click..click

...follower...tqvm..

Apr 26, 2021

Biskut Badam




Antara Biskut kegemaran Anak-anak. Biskut badam @ Almond.  


Bahan-Bahan:

  • 150 gram tepung gandum*
  • 100 gram tepung kastard*
  • 75 gram tepung jagung*
  • 150 gram butter, premium Anchor butter
  • 115 gram gula icing
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 60 gram serbuk badam
  • Bahan untuk hiasan:
    • 1 biji kuning telur
    • badam cincang

Cara Penyediaan:

  1. Putar butter dan gula icing sehingga putih dan berkrim. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Pukul kembali sehingga kembang.
  2. Ayak bahan bertanda (*) di dalam mangkuk gaulkan dengan serbuk badam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter yang sudah kembang tadi sehingga menjadi doh lembut yang boleh diuli. Tidak mengapa jika doh agak sedikit melekit.
  3. Rehatkan doh seketika, boleh juga direhatkan selama 10 minit di dalam peti ais.
  4. Uli sedikit doh dan canai di atas papan setebal 1/2 cm dan terap dengan acuan. Hiaskan dengan kuning telur dan taburan badam.
  5. Panaskan oven pada suhu 170 celcius dan bakar selama lebih kurang 15 minit.
summer; https://resepichenom.com/resepi/biskut-badam

Aug 10, 2014

Korea Kimchi

KIMCHI, adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis asinan sayur hasil fermentasi yang diberi bumbu pedas. Setelah digarami dan dicuci, sayuran dicampur dengan bumbu yang dibuat dari udang krill, kecap ikan(sos ikan), bawang putih, halia dan bubuk cabai(cili) merah.
Sayuran yang paling umum dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Di zaman dulu, kimchi diucapkan sebagai chim-chae (Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang berarti "sayuran yang direndam." ..SUMBER -Wikipedia.


Setelah melayari beberapa laman web/blog yang berkongsi resepi Korea Kimchi akhirnya, menggunakan resepi yang mudah dan semua bahan2 yang mudah untuk di dapati. Terima kasih kepada izyanlife.blogspot, kerana berkongsi resepi Kimchi ini.



Walaupun dalam kesibukkan terpaksa digagahi jua usaha nak membuat Kimchi nie sebab anak bujangku yang begitu mengemari Kimchi dan begitu juga anak tekakku yang suka makan nasi goreng Kimchi dan Mee Maggie dicampurkan dengan Kimchi nie. Jom semak Resepi cara-cara membuat Kimchi kat bawah...


Bahan-Bahan 
2 kobis panjang or napa cabbage (3.6kg) saya guna sebiji je 800gm
garam secukup rasa untuk melumur pada kobis,
1 lobak putih, (tapi sumpah tak sedap, so jangan letak kalau tak pernah makan) saya pun tak letak
Bahan bubur,
1/2 cup sweet rice floor (aku guna tepung pulut)saya guna tepung beras, sukatan dikurangkan memandangkan saya buat sikit je
1/4 cup sugar
3 cup air
Bahan kimchi paste
3 tablespoon serbuk cili Babas ( ikut kepedasan) saya guna Babas campur AVS
1 cup sos ikan,  saya guna jenama knife
2 large daun bawang,

Blender:
1 bawang besar
3 ulas bawang putih, 
1 inci halia, 
oyster kalau suka, tapi aku tak suka, so tak payah letak nanti rasa lain.

Kobis selepas direndam 4 jam dengan garam
1. Basuh kobis sebersihnya.
2. lumur kobis dengan garam, pastikan rata, 
3. Biarkan 4 jam 
4. Basuh kobis dan bilas 3 kali,toskan kobis and tekan bagi kobis jangan berair sangat (saya potongkan kobis kepada keratan yang kecil agar mudah dimakan) rujuk gambar di bawah


Bubur 
Kimchi paste.
Bubur untuk kimchi.
1. campurkan tepung pulut dengan air dan panaskan sampai keluar bubble.
2. masukkan gula dan kacau dalam 1 minit, tutup api biarkan sejuk.


