2, serai, segala jenis bawang,daun limau purut, last sekali perencah.
  • Bila dah mendidih, masukkan, udang,ketam, sotong dan sayur-sayuran.















Nov 15, 2009

Nasi Goreng Dabai


Terlebih dahulu bagi kawan-kawan yang selalu bertanya khabar
dgn tintacyber minta maaflah..
dapurkuberasap ada masalah sikit. Nasib baik tak terbakar tau,
 harap sudilah baca kisah tragik nie...
nak tahu kenapa terpaksa buat renovation.
Masa Laptop on, tintacyber nie sibuk memasak,
tak tahu macamana my hubby tutup Laptop nie,
 habislah berubah layout Dapurkuberasap.....
(apa yang dibuat masih menjadi tanda tanya).....
nie tengah buat renovation balik..huhuhu.....
sekarang nie tintacyber guna broadband,
kawasan kita nie takde line streamxy...
macam kura2 lah line broadband nie,
 sekejap laju skejap putus, ikut angin..

Disamping tu sempat juga buat entry nie...Nasi Goreng Dabai....
Rasanya kat semenanjung tanah melayu takde buah dabai, Bagi yang belum pernah
 melihat buah dabai, ada gambar kat bawah tu. Buah dabai nie kat Kuching pun takde,
diimport dari Sibu, Kapit atau Sarikie. aling murah sekilo RM10..
ada yang mencecah RM28 sekilo..ikut gred buah tu, kalau makin mahal,
 isinya lemak biji kecil dan isi tebal(mcm gred buah durian rasanya).

Rasa buah dabai nie, lemak, lebih lemak dari buah kelapa sawit,
tapi isi dia tak berserabut mcm isi kelapa sawit. Buah  nie juga ikut musim...
Panjang sangat bercerita kali nie...layanlah pula resepi kat  bawah






BAHAN-BAHAN NASI GORENG DABAI

Bahan (A)
4 mangkuk nasi(utk empat orang)
5 biji buah dabai (dibuang biji)
(dabai digaul dgn nasi)

Bahan(B)
4 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih
minyak untuk menumis
isi ayam atau udang
garam secukupnya
kiub ayam

CARA-CARA MEMBUATNYA

  • Tumiskan bahan B sehingga naik bau,


  • masukkan bahan A


  • Bolehlah ditambah kiub ayam dan garam perasa mngikut citarasa masing-masing


  • siap untuk dihidangkan








nie lah buah Dabai..................

Nov 14, 2009

Dinner @ Sarawak Club

Ruangan cuci mata kali nie, membawa anda mencuci mata melihat hidangan-hidangan yang telah masuk ke dalam perut TinTacyber sempena jamuan akhir Tahun..
Maaflah bukannya nak menunjuk2, sekadar di rakam untuk memori dan memberi panduan kepada sesiapa
yang nak mencuba makanan2 ala chinese style..
Venue makanan ialah "Sarawak Club"..Kuching.




Hidangan pertama...Assorted Cold Dish......






air oren...sentiasa di Refill....(kenyang minum air je malam tu)



Hidangan kedua.....Fish Lips Soup with Crabmeat......





Steamed Sea Bass Cantonese Style....




Buttered prawn.....


Szechuan Lamb chop....



Beggar's Chicken....
(kalau diterjemah dahsyat juga maksud hidangan nie)..

untuk pencuci mulut ada sebenarnya...dua hidangan terpaksa ditinggalkan sebab balik awal sikit
al-maklum, anak dan suami (kat rumah)...



TintaCyber...adalah antara orang yang bertuah malan tu..
nie lucky draw yang saya dapat...

Nov 13, 2009

DaPurKu Tak Berasap....


  
Seperti biasa weekend..dapurku tak berasap...jadi kita cuci2 mata ..disamping tu boleh juga mencari
idea untuk memasak nanti....kalau nak tahu dimana tempat2 nie..klik kat my blog link...(Tintacyberborneo)










Laksa Sarawak ....nie memang sedap.......udangnya besar2 dan ranggup(fresh)









Nie pula Bhee Hoon Sup..kuahnya Sup Ikan...
memang sedappp....boleh dimakan dengan nasi juga...




semasa dihidangkan bhee Hoon tu di asingkan..
bila nak mkn barulah di masukkan ke dalam sup ikan tadi..



Nov 12, 2009

NaSi Lemak...daun Pandan..



Hari tu..terliur tengok nasi lemak hujan panas kat blog E-na...tulah buat juga nasi lemak..
Tapi nasi lemak  nie saya tambahkan daun pandan semasa memasak...Resepinya sama macam ramuan nasi lemak lain...cuma ditambah daun Pandan jer....untuk resepi nasi lemak nie saya ambil kat buku masakan yg saya beli....

Bahan2 Nasi Lemak

2 pot beras(dibersihkan)
1 biji kelapa(santan secukupnya)
3 biji telur rebus
3 helai daun pandan
sedikit garam
kacang goreng
ikan bilis goreng
timun

Cara membuatnya:

Masukkan beras,garam,daun pandan dan santan secukupnya ke dlm periuk.
masak hingga kering






Ikan Kari..Pari..


Kari lagi...entry dapurku berasap kali nie...cuma dengan menggunakan ikan pari. Selain di masak asam pedas, ikan pari juga agak sedap dibuat kari.......

