click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Aug 8, 2011

BlueBerry CheeseCake

"Ramadhan Al-Mubarakh"......di kesempatan ini ingin saya mengucapkan, Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan dan semua pengunjung blog Dapurku Berasap. Semoga Ramdhan tahun ini membawa impak yang lebih baik dan mendatangkan keberkatan dalam hidup kita. Sebenarnya ada kawan yang menempah kek nie, tapi anak2 pun nak makan. Jadi buat sebiji untuk dimakan oleh anak2.Terima kasih atas sumbangan tuan punya resepi.


Resepi Blueberry Cheesecake

sumber : Drpd Blog " Dapur Tanpa Sempadan"


BAHAN-BAHANNYA
500 gram cream cheese
50 gram gula halus @ gula kastor
250 ml whipping cream
5 biji telur gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
1 camca teh esen vanilla (mat guna perisa vanilla butter)
100 gram gula halus @ gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar
Blueberry filling secukupnya (mat guna jenis yang ada biji2 blueberry)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 160C, lenser acuan spring-form tin berukuran 9 inci dengan mentega, balut bahagian luar tin dengan aluminium foil. Ketepikan.
  2. Putar cream cheese dan 50 gram gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar. Masukkan whipping cream dan putar rata.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung halus dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  4. Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula galus dan terus memutar hingga putih telur kental. Masukkan ke dalam no.3 dan gaul dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
  5. Tuang dalam tin, ratakan dan bakar selama 1 jam 30 minit dengan kaedah "water-bath", iaitu dengan meletakkan acuan tadi dalam bekas yang lebih besar dan tuang air panas dalam bekas tadi, dalam anggaran 1/2 inci.
  6. Bila masak biar sekejap dalam oven hingga suam. Kemudian keluarkan dari oven dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Keluarkan dari tin dan hias dengan blueberry filling atasnya...





6 comments:

  1. Salam Ramadhan juga...apa khabar? semoga tinta sekeluarga sentiasa dalam rahmatnya...

    ReplyDelete
  2. sye bru nk cube2 nk buat cheese cake,,tp xthu nk gne cream cheese jnis ape.. ade cadangan x? :)

    ReplyDelete
  3. Salam Ramdhan uk ena sekeluarga di Jepun...syukur ena dah kembali berblogging semula..lama juga rehatkan hehehe..

    ReplyDelete
  4. Qhawa...boleh guna jenama Pihlidelphia atau Anchor

    ReplyDelete
  5. trime ksih UmMi 3A.. excited nk cube ni.. :)

    ReplyDelete
  6. Salam. Saya sedang buat blog list. Ada masa ziarah blog saya yea. tolong tinggalkan nama FB di ruang komen.....sdap kek nie...nahar

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...