Memori kehidupan, sebuah titipan untuk rujukan sendiri dan untuk rujukan sesiapa saja yang ingin mencuba pelbagai resepi dari Bumi Kenyalang...mungkin ada manfaatnya.
click..click
...follower...tqvm..
Oct 27, 2010
Pisang Goreng Cheese
Banana Cheese atau Pisang goreng berkeju, begitulah bunyi resepi Dapurku Berasap kali nie, Ada juga rakan2 yang bergurau dgn mengatakan nasib baik tak Dapurku Terbakar, Tak apalah , mana2 nama Blog pun tak kisahkan, yang penting keikhlasan kita untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk sesiapa saja. Petang-petang kalau makan pisang goreng mesti sedap dan jangan lupa makan sambil minum air teh atau kopi panas. Pisang nie kegemaran anak-anak. Sekejap je piring dah kosong. Ada sesetengah orang siap bubuh coklat Rice lagi sebagai toping. Terpulanglah kepada selera masing-masing.
BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG
1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa masing2)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter
secubit garam
perwarna kuning@serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng
BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING
Keju cheddar(diparut)
satu sudu kecil susu pekat manis
satu sudu kecil butter
CARA-CARA MEMBUATNYA;
1/. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. (Sesiapa yang tak suka pakai pewarna boleh juga guna serbuk kunyit), Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.
2/. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).
3/. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.
Oct 24, 2010
KEK LAPIS Bumi Kenyalang
Hari nie Tintacyber nak buat promosi. Al-maklum, Hari raya Korban tak lama lagi. Kek2 Lapis Sarawak nie bukan cantik di mata saja tapi rasanya pun sedap dan berkualiti. Kek2 nie bukan TintaCyber yang buat, ini adalah perniagaan kakak saya.Sesiapa yang berminat boleh mengunjungi Laman Blog Nie AWAWA KEK LAPIS, dan tinggalkan pesanan.Selamat mencuci mata.
KEK LAPIS SUSU( ACUAN 8'8')..RM46.00
KEK LAPIS COKLAT STRAWBERRY
![]() |
KEK LAPIS COKLAT CHEESE |
KEK LAPIS MINI...RM1.50...
Oct 19, 2010
Air Limau Kasturi Buah Plum
Air Limau dicampur buah Plum, memang sesuai di minum ketika sakit tekak atau cuaca yang panas. Air nie suami yang buat dan minuman kegemaran Aiman. Rasa air nie masam,,masin dan manis dan senang untuk disediakan. Orang laki nie kalau mereka sekali sekala turun ke dapur memang berbakat sebenarnya. Malah kalau mereka memasak, walaupun hanya nasi goreng memang sedap.Jadi wahai suami2 yang terbaca coretan nie, sekali sekala rajin2lah tangan membantu isteri di dapur. Tugas memasak tu bukanlah terletak 100% di tangan isteri. (bukan berleter)..sekadar tazkirah. Layanlah pula resepi minuman yang simple kat bawah..
Gula secukup rasa
Resepi Air Limau Kasturi Buah Plum
Bahan-bahan
Beberapa biji buah limau kasturi
Buah Plum (jeruk)Gula secukup rasa
Secubit Garam
Air sejuk secukupnya
CARA-CARA MEMBUATNYA
1/Buah Limau Kasturi dibelah dibuang biji dan diambil jusnya
2/Buah Plum dilecek2 dan dicampur bersama jus kasturi
3/ Bubuh gula dan garam secukup rasa serta tambah air secukupnya(kalau nak sejuk bubuhlah ais)
Oct 11, 2010
BUBUR CHA CHA @ CA CA
Bubur nie sedap kalau dimakan sejuk2. Kalau kat Kuching susah nak jumpa chacha yang ready made. jadi Tinta buat sendiri adunannya dgn menggunakan tepung pulut. Mula2 guna tepung Sagu tapi tak menjadi. Bila direbus tengah2nya mentah, tak tahu kenapa jadi macam tu. Sebab ada org kata kalau guna tepung sagu lagi sedap. Jadi untuk Bubur ChaCha nie Tinta guna tepung Pulut.