BAHAN-BAHAN


 1/2 kilo  ikan pari
 serbuk kari (saya biasa gunakan kari segera jenama A1 dan dicampurkan dgn sedikit kari adabi)
 5 ulas bawang merah di kisar
 sedikit halia (di ketuk)
 Air asam jawa
 sayur bendi
 Tomato di potong
 bawang besar (di potong dadu)
 santan(kalau takde pun takpa)




CARA-CARA MEMBUATNYA...

  • Tumiskan bawang merah bersama sedikit halia,
  • masukan kari segera bersama sedikit kari adabi,
  • masukkan air asam jawa ,
  • bila dah mendidih masukkan sayur bendi dan tomato diikuti bawang besar,
  • bila sayur dah hampir masak,masukkan santan,
  • lepas tu masukkan ikan pari....Siap untuk dimakan.










Nov 11, 2009

Sup Rumpai Laut


Rumpai laut atau  nama glamournya...Dry seaweed......Biasanya kalau melihat cerita bersiri Korea, sup rumpai laut nie sesuai dimakan oleh mereka yang lepas berpantang. Dalam keluarga TinTa, Aiman yang suka makan sup rumpai laut nie, dia panggil sup nie, Sayur hitam.Mungkin semasa kecil dia dijaga oleh neneknya, tulah sebab anak saya nie mengikut selera neneknya suka mkn sup dan sayur.


BAHAN-BAHAN

air secukupnya
RumPai Laut(direndam dan dicuci)..toskan
6 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar(biar camtu je)
kiub ayam
sedikit isi ayam dicincang(nak guna udang pun boleh)
telur dua biji
sedikit halia diketuk
Tomato(nak letak apa2 sayur pun boleh)
bawang putih dan merah goreng(optional)
Daun Sup
sedikit batang celery dihiris
sedikit minyak masak utk menumis

CARA-CARA MEMBUATNYA

  • Tumiskan bawang  bawang putih yang ditumbuk dan diketuk setelah naik bau
  • masukkan sedikit halia.
  • masukkan isi ayam
  • bila isi ayam dah hampir masak masukkan telur
  • Bila dah agak garing isi ayam dan telur masukkan air dan juga bawang besar
  • bila dah mendidih masukkan batang celery dan rumpai laut
  • Akhir sekali baru masukkan tomato,bawang goreng dan juga daun sup...
  • (saya tak guna daun sup hari tu)....abis stok... 

 


 

Nov 10, 2009

Daging Masak Lada Hitam Sarawak...


Sarawak memang terkenal dengan Lada Hitamnya...Selain digunakan dlm masakan lada hitam digunakan juga dlm bidang perubatan. ..begitu juga sekarang sudah ada Gula-gula lada hitam.
Dalam bidang kosmetik??...takde lagi rasanya..

Setelah merujuk beberapa buah blog dan juga MyR...terhasillah daging lada hitam nie..Adunan telah diubah suai mengikut bahan2 yang tinta ada...Masakan nie saya rasa amat bersesuaian dimakan oleh ibu-ibu yang baru habis bersalin, sebab ia  mampu memanaskan badan luar dan dalam. Memang betul-betul panaslah badan setelah memakan Daging masak Lada Hitam nie....Selamat mencuba....
 

BAHAN-BAHAN....
 

 
1/2 kilo daging-dihiris
8 ulas bawang putih ditumbuk(saya suka guna byk bawang putih)
2 biji bawang besar(dihiris)
1 sudu kecil kicap manis
1 sudu kecil kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada Hitam
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
1inci halia dihiris panjang2
minyak masak utk menumis

 
CARA-CARA MEMBUATNYA.......
 
  • Tumis bawang putih, halia, masukkan daging dan lada hitam.
  • Biar daging empuk sedikit. masukkan air .
  • Masukkan sos tiram, kicap masin,kicap manis, bawang besar,  halia dan sedikit air.
  • Gaul sebati, dan bila daging sudah empuk angkat.

 

 

 


 

Nov 9, 2009

Selamat Hari jadi.......SaYang





Wah........romantiknya tajuk di atas,..
Jangan Hairanlah kek di atas tertulis hubby saja.......
sebenarnya hari nie ialah hari jadi suami dan kembarnya..(kembar tak seiras)..
10 Nov...
Jadi sekali-sekala kita menyambut hari jadi nie, elok juga untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan..
Jadi Tinta bersama my sis in Law, Hasthika pun mengadakan sambutan tersebut..Sekali lagi untuk suami dan pasangan kembarnya "selamat Hari Lahir"..semoga dilanjutkan usia dalam kebaikan dan dikurniakan rezeki yang berkekalan.













Ayam Goreng Madu Berempah...


Ayam goreng antara  makanan kegemaran anak2,  sesuai dimakan dengan sayur sup. Ini antara masakan yang paling cepat untuk disediakan. Selalunya saya memasak sebelum turun kerja, kerana mengajar petang, bila dah balik kerja sebelum  makan baru masak sayur.

BAHAN-BAHAN

1/2 ekor ayam (dipotong )
bawang merah dikisar
bawang putih dikisar
halia ditumbuk
sedikit serbuk jintan ptih dan manis
sedikit serbuk ketumbar
sedikit tepung ayam goreng adabi
2 sudu besar madu
garam secukupnya
Minyak masak

CARA-CARA MEMASAK


  • Ayam diperap dgn bawang2 yang dikisar, halia dan serbuk2 rempah dan madu.(30minit)


  • selepas tu,,apa lagi goreng le dgn menggunakan minyak.


  • Siap untuk dihidang












KongsiResepi

Rehat Sekejap...