click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Nov 20, 2010

MuFFin CoKLaT

Inilah hasil pertama muffinku, Muffin Coklat. Hasrat dan minat nak buat muffin dah lama ada tapi dipendam saja. tapi bila selalu bertandang ke Blog, IZAH MUFFIN LOVER, hasrat nak buat muffin makin menjadi2.  Saya juga bertanya dengan beberapa blogger yang gemar buat muffin , terima kasih KakSu. Sebelum buat muffin seperti biasa saya menyelongkar beberapa buah blog mencari resepi2 yang mudah dan melihat gambar2 cara2 membuat muffin. Selepas dapat resepi yang mudah, saya pun pergilah shopping ke kedai jual bahan2 kek. Saya pun membeli acuan muffin dengan harga yang agak mahal jugak, rm32.00(dpt masak 12 biji sekali).Tapi yang agak mengecewakan bila saya cuba masukkan ke dalam oven, ya ampunnnn tak muat, my oven tak sebesar yang ku sangka. Keesokkan harinya tak sabar2 nak ke kedai nak tukar acuan yang kecil. Nasib baiklah tokey kedai tu baik hati membenarkan saya tukar acuan yang agak kecil( dapat muat 6 biji ).
Satu perkara yang berlaku juga ialah bila pertama kali hendak masukkan muffin ke dalam muffin cup, terover bubuh sehinggakan muffin ku masak mengeledak seperti gunung berapi yang meletup.(muffin yg seperti gunung berapi tu lupa pula nak gambar)...malu sebenarnya... . Rasanya muffin pertama ku ini tak berapa berjaya sebab saya menggunakan minyak soya, jadi rasa coklatnya tak berapa sedap bila ada campuran rasa soya, next time nak buat dah tahu nak guna minyak sayur apa. Resepi Muffin nie saya ambil dari Blog Izah....link ada kat atas. terima kasih Izzah atas perkongsian resepi, saya CnP untuk rujukan lain kali dan rujukan rakan2 yang lain.


 RESEPI MUFFIN COKLAT.

Bahan-bahannya:

bahan A 
2 cawan tepung
1 1/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe..(saya tak bubuh sebab suami tak suka rasa nescafe, mungkin lain kali boleh ganti dengan milo)
sedikit garam

bahan B 
2 cawan gula kastor(saya kurangkan gula, menyebabkan mffin saya kurang manis)..lain kali boleh bubuh 11/2 cawan
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur

bahan C 
3/4 cawan air panas


(untuk hiasan sedikit choc chips dan sedikit kepingan hirisan badam.)

1./Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
2./Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
3./Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
4./Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
5./Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.



3 comments:

  1. tak pe..cubaan pertama.banyak dapat belajar tu kan....tapi saya suke guna cup muffin keras mcm ni sebab tak perlu letak dlm loyang muffin.kalau guna papaer liner muffin tu kena letak dlm muffin pan la kan. tu la, minyak saya biasa guna minyak masak biasa tu je, atau sunflower oil dan paling sedap gantikan dengan mentega cair. dan hasilnya mmg sedap.

    satu lagi kalau mafin yg agak padat, jangan kacau overmix,kacau sekadar bahan2 bersatu je, nanti keras muffinnya..tak gebu pulak.muffin yg ini lebih kepada texture kek coklat yg moist gitu kan.tak pe..boleh cube lagi dan lagi dan lagi..mcm2 jenis muffin pun ada.dah lama nanti baru trasa buat muyffin ni mudah cam buat cekodok je..hehehee..kalau suke blubery, mesti try blubery muffin atau strawbery.sangat sedap!!

    ReplyDelete
  2. terima kasih izah....budimu akan ku kenang sampai bila2....muahhhh...:)

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...