RESEPI BUBUR CHA CHA @ CA CA
BAHAN-BAHAN
250gm tepung pulut
700ml santan
230gm air
200gm gula
secubit garam
3 helai daun pandan
beberapa biji ubi keledek, dipotong dadu.
(tiga warna, kuning muda oren, putih)..kalau ada ubi keledek warn aungu lagi anampak cantik..utk resepi kali nie hanya guna dua warna ubi keledek.
CARA-CARA MEMBUATNYA
1/. Gaul tepung pulut dgn air sehingga menjadi doh dengan tiga warna( hijau, kuning dan merah muda atau warna asal(putih). Saya tak bubuh warna merah tak berapa suka.
2/. Masak tenggelam di dalam air mendidih hingga timbul dan toskan(daun pandan boleh juga dibubuh ke dlaam air rebusan doh)
3./ Masukkan bersama santan, ubi keledek dan gula bersama serbuk garam dan daun Pandan.
4./ Apabila ubi keledek sudah empuk dan santan mendidih, masukkan Cha, cha yang berwarna warni, kacau sebentar dan bolehlah dihidang.
Oct 8, 2010
KEK HATI PARI @ PAREK
Kek Hati Pari atau lebih dikenali kat Sarawak sebagai Hati Parek antara ke tradisional Sarawak. Sebenarnya kek yang Tinta buat masa hari Raya dan dalam peti sejuk masih ada lagi sedikit kek nie. kek nie agak tahan lama kalau disimpan dalam peti sejuk. Tinta sendiri ada beberapa resepi kek hati pari. Ada sesetengah resepi tu campuran kismis dgn buah Prune, ada resepi yang hanya mengguakan buah Prune, ada juga resepi yang menambah coklat cooking ke dalam bahan kek mereka. Semasa membuat kek nie memang dapur Tinta betul2 berasap. Ini kerana terlebih masakkan gula sehingga betul2 hangus. Kalau dilihat resepi kat bawah, sukatan gula kek nie memang banyak, jangan di kurangkan, kalau tidak kek tak menjadi. Dan bagi sesiapa yang ada sejarah penyakit kencing manis, tak payahlah makan kek nie.
Kalau teringin sangat makan sikit jelah...Resepi nie dari seorang rakan sekerja, yang memang mengambil tempahan dan menjual kek hati Pari.
RESEPI KEK HATI PARI
16 OZ mentega(Guna brand Golden Churn agar kek lebih lembab)
4 gelas gula
9 gelas teping gandum
5 sudu besar browning
3 sudu the vanilla
10 biji telur ayam(5 biji buang putihnya)
2 gelas gula-dimasak dgn ½ gelas air(berhati-hati semasa memasak part nie, pastikan bubuh gula dulu dalam periuk dan panaskan, baru bubuh air)
½ kati Kismis (digiling halus)
2 sudu the baking powder
2 sudu the Cream of Tartar
CARA-CARA MEMBUATNYA
1/ Mentega dipukul dengan gula sampai naik dan gebu. Masukkan telur satu persatu.
2/ Tambah tepung, baking powder, vanilla, kismis, browning sugar dan akhir sekali gula yang dimasak sampai sederhana hitam3/ Kacau rata dan kukus selama lebih kurang 8 jam.
Tart Nenas Gulung
Tart Nenas gulung, antara biskut yang akan di buat Tinta tiap2 tahun. Tapi rasanya tahun nie tak menjadi sangat tart tinta nie, sbb adunan agak keras semasa nak menerap di dalam acuan, terlebih bubuh tepung. Tahun nie suami yang rajin turun padang membantu di dapur menolong Tinta membuat. Al-maklumlah kalau kerja seorang diri memang agak slow. Kalau ada orang membantu cepatlah siapnya. Untuk resepi tart nie Tinta tak bubuh pun tepung kastard. Sebab tak nak rasanya rapuh sangat texturenya nanti. Apa-apapun terpulang kepada citarasa masing2.
RESEPI TART NENAS GULUNG
250 gm mentega(guna brand Goldenchurn atau Golden Fern,..biskut akan rasa lembut dan lemak)
50 gm tepung susu
50 gm gula halus
2 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanilla
380 gm tepung gandum, diayak
sedikit pewarna lemon yellow (kalau suka)
jem nenas secukupnya (boleh dibeli dari kedai yg menjual bahan kek)
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Kacau rata mentega, gula, kuning telur, vanilla & tepung susu.
2. Masukkan sedikit pewarna lemon yellow.
3. Masukkan tepung & uli sehingga sebati. Rehatkan doh sebentar.
4. Masukkan sedikit doh ke dalam acuan samprit yang bergigi & tekan memanjang.
5. Letakkan jem nenas, gulung & potong.
6. Bakar dengan kepanasan yang sederhana (160 C) sampai masak.
RESEPI TART NENAS GULUNG
250 gm mentega(guna brand Goldenchurn atau Golden Fern,..biskut akan rasa lembut dan lemak)
50 gm tepung susu
50 gm gula halus
2 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanilla
380 gm tepung gandum, diayak
sedikit pewarna lemon yellow (kalau suka)
jem nenas secukupnya (boleh dibeli dari kedai yg menjual bahan kek)
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Kacau rata mentega, gula, kuning telur, vanilla & tepung susu.
2. Masukkan sedikit pewarna lemon yellow.
3. Masukkan tepung & uli sehingga sebati. Rehatkan doh sebentar.
4. Masukkan sedikit doh ke dalam acuan samprit yang bergigi & tekan memanjang.
5. Letakkan jem nenas, gulung & potong.
6. Bakar dengan kepanasan yang sederhana (160 C) sampai masak.
Oct 5, 2010
Biskut CornFlake Madu BerKacang
RESEPI BISKUT CORNFLAKE MADU
Bersua kembali, biskut cornflake madu nie antara biskut yang paling mudah di sediakan. Hampir setiap tahun tinta akan membuat biskut nie. Tapi sukatan madu tu kena betul, kalau tidak terlebih keras pula biskut tu nanti.
BAHAN-BAHAN
1 kotak cornflakes(diramas sederhana)
250gm kacang (ditumbuk kasar)
250 gm butter(1 buku)
3 sudu besar Madu( saya guna Capilano) + sedikit gula
CARA-CARA MEMBUATNYA
1/. Mentega dipanaskan , kemudian masukkan madu dan sedikit gula, gaul sehingga pekat.
2/.Cornflakes di campur bersama kacang kemudian dimasukan di dlama adunan madu tadi.
3./Masukkan satu sudu dalam Paper cup dan panaskan di dalam oven sekejap saja.
Oct 2, 2010
Biskut Cream Cheese
Selamat berhujung minggu kepada teman-teman bloggers dan pengunjung setia dapurkuBerasap. Resepi kali nie masih lagi berkisar tentang biskut Raya, untuk rujukan pembaca dan diri sendiri kalau nak membuat biskut nie lagi. Sebenarnya resepi asal biskut nie nie ialah Biskut Butter, tapi Tinta tambah Cream Cheese , jadilah biskut Cream Cheese. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa beza Butter dan mentega. Sebenarnya Butter tu diperbuat daripada susu, manakala mentega pula dibuat daripada minyak sayuran. Harga Butter mahal sedikit daripada mentega. Tetapi sekiranya kita membuat biskut atau kek, lebih sedap kalau kita menggunakan Butter.Untuk sukatan tepung tu, biasanya kalau Tinta tidak ikut sukatan sangat(malas nak keluarkan penimbang)...biasanya Tinta akan lebihkan tepng jagung, dan selebihnya tepung gandum.
RESEPI BISKUT CREAM CHEESE
BAHAN-BAHAN
500gm butter
250gm cream cheese
200gm gula halus
350gm tepung gandum
500gm tepung jagung
50gm tepung susu
2 biji kuning telur
1 camca teh Vanilla Essence
250gm(keju Cheddar)..diparut utk hiasan
CARA-CARA MEMBUATNYA
1/.Pukul Butter dan gula, masukkan telur kuning & esen vanilla. Pukul Lagi
2/.Masukkan Cream Cheese, tepung susu, dan kedua-dua jenis tepung(gunakan dulu tepung jagung sehingga habis baru dimasukkan tepung gandum)
3/.Uli sampai sebati. Terap dengan acuan yang sesuai. Tabur keju yang telah diparut di atasnya
4/.Bakar sampai masak.
Subscribe to:
Posts (Atom)