click..click

...follower...tqvm..

Oct 2, 2010

Biskut Cream Cheese

Selamat berhujung minggu kepada teman-teman bloggers dan pengunjung setia dapurkuBerasap. Resepi kali nie masih lagi berkisar tentang biskut Raya, untuk rujukan pembaca dan diri sendiri kalau nak membuat biskut nie lagi. Sebenarnya resepi asal biskut nie nie ialah Biskut Butter, tapi Tinta tambah Cream Cheese , jadilah biskut Cream Cheese. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa beza Butter dan mentega. Sebenarnya Butter tu diperbuat daripada susu, manakala mentega pula dibuat daripada minyak sayuran. Harga Butter mahal sedikit daripada mentega. Tetapi sekiranya kita membuat biskut atau kek, lebih sedap kalau kita menggunakan Butter.Untuk sukatan tepung tu, biasanya kalau Tinta tidak ikut sukatan sangat(malas nak keluarkan penimbang)...biasanya Tinta akan lebihkan tepng jagung, dan selebihnya tepung gandum.


RESEPI BISKUT CREAM CHEESE

BAHAN-BAHAN
500gm butter
250gm cream cheese
200gm gula halus
350gm tepung gandum
500gm tepung jagung
50gm tepung susu
2 biji kuning telur
1 camca teh Vanilla Essence
250gm(keju Cheddar)..diparut utk hiasan

CARA-CARA MEMBUATNYA

1/.Pukul Butter dan gula, masukkan telur kuning & esen vanilla. Pukul Lagi
2/.Masukkan Cream Cheese, tepung susu, dan kedua-dua jenis tepung(gunakan dulu tepung jagung sehingga habis baru dimasukkan tepung gandum)
3/.Uli sampai sebati. Terap dengan acuan yang sesuai. Tabur keju yang telah diparut di atasnya
4/.Bakar sampai masak.





7 comments:

  1. Hi Kak Tinta!!! Hru doing ya??? Ingat kat Love lagi tak??? hehehe...

    Sedapnye biskut tuh..boleh rasa melting nih! ;)

    ReplyDelete
  2. mesti ingat......sekarang ok sikit...anak yg no 3...dah lekat sgt dgn mamanya..dia dah boleh main sendiri..jadi adalah juga masa nak berada di alam cyber..:)

    ReplyDelete
  3. nk tny,brape lame biskut nie boleh disimpan dlm keadaan paking????tq,,,

    ReplyDelete
  4. nak taw cara mcm mane nak parut keju tu, sbb keju tu dia lembut, kene bekukan ke tyme nak parut tu? hope can reply,thnx :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. keju kena simpan dlm peti sejuk dl, bukan freezer, suhu sejuk biasa je...bila di parut mudah dan tak melekit.

      Delete
  5. sukatan ni byk sgt,saya ade lebih kurang 70g creaam cheese,mcm mn ye saya nakkurang kan semua sukatan supaya berpadanan dgn cream cheese saya

    ReplyDelete
  6. QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...