Kimchi paste
3. blender bawang besar, bawang putih, halia
4. potong daun bawang saiz sederhana ikut korang,
3. dalam bekas yang lain masukkan semua bahan kimchi paste bawang besar, bawang putih, halia, sos ikan, serbuk cili, daun bawang
4. campurkan kimchi paste dengan bubur.
5. rasa kimchi paste kalau tak cukup pedas tambah cili, tak cukup masin tambah sos ikan. tapi pastikan jangan masin sangat sebab kobis dah masin,
 6. ambil kobis masukkan dalam bekas kimchi paste lumur kimchi paste dengan kobis panjang, pastikan rata.
7. tekan kimchi supaya air kobis keluar sebelum letak dalam Tupperware. 
8. masuk dalam fridge, tunggu 24 jam 









Proses membuat Kimchi nie macam nampak rumit, tetapi mudah jerr,,,,selamat Mencuba.....Annyoung,,,,Saranghaeo.


Jul 9, 2014

Biskut DaHLia

Ramadhan Kareem 1435H, bersyukur kita kehadhrat Illahi kerana  kita berpeluang lagi untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan bulan yang penuh berkah dan Rahmat. Lama tak update apa2 dalam blog nie, bukannya dapur tak berasap, tapi tuntutan kerja yang datang bertimpa2 memadamkan daya tumpuan dan ilham untuk membuat coretan di alam Maya ini. Hari ini nak berkongsi satu resepi biskut yang menjadi kebiasaan mesti ada untuk hidangan semasa Hari Raya, Biskut Dahlia @ yang hampir sama@sama dengan Biskut Semperit.



Biskut Dahlia
Resepi : Norazie - Resepi.net
Bahan :
300 g mentega - SCS atau Anchor atau mentega pilihan

160 g gula aising - boleh di kurangkan
2 kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis -
1 camca teh esen vanilla

240 g tepung gandum * - Jika adunan masih lembik, boleh tambah sedikit2
100 g tepung jagung *
160 g tepung kastard
(*bahan bertanda *  diayak)
Ceri merah - dipotong kecil untuk hiasan



Cara :
  • Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla @ rose dan putar hingga kembang. (tak perlu pukul lama sebab nanti biskut jadi kembang ).
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  • Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.  
  • (  guna suhu 130 C dan bakar selama 20 minit... suhu ni bergntung pada jenis oven masing)
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA

Aug 4, 2013

Kek Lumut Sarawak




Alhamdulillah, salam Ramadhan, beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sekarang nie dah settle segala biskut dan kek2 untuk sambutan Hari Raya. Kalau di Sarawak antara kek yang paling popular mesti ada, kek Hati Parek, kek Belacan ( kadang2 di panggil kek Permaisuri hati, kek Holiday inn , Kek Lumut, Kek Welma, dan kek Lapis yang mempunyai ratusan nama.  Setiap kek tersebut mempunyai rasa dan keistimewaan masing2. Bercerita tentang Kek Lumut itu sendiri, mungkin mendapat nama dari warnanya yang hijau seakan2 lumut.

Terdapat pelbagai versi resepi, untuk Kek Lumut nie. Ada setengah resepi menggunakan tepung suji, ada yang menambah serbuk Almond, tapi asas yang sama mesti ada horlick dan nestum, dan yang pasti mesti menggunakan butter, baru rasanya lembab dan lemak berkrim.



Bercerita tentang resepi kek Lumut nie, saya dapat dari kakak yang sulung yang memang minat membuat kek. Tapi sekarang dah tak aktif lagi sebab sibuk dengan tugasan kerja dan masalah kesihatan. Rasanya nie antara resepi tradisional(asas kek Lumut Sarawak). Kalau tak suka manis boleh kurangkan sukatan gula. Tempoh mengukus pula bergantung kepada cara pengukusan( kebesaran oven dan api). Saya hari tu dalam tempoh 3 jam dah masak. 


 
Resepi Kek Lumut ( acuan 8'8')
  • 450gm mentega berkualiti tinggi 
  • 10 Biji telur 
  • 3/4 cawan gula kastor 
  • 2 cawan nestum yang telah dikisar halus
  • 200gm serbuk horlicks
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 