click..click

...follower...tqvm..

Nov 22, 2011

Cup Cake...Muffin Coklat

Selamat bercuti buat  ibu2 semua, tetapi bukan bercuti daripada tugas2 sebagai pengurus rumahtangga,  bercuti drpd menghantar atau menjemput anak2 dari sekolah, al-maklum cuti sekolah baru pun bermula. Dah lama tak membaking. Baru2 nie buat cupcake sempena majlis Konvokesyen aiman, satu2nya anak lelaki ku. Dah besar anak mama, tahun depan dah masuk darjah satu. Jom semak resepi kat bawah sambil mencuci mata melihat gambar2 aiman semasa majlis konvokesyen.
Cup Cake menggunakan resepi muffin coklat, manakala toppingnya menggunakan fresh cream. kali nie cuba resepi daripada izahdaut.blogspot.com.


Resepi MuFFin Coklat

Bahan-bahan (10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya
1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.




Aiman Bin Taha...majlis Konvokesyen , TaDiKa SaYang, 19 nov 2011.



merakam kenangan bersama rakan-rakan dan guru-guru yang penuh dedikasi dalam mendidik pelajar. Buat guru-guru di Tadika Sayang Kuching, jutaan terima kasih atas ilmu yang dicurahkan kepada anakku. Jasa dan budi baik kalian semua , hanya Allah yang membalasnya.

Aiman bersama rakan2 seperjuangan , Irfan dan Iwan, diabadikan utk tatapan aiman suatu hari nanti.



Alya Farzana,  5 tahun, penuh bersemangat buat persembahan sewaktu majlis Konvo abangnya.

"Ya Allah, jadikanlah anak-anakku, antara mereka yang berjaya hidup mereka di dunia dan akhirat"...amin.

No comments:

Post a Comment

KongsiResepi

Rehat Sekejap...