click..click

...follower...tqvm..

Nov 30, 2010

HoMeMaDe Oreo CHEESE CAKE..utk Wedd Anniv

Oreo Cheese kek nie, sebenarnya di buat, tempahan dari seorang kawan sempena Ulangtahun perkahwinan. Terima kasih atas tempahan.Yang paling romantiknya kawan saya nie buat suprise dengan suaminya....romantiknya . Kejutan hadiah untuk orang yang kita sayang adalah salah satu cara di antara petua2 atau kaedah untuk mengekalkan keharmonian dalam rumahtangga. Siapa yang tak suka hadiahkan. Terutama kita sebagai perempuan, betapa seorang isteri itu akan rasa dihargai apabila suaminya menghadiahkan apa2 hadiah . Tak kira mahal atau murah hadiah yang diberi ,yang penting keikhlasan pasangan atau usahanya untuk membahagiakan orang yang disayang.
Berbalik pula kepada OreoCheese cake nie, saya masih juga menggunakan resepi yang sama. Kalau nak resepi Klik kat sini...


Ramai juga yang bertanya apa yang dimaksudkan dengan water Bath......Water bath tu seperti yang dalam gambar di atas tu. Loyang di dalam Loyang. Atau kalau tak faham boleh rujuk Kat sini.  Ada juga teman2 yang hairan, walaupun saya nie ada mengambil tempahan buat kek, kenapa saya perlu sertakan resepi atau mengajar rakan2 yang bertanya tentang itu dan ini. Cuma saya perlu jelaskan saya bukannya pakar sangat, dan sekadar berkongsi ilmu yang sedikit. Tapi memang wujud manusia2 yang kedekut betul dengan ilmu2 tertentu, hatta ilmu tentang masakan atau resepi tertentu pun mereka kedekutttt. Sedangkan ilmu apabila kita mengajar atau memberitahu kepada orang lain ganjarannya begitu besar sekali.  Tidakkah mereka tahu tentang hadis Nabi yang berbunyi..."
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)..



Nov 29, 2010

BlueBerry Cheese Tart

Inilah hasil Blueberyy cheese Tart pertamaku, buat bloggers yang buat tart yang begitu cantik dan mulus, janganlah ketawa melihat tart saya, entah apa yang terjadi, pastry saya menjadi lembik dan liut pula utk di adun. Inilah akibatnya kalau bersikap derhaka terhadap resepi. Derhaka yang saya maksudkan di sini, sebenarnya saya kalau ada apa2 resepi yang nak di cuba gatal betul tangan saya nak ubah sedikit bahan2. Untuk bahan2 Pastry saya tambahkan tepung jagung dan saya tak sukat pun kandungan butter(mentega). Itulah agaknya pastry saya susah nak dibentuk dalam acuan tart.Walau rupanya tak sesempurna tart2 dari pengusaha tart atau bloggers yg pernah buat entry tart, tapi rasa tart cheese yang saya buat nie, sedaplah juga.(pada pendapatku sendiri). Resepi nie saya CnP dari Rinnchan.fotopages,...dan sememangnya resepi dalam Fotopages beliau semuanya membuat air liurku merembes......Buat Rinnchan izinkan saya share resepi untuk rujukan di hari lain atau rakan2 yang nak mencuba resepi yang Vouge gitu....


BLUEBERRY CHEESE TART
Makes 12

Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
125gm butter
40gm icing sugar
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 teaspn esen vanila

Kaedah penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Bahan Isian cheese:
250gm cream cheese
3/4 cwn gula icing
1 biji telur
1/2 cwn whipping cream
1 camca teh esen vanila
Blueberry filling secukupnya
*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.

Kaedah penyediaan:
1. Pukul cheese dan telur hingga sebati.
2. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
3. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
4. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling di tengah-tengahnya. (yang nie saya ubah sikit, saya bubuh blueberry filling di bawah pastry dan di atas saya campurkan sediki cream cheese dgn warna purple, dan betukkan corak tersendiri)
5. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175 darj cel. Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.


Ini pula atas permintaan anak2,, suruh lukis muka smile.

Nov 26, 2010

Jamuan terakhir...


 Cantiknya, sayang pula nak makan...itulah  yang ada dalam mindaku bila dihidangkan juadah nie semasa jamuan akhir tahun bersama rakan sekerja .Nie sebenarnya sayur campur yang dibungkus dalam buah keladi(Yam). Buah keladi tu dimasak dibuat macam mangkuk, dan didalamnya dibubuh sayur campur. rasanya, taklah sedap sangat.


