click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Oct 27, 2010

Pisang Goreng Cheese


Banana Cheese atau Pisang goreng berkeju, begitulah bunyi resepi Dapurku Berasap kali nie, Ada juga rakan2 yang bergurau dgn mengatakan nasib baik tak Dapurku Terbakar, Tak apalah , mana2 nama Blog pun tak kisahkan, yang penting keikhlasan kita untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk sesiapa saja. Petang-petang kalau makan pisang goreng mesti sedap dan jangan lupa makan sambil minum air teh atau kopi panas. Pisang nie kegemaran anak-anak. Sekejap je piring dah kosong. Ada sesetengah orang siap bubuh coklat Rice lagi sebagai toping. Terpulanglah kepada selera masing-masing.

BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG
1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa masing2)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter
secubit garam
perwarna kuning@serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng

BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING
Keju cheddar(diparut)
satu sudu kecil susu pekat manis
satu sudu kecil butter

CARA-CARA MEMBUATNYA;
1/. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. (Sesiapa yang tak suka pakai pewarna boleh juga guna serbuk kunyit), Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.
2/. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).
3/. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.

12 comments:

  1. fuhh memang ngancam habis tengok pisang goreng cheese ni...aduhaii..cheeseeeee

    ReplyDelete
  2. Dah beberapa hari ini kak nur teringin
    nak mkn goreng pisang...lebih2 lagi pisang
    tanduk ni...kat sini susah nak dpt pisang.
    Bertambah kecur jadinya ni...alahai gigit jari.

    ReplyDelete
  3. izah .minat makan cheese ke.mesti cuba tau...:)
    K Nuridah>>...kat Kuching senang je nak cari org jual pisang nie, tapi kalau guna pisang kepok, boleh juga..

    ReplyDelete
  4. Wah, kreatif! Nampak menyelerakan.Hehe. Anyway, Salam perkenalan. Kmk Ainna. Blogger baru. Ada masa datangla ke blog kmk.

    http://whenmyheart-speak.blogspot.com/

    Teruskan usaha!

    ReplyDelete
  5. Salam, boleh tahan kitak tok. Teruskan share resipi. Kamek pernah makan pisang tok masa kat bandung. Boleh lah coba weekend tok.
    Keep up the good work!

    ReplyDelete
  6. Sukaaa!!! Nak tnya sikit yg cheese nya tidak perlu di dairkan ker???hehehe..nak cuba resepi ne...thnx for sharing...

    ReplyDelete
  7. Hi TintaCyber....banana cheese, seminggu di sarawak boleh dikatakan setiap hari menu nih mesti dipesan....terima kasih berkongsi resepi ...izinkan saya kongsikan melalui blog saya juga yer...terima kasih.

    ReplyDelete
  8. akak, nak tanya sikit.. air nk letak bnyak mana??

    ReplyDelete
  9. Aduhh ... Nmpk sedap sangat ... Tingin nak makan ... Kena wat sendiri la nmpk gayanya sbb kat tmpt saya tak penah jumpa lak banana cheese nih .. Saya kat batu pahat

    ReplyDelete
  10. bestnye nengok pisang cheese nih...dh la cheese tu my feveret....best2...

    ReplyDelete
  11. ermmm sedapnya.. x pernah mkn n buat lg. tp kalo melibatkan cheese mmg suka sgt. nak try la nnt :) tq share resepi

    ReplyDelete
  12. Bestnya.. X penah rasa. Nnt nak buat lah. Thanks share

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...