click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Dec 31, 2010

BlueBerry Cheese Tart


 Cantik tarikh hari nie...01/01/11........"SeLamaT TaHun Baru"....kepada pengunjung2 blog Dapurku Berasap dan rakan2 Bloggers sekalian. Sempena tahun baru kali nie, biarlah saya paparkan entry tentang kejayaan, bukan kejayaan apa2 pun. Kejayaan diriku dalam membuat tart. Kira kejayaan jugalah kan.  Sebab sebelum nie pernah buat bluebery cheese tart nie, tapi tak menjadi pula pastrynya. Tapi kali nie berjaya juga membuat blueberry cheese tart yang sebelum  ini hanya mencuci mata kat blog rakan2 yang lain. Pastry nie memang rasa ranggup setelah di masak. tapi keesokkan harinya bila di simpan dlm peti sejuk dah tak ranggup pula bila dikeluarkan. Tapi memang sedapp. Licin dimakan oleh anak2. Resepi kali nie saya ambil dari Blog Patisserie de Anjung. Memang agak lengkap resepi tart kat blog nie, siap ada gambar langkah demi langkah. Jadi agak mudah bagi sesiapa yang baru nak belajar membuat tart mcm saya nie. Minta izin CnP untuk rujukan rakan2 yang ingin mencuba dan rujukan di masa akan datang. Terima kasih banyak2.

Saya takde stok bluberry filling, jadi guna jem blueberry pun ok juga... 

Resepi pastri manis rapuh
A)Bahan-bahannya;

225gram tepung gandum (superfine)
80gram gula ising ,100gram margerin/butter1 biji telur(kocok sedikit)
B) Langkah demi langkah membuat pastri;
1) Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar,  bersama-sama dgn margerin, gula aising, dan telur.
2) Ramas dgn jari kesemua bahan sehingga menjadi 'crumb' kasar.
3)Bentukkan doh dan setelah itu masukkan ke dlm plastik. Doh disejukkan dalam peti ais  selama 20 minit.

Resepi untuk 'cheese filling'.
A) Bahan-bahannya;
250gram krim cheese
20 gram margerin/butter lembut
60 gram gula halus
1/2 sd makan tepung
1 biji telur
2 sd makan whip cream (tak letak pun tak apa)
3 sd makan blueberry pie filling

B) Langkah demi langkah membuat 'cheese filling'

1) Putar cream cheese, margerin, gula halus sehingga kembang2) Masukkan telur putar lagi. Masukkan 2-3 sd makan whip cream. Akhir sekali masukkan tepung.

LANGKAH DEMI LANGKAH 
membuat Blueberry cheese tart;

1) Canai pastri, di antara 2 lapisan plastik sehingga nipis.
2) Tekap pastri dgn penerap bulat dan lekapkan di acuan pastri. Picit dan padatkan pastri agar menipis. Trim tepi  pastri yang berlebihan dgn pisau.
3) Susun di dulang pembakar. Cucuk2 pastri dgn garpu
4) Bakar  dlm oven  pada suhu 180C  utk 20 minit. Keluarkan pastri setengah masak dari oven. Tanggalkan dari acuan pastri. Biarkan sejuk.
5) Setelah itu, isikan pastri dgn 'krim cheese filling' sehingga penuh.  Kemudian sudukan 'blueberry pie filling' di tengah2 pastri. Larikkan dgn lidi satay utk membentuk corak.
5) Masukkan semula tart  ke dalam oven dan bakar pada suhu 180C selama 10 minit.

My princess..Alya....hanya makan filling....kulit pastry tak nak makan....

Sebenarnya tart nie di buat untuk di bekal semasa membawa anak2 mandi manda, al-maklum cuti2 sekolah.(tapi terlupa pulak nak bawa, membeku dlm icebok). Kebetulan pula makcik mereka ada kursus kat Hotel yang agak terkenal kat Kuching jadi bawalah anak2 menumpang mandi.

Pemandangan dari hadapan Hotel..The Grand Margherita Hotel Kuching,
 Sesiapa yang nak berkunjung ke Kuching, Hotel Margherita Kuching nie memang sesuai sangat, sebab berhampiran dengan kompleks membeli belah dan terletak di tengah2 pusat bandaraya Kuching.



Alya....suka betul kalau mandi dalam kolam, selalu bagitahu mamanya.."kalau mama kaya nanti buat swimming Pool warna pink dengan Alya mama".....Dalam hati berfikir kalau buat kat garaj keta, nak parking kat mana pulak keta nanti..

Aiman.....walaupun hari tu tak sihat(demam sikit, tapi nampak cergas pula bila ada aktiviti mandi-manda)
Anis.......masih takut lagi dengan air.....






1 comment:

  1. sedapnyer dapat makan seketul.. saya pun baru lepas buat kak.. resepi pun lebih kurang je.. mmg tak rugi cuba buat sendiri kan.. :)

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...