Ikan Talapia yang di masak tiga Rasa, manis dan agak masin.

nie sebenarnya hidangan pertama, not my taste(kata omputih). Ada beberapa lagi lauk-pauk dan pencuci mulut yang tak sempat di ambil gambar. Sebab masing2 tak sabar nak makan.

 Tinggal kenangan bersama rakan-rakan sekerja, kerana tahun depan saya akan berpindah ke tempat baru. kenangan bersama kalian adalah sebahagian kenangan manis dan terindah. Teima kasih atas jalinan persahabatan yang terjalin selama ini. Salah dan silap semasa bersama harap dimaafkan.
 Rakan-rakan yang penuh gaya, ada yang akan buat persembahan tarian lagu 6oan dan lagu Bollywood. Memang gempakk,,,boleh masuk rancangan Mari menari.
 Cikgu Mahyuddin dari Kl, masih single, antara orang yang paling bergaya malam tu.




Nov 20, 2010

MuFFin CoKLaT

Inilah hasil pertama muffinku, Muffin Coklat. Hasrat dan minat nak buat muffin dah lama ada tapi dipendam saja. tapi bila selalu bertandang ke Blog, IZAH MUFFIN LOVER, hasrat nak buat muffin makin menjadi2.  Saya juga bertanya dengan beberapa blogger yang gemar buat muffin , terima kasih KakSu. Sebelum buat muffin seperti biasa saya menyelongkar beberapa buah blog mencari resepi2 yang mudah dan melihat gambar2 cara2 membuat muffin. Selepas dapat resepi yang mudah, saya pun pergilah shopping ke kedai jual bahan2 kek. Saya pun membeli acuan muffin dengan harga yang agak mahal jugak, rm32.00(dpt masak 12 biji sekali).Tapi yang agak mengecewakan bila saya cuba masukkan ke dalam oven, ya ampunnnn tak muat, my oven tak sebesar yang ku sangka. Keesokkan harinya tak sabar2 nak ke kedai nak tukar acuan yang kecil. Nasib baiklah tokey kedai tu baik hati membenarkan saya tukar acuan yang agak kecil( dapat muat 6 biji ).
Satu perkara yang berlaku juga ialah bila pertama kali hendak masukkan muffin ke dalam muffin cup, terover bubuh sehinggakan muffin ku masak mengeledak seperti gunung berapi yang meletup.(muffin yg seperti gunung berapi tu lupa pula nak gambar)...malu sebenarnya... . Rasanya muffin pertama ku ini tak berapa berjaya sebab saya menggunakan minyak soya, jadi rasa coklatnya tak berapa sedap bila ada campuran rasa soya, next time nak buat dah tahu nak guna minyak sayur apa. Resepi Muffin nie saya ambil dari Blog Izah....link ada kat atas. terima kasih Izzah atas perkongsian resepi, saya CnP untuk rujukan lain kali dan rujukan rakan2 yang lain.


 RESEPI MUFFIN COKLAT.

Bahan-bahannya:

bahan A 
2 cawan tepung
1 1/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe..(saya tak bubuh sebab suami tak suka rasa nescafe, mungkin lain kali boleh ganti dengan milo)
sedikit garam

bahan B 
2 cawan gula kastor(saya kurangkan gula, menyebabkan mffin saya kurang manis)..lain kali boleh bubuh 11/2 cawan
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur

bahan C 
3/4 cawan air panas


(untuk hiasan sedikit choc chips dan sedikit kepingan hirisan badam.)

1./Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
2./Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
3./Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
4./Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
5./Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.



Nov 19, 2010

Cheese Cake Instant...resepi 11

Kek nie antara Cheese cake kegemaran anak-anak dan suami. Proses penyediaan agak  mudah sebab tak perlu kukus atau bakar. Hanya perlu simpan dalam peti sejuk dan rasanya memang sedap.Sebelum nie pernah juga buat cheese cake Instant tapi resepi nya berbeza. Resepi versi 1, boleh Klik kat sini. Tapi rasanya Resepi chez cake Instant resepi 2 nie lebih sedap. Saya dapat resepi nie daripada kakak saya sendiri. Terima kasih banyak-banyak.



RESEPI CHEESE CAKE INSTANT(acuan segiempat 7'7')

BAHAN-BAHAN CHEESE CAKE INSTANT

250gm philadelphia cream cheese
susu pekat manis satu tin
nestum(utk ditabur atas lapisan)
250ml susu segar
2 paket biskut saltcheese( dlm 500gm)


CARA-CARA MEMBUATNYA

1/. Pukul cream cheese bersama susu pekat sampai sebati
2/. Biskut saltcheese dicelup ke dalam susu segar
3/. Susun biskut saltcheese ke dlm loyang, tuang satu senduk campuran cream cheese dan ratakan
4./ Taburkan serbuk nestum diatas lapisan 
5/. Ratakan dan susun biskut lagi,  ulang hingga habis.
6/. Simpan ke dalam peti sejuk semalaman, barulah boleh dihidangkan.




Nov 18, 2010

KeK Oreo Cheese

 Dua tiga hari sebelum hari Raya Haji, agak penat juga, menyiapkan beberapa biji kek oreo Chez, tempahan dari rakan-rakan. Walau pun sibuk, disebabkan minat buat kek, segala kepenatan tak terasa. Sebelum nie pernah bawa kek nie untuk dirasa oleh rakan-rakan. Disebabkan mereka meminta saya buatkan untuk mereka, orang kata rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari. Tambahan pula cuti sekolah dah bermula, jadi ringanlah sikit kepala nie daripada bebanan tugas2. Tapi hari Isnin  nie saya antara ribuan guru2 yang bertugas mengawas SPM. Alamatnya takde cuti panjanglah untuk tahun nie, sebab SPM 2010 berlansung sehingga 20 Dis 2010. Kesiannya aku....huhuhuhu.
Untuk resepi kali nie saya masih menggunakan resepi daripada Blog HOME SWEET HOME... 
blog Kak Ummi Zahidi. Cuma seperti biasa(saya nie suka buat experiment ) saya ubah sedikit resepi asal mengikut bahan2 yang ada. Terima kasih atas perkongsian resepi. Semoga mendapat rahmat dan keberkatan di atas perkongsian resepi. 


RESEPI KEK OREO CHEESE

Bahan Dasar
  • 300gm biskut oreo - di buang krimnya
  • 50gm mentega cair(saya lebihkan)
Bahan Filing:-
  • 750 gm keju krim
  • 130 gm gula kaster(hanya guna 100gm)
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 2 biji telur (saya tambah 2 biji lagi)
  • 250ml whipping krim
  • 1 tbsp. lemon juice( saya guna cream of tartar)..
  • 20 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya
  • (2 sudu kecil tepung gandum)..nie saya tambah sendiri, resepi asal takde

Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan .bulat 8"8", . Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Tuangkan kesemua bahan Filling, ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.







Nov 15, 2010

Kek Lapis Tiga Rasa


SeLamaT Hari Raya Adil Adha kepada semua rakan2ku, rakan2 blogger dan pengunjung2 DapurkuBerasap. Setiap kali Hari raya Haji, sebenarnya ada kenangan sedih yang tak mungkin akan luput dari ingatan saya. Ayahanda tercinta dua tahun yang lepas pegi mengerjakan Haji, dan beliau tak kembali2, meninggal di Tanah Suci Mekah, sebaik saja habis mengerjakan semua rukun Haji. Buat Ayahanda Hj Unai Bin Gani, semoga Rohmu ditempatkan bersama golongan syuhada' dan golongan para solihin. Al-Fatihah.



Bersempena hari Raya haji saya paparkan sebuah resepi dari koleksi peribadi, kek lapis Tiga Rasa sebenarnya nama asalnya Kek Lapis Sadam Hussein, nie salah satu kek vetren(agak Lama), rasa2nya semasa zaman kegemilangan pemerintahan Sadam Hussein. Jadi kek nie saya tukar nama , bersesuaian dgn gabungan rasanya terdiri drpd milo, horlick dan sekaya. Bagi sesiapa yang baru nak belajar membuat kek lapis Sarawak, boleh mencuba kek nie, sebab penyediaannya agak mudah dan rasa(taste)nya memang sedap. lembab dan lemak manis. 
 
Resepi Kek Lapis Tiga Rasa

BAHAN-BAHAN

  • 10 biji telur ayam
  • 16 oz butter(guna Brand Golden churn)
  • 1 tin kecil milo
  • 1botol horlick
  • 1 tin susu manis
  • 1 tin sekaya
  • 1 gelas gula halus
  • 1 gelas tepung gandum
  • perwarna: Hijau, kuning, gula hitam(Browning sugar)
*sukatan gelas boleh guna 11/2 Cup

CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul berasingan, 
(kuning telur di pukul bersama mentega, gula,susu)*..putih telur pula di pukul berasingan sehingga seperti buih. Satukan ( * ) dgn putih telur sehingga sebati
2. Masukkan tepung gandum
3. Kemudian adunan tadi dibahagikan kepada tiga bahagian:-)
a. bahagian 1 (bubuh Horlick bersama warna kuning( saya tak bubuh) guna warna asli)
b. bahagian 2 (bubuh sekaya bersama warna hijau)
c. bahagian 3 (bubuh Milo bersama (browning sugar)=hitam
4. Kukus warna hitam terlebih dahulu, diikuti warna hijau kemudian warna kuning. (setiap lapisan di kukus lebih kurang selama 25-30 minit bergantung kpd pengukus masing2.

Nov 9, 2010

Kiwi Cheese Cake


 Resepi asal Kiwi chez kek nie,  ialah Blueberry cheese cake saya cedok dari Dapur Mat Gebu, dan blognya  Dapur Tanpa Sempadan  . Cuma saya ada ubah suai sikit bahagian dasar kek dan saya deko kek nie dgn menggunakan whipping Cream. 
Kek nie saya buat bersempena Hari jadi suami tersayang yang ke 38 tahun. Buat suamiku, "Semoga dilanjutkan usia dalam kebaikan dan dimurahkan rezeki yang penuh keberkatan", semoga hubungan kita berkekalan hingga ke hari akhirat. Amin. Sebenarnya nie pertama kali buat deko cake, boleh tahan jugalah rupanya, sehinggakan ada anak saudara sangka kek nie saya beli.Sesiapa yang gemar makan Chez kek , boleh mencuba resepi kat bawah. Terima kasih banyak2 Mat Gebu atas perkongsian resepi.
Resepi Kiwi Cheese Cake

BAHAN-BAHANNYA 

500 gram cream cheese
50 gram gula halus
200 gram "whipping cream"
5 kuning telur
120 gream tepung gandum
1 camca teh esen vanilla
5 putih telur
100 gram gula halus
Secubit cream of tartar
Bluberry filling secukupnya (boleh beli di kedai baking)saya tak bubuh
150 gram biskut shortbread, dihancurkan* saya guna oreo,
1 genggam badam keping, dipanggang harum dan ramas*
1/3 cawan mentega, dicairkan (kurang lebih)*

CARA-CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan oven pada suhu 150C, lenser tin springform berukuran 9 inci dengan mentega dan balut luar tin dengan aluminum foil. Ketepikan. Satukan bahan2 bertanda (*), gaul hingga boleh dikepal. Masukkan ke dalam tin tadi dan tekan rata hingga memenuhi dasar tin, padatkan. Simpan dalam peti sejuk.(saya bakar sekejap dlm oven)
  2. Putar cream cheese hingga lembut, masukkan 50 gram gula tadi dan terus memutar, perlahan2 masukkan whipping cream dan putar hingga licin. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk pengadun yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan 100 gram gula tadi dan secubit cream of tartar, terus memutar hingga mendapat konsistensi "soft peak",bermaksud, bila mana bila disentuh, puncak yang terhasil akan terlentuk sedikit, tidak tajam menegak.
  4. Gaul putih telur tadi ke dalam adunan cheese dengan kaedah kaup balik. Gaul rata. Tuang dalam tin tadi dan bakar selama 90 minit atau hingga masak menggunakan kaedah water-bath, iaitu dengan meletak tin kek tadi dalam loyang yang lebih besar dan tuang 3/4 inci air panas dalam loyang tadi.
  5. Bila kek masak, alihkan dari loyang dan biar tin kek dalam oven, renggangkan sedikit pintu oven dan biar kek sejuk. Kemudian simpan dalam peti sejuk 3-4 jam sebelum dihias dengan blueberry mengikut kreativiti masing2.. (saya hias guna kiwi , seperti dlm gambar)


1
2
3

 4


 5



Nov 5, 2010

Tomyam SeaFood Ori

TomYam Seafood ori, begitulah tajuk resepi dapurkuberasap kali nie. Ori tu maksudnya original tanpa sebarang tomyam paste. Bahan2 wajib untuk membuat Tomyam ori sudah semestinya mesti ada serai, daun Limau purut dan semestinya limau nipis dan cili hidup. Nie kali kedua buat tomyam sebegini. Biasanya guna paste. Rupa2nya Tomyam mnggunakan bahan2 asli lebih sedapppp, berbanding mnggunakan paste. Tomyam ada pelbagai jenis, ikut suka kitalah nak bubuh apa2 pun. Ada Tomyam Ayam, daging, tulang daging, ketam,udang, sotong, sayur2an dan mcm2 ada. Untuk membuat resepi nie saya merujuk resepi yg dikongsi oleh  e-nalovelykitchen, dari Jepun. Lama tak dengar khabar E-na, sibuk agaknya. Saya CnP tetapi ubah sedikit ikut bahan2 yang ada. Terima kasih E-na atas perkongsian resepi.

Bahan-bahan

  • Sedikit Udang(dibersih)
  • Sedikit Sotong (dipotong)
  • Kobis
  • Cauliflower
  • Baby Corn
  • 1biji bawang besar dipotong
  • 1-2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2  biji tomato dibelah 4
  • 3  batang serai(diketuk)
  • 2 biji limau nipis(nak masam letak lebih)
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 biji cili api/siam(nak pedas letak lg byk)
  • sedikit cili serbuk(utk warna merah)..kalau nak buat tomyam putih tak perlu bubuh
  • 4-5 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit Perasa


Cara-Cara

1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak.
2. Masukkan bawang putih, kacau hingga naik bau,jgn sampai hangit.
3. Masukkan air, biarkan mendidih.
4. Masukkan serai.
6. Kemudian masukkan cauliflower, bawang besar, baby corn.
7. Perahkan limau nipis dan masukkan daun limau purut serta cili padi yg di ketuk.
8. Masukkan garam dan perasa.Rasakan cukup masam,masinnya dan akhir sekali baru
masukkan udang dan sotong
9. Bila sudah masak masukkan tomato dan tutup api dapur.
10.Sedia untuk dihidangkan.

Oct 27, 2010

Pisang Goreng Cheese


Banana Cheese atau Pisang goreng berkeju, begitulah bunyi resepi Dapurku Berasap kali nie, Ada juga rakan2 yang bergurau dgn mengatakan nasib baik tak Dapurku Terbakar, Tak apalah , mana2 nama Blog pun tak kisahkan, yang penting keikhlasan kita untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk sesiapa saja. Petang-petang kalau makan pisang goreng mesti sedap dan jangan lupa makan sambil minum air teh atau kopi panas. Pisang nie kegemaran anak-anak. Sekejap je piring dah kosong. Ada sesetengah orang siap bubuh coklat Rice lagi sebagai toping. Terpulanglah kepada selera masing-masing.

BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG
1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa masing2)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter
secubit garam
perwarna kuning@serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng

BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING
Keju cheddar(diparut)
satu sudu kecil susu pekat manis
satu sudu kecil butter

CARA-CARA MEMBUATNYA;
1/. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. (Sesiapa yang tak suka pakai pewarna boleh juga guna serbuk kunyit), Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.
2/. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).
3/. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.

Oct 24, 2010

KEK LAPIS Bumi Kenyalang

Hari nie Tintacyber nak buat promosi. Al-maklum, Hari raya Korban tak lama lagi. Kek2 Lapis Sarawak nie bukan cantik di mata saja tapi rasanya pun sedap dan berkualiti. Kek2 nie bukan TintaCyber yang buat, ini adalah perniagaan kakak saya.Sesiapa yang berminat boleh mengunjungi Laman Blog Nie AWAWA KEK LAPIS, dan tinggalkan pesanan.Selamat mencuci mata.


KEK LAPIS SUSU( ACUAN 8'8')..RM46.00

KEK LAPIS COKLAT STRAWBERRY
KEK LAPIS COKLAT CHEESE

KEK LAPIS MINI...RM1.50...

Oct 19, 2010

Air Limau Kasturi Buah Plum

Air Limau dicampur buah Plum, memang sesuai di minum ketika sakit tekak atau cuaca yang panas. Air nie suami yang buat dan minuman kegemaran Aiman. Rasa air nie masam,,masin dan manis dan senang untuk disediakan. Orang laki nie kalau mereka sekali sekala turun ke dapur memang berbakat sebenarnya. Malah kalau mereka memasak, walaupun hanya nasi goreng memang sedap.Jadi wahai suami2 yang terbaca coretan nie, sekali sekala rajin2lah tangan membantu isteri di dapur. Tugas memasak tu bukanlah terletak 100% di tangan isteri. (bukan berleter)..sekadar tazkirah. Layanlah pula resepi minuman yang simple kat bawah..

Resepi Air Limau Kasturi Buah Plum


Bahan-bahan
Beberapa biji buah limau kasturi 
Buah Plum (jeruk)
Gula secukup rasa
Secubit Garam
Air sejuk secukupnya

CARA-CARA MEMBUATNYA

1/Buah Limau Kasturi dibelah dibuang biji dan diambil jusnya
2/Buah Plum dilecek2 dan dicampur bersama jus kasturi
3/ Bubuh gula dan garam secukup rasa serta tambah air secukupnya(kalau nak sejuk bubuhlah ais)





Oct 11, 2010

BUBUR CHA CHA @ CA CA

Bubur nie sedap kalau dimakan sejuk2. Kalau kat Kuching susah nak jumpa chacha yang ready made. jadi Tinta buat sendiri adunannya dgn menggunakan tepung pulut. Mula2 guna tepung Sagu tapi tak menjadi. Bila direbus tengah2nya mentah, tak tahu kenapa jadi macam tu. Sebab ada org kata kalau guna tepung sagu lagi sedap. Jadi untuk Bubur ChaCha nie Tinta guna tepung Pulut.


RESEPI BUBUR CHA CHA @ CA CA

BAHAN-BAHAN
250gm tepung pulut
700ml santan
230gm air
200gm gula
secubit garam
3 helai daun pandan
beberapa biji ubi keledek, dipotong dadu.
(tiga warna, kuning muda oren, putih)..kalau ada ubi keledek warn aungu lagi anampak cantik..utk resepi kali nie hanya guna dua warna ubi keledek.

CARA-CARA MEMBUATNYA

1/. Gaul tepung pulut dgn air sehingga menjadi doh dengan tiga warna( hijau, kuning dan merah muda atau warna asal(putih). Saya tak bubuh warna merah tak berapa suka.
2/. Masak tenggelam di dalam air mendidih hingga timbul dan toskan(daun pandan boleh juga dibubuh ke dlaam air rebusan doh)
3./ Masukkan bersama santan, ubi keledek dan gula bersama serbuk garam dan daun Pandan.
4./ Apabila ubi keledek sudah empuk dan santan mendidih, masukkan Cha, cha yang berwarna warni, kacau sebentar dan bolehlah dihidang.



Oct 8, 2010

KEK HATI PARI @ PAREK

Kek Hati Pari atau lebih dikenali kat Sarawak sebagai Hati Parek antara ke tradisional Sarawak. Sebenarnya kek yang Tinta buat masa hari Raya dan dalam peti sejuk masih ada lagi sedikit kek nie. kek nie agak tahan lama kalau disimpan dalam peti sejuk. Tinta sendiri ada beberapa resepi kek hati pari. Ada sesetengah resepi tu campuran kismis dgn buah Prune, ada resepi yang hanya mengguakan buah Prune, ada juga resepi yang menambah coklat cooking ke dalam bahan kek mereka. Semasa membuat kek nie memang dapur Tinta betul2 berasap. Ini kerana terlebih masakkan gula sehingga betul2 hangus. Kalau dilihat resepi kat bawah, sukatan gula kek nie  memang banyak, jangan di kurangkan, kalau tidak kek tak menjadi. Dan bagi sesiapa yang ada sejarah penyakit kencing manis, tak payahlah makan kek nie.
 Kalau teringin sangat makan sikit jelah...Resepi nie dari seorang rakan sekerja, yang memang mengambil tempahan dan menjual kek hati Pari.


RESEPI KEK HATI PARI
16 OZ mentega(Guna brand Golden Churn agar kek lebih lembab)
4 gelas gula
9 gelas teping gandum
5 sudu besar browning
3 sudu the vanilla
10 biji telur ayam(5 biji buang putihnya)
2 gelas gula-dimasak dgn ½ gelas air(berhati-hati semasa memasak part nie, pastikan bubuh gula dulu dalam periuk dan panaskan, baru bubuh air)
½ kati  Kismis (digiling halus)
2 sudu the baking powder
2 sudu the Cream of Tartar

CARA-CARA MEMBUATNYA

1/ Mentega dipukul dengan gula sampai naik dan gebu. Masukkan telur satu persatu.
2/ Tambah tepung, baking powder, vanilla, kismis, browning sugar dan akhir sekali gula yang dimasak sampai sederhana hitam
3/ Kacau rata dan kukus selama lebih kurang 8 jam.




KongsiResepi

Rehat Sekejap...