click..click

...follower...tqvm..

Sep 30, 2010

Biskut Almond London


Entry kali nie masih juga berkisar tentang koleksi biskut-biskut raya yang hampir setiap tahun Tinta akan buat. Nasib baiklah sebelum hari Raya ada beberapa hari cuti untuk menyiapkan semua biskut2 Raya yang dah dirancang untuk dibuat. Anak-anaklah yang paling sibuk...(bukan sibuk membantu, tapi sibuk nak mengacau/menganggu mama mereka)..membuat Biskut. Alya anak Tinta yang no 2, siap bagitahu lagi.."Mama..boleh adik tolong membantu mama, tapi adik nak tolong ganggu "..amboi..terlampau cerdiknya anak ku itu. Sebenarnya Tinta suka buat biskut nie dalam kuantiti yang banyak, supaya lepas Hari Raya, anak2 boleh buat bekalan ke sekolah, Bukan untuk anak2 saja tetapi utk bekalan ke tempat kerja juga....

Resepi Biskut Almond London

250 gm mentega(tinta guna brand Golden churn, agak sedap)
150gm gula halus
250gm tepung gandum
250gm tepung jagung(lebihkan tepung jagung, sekiranya adunan masih lembut)
*kuantiti tepung(gm)..biasanya tinta akan campurkan juga sedikit tepung susu...jadi kauntiti tepung tu adjust sendiri
2 biji kuning telur
1 sudu teh empex (utk ranggup)
300 gm biji badam di bakar
450 gm chocolate utk coating


CARA-CARA MEBUATNYA

1.Mentega,gula,telur di pukul , masukkan emplex, tepung dan uli sampai rata.
2.Bujur2kan adunan , masukkan sebiji badam.Bakar sehingga masak dan biarkan sejuk terlebih dahulu.
3.Apabila telah sejuk ,celupkan ke dlm chocolate coating. Masukkan ke dalam cawan kertas dan taburkan badam di atasnya.


Aiman...bersama biskut kegemarannya....

gambar kali nie atas ehsan suami Tinta yang snap menggunakan kameranya..gambar2 entry sebelum nie sebenarnya Tinta hanya guna Kamera HandPhone je.."senang nak Upload dan snap"

No comments:

Post a Comment

KongsiResepi

Rehat Sekejap...