click..click

...follower...tqvm..

Nov 18, 2010

KeK Oreo Cheese

 Dua tiga hari sebelum hari Raya Haji, agak penat juga, menyiapkan beberapa biji kek oreo Chez, tempahan dari rakan-rakan. Walau pun sibuk, disebabkan minat buat kek, segala kepenatan tak terasa. Sebelum nie pernah bawa kek nie untuk dirasa oleh rakan-rakan. Disebabkan mereka meminta saya buatkan untuk mereka, orang kata rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari. Tambahan pula cuti sekolah dah bermula, jadi ringanlah sikit kepala nie daripada bebanan tugas2. Tapi hari Isnin  nie saya antara ribuan guru2 yang bertugas mengawas SPM. Alamatnya takde cuti panjanglah untuk tahun nie, sebab SPM 2010 berlansung sehingga 20 Dis 2010. Kesiannya aku....huhuhuhu.
Untuk resepi kali nie saya masih menggunakan resepi daripada Blog HOME SWEET HOME... 
blog Kak Ummi Zahidi. Cuma seperti biasa(saya nie suka buat experiment ) saya ubah sedikit resepi asal mengikut bahan2 yang ada. Terima kasih atas perkongsian resepi. Semoga mendapat rahmat dan keberkatan di atas perkongsian resepi. 


RESEPI KEK OREO CHEESE

Bahan Dasar
  • 300gm biskut oreo - di buang krimnya
  • 50gm mentega cair(saya lebihkan)
Bahan Filing:-
  • 750 gm keju krim
  • 130 gm gula kaster(hanya guna 100gm)
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 2 biji telur (saya tambah 2 biji lagi)
  • 250ml whipping krim
  • 1 tbsp. lemon juice( saya guna cream of tartar)..
  • 20 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya
  • (2 sudu kecil tepung gandum)..nie saya tambah sendiri, resepi asal takde

Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan .bulat 8"8", . Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Tuangkan kesemua bahan Filling, ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.







1 comment:

  1. salam... maaf bertnya... macamana kita nak keluarkan cake dari acuan biar cantik dan x hancur???...

    tq (ct)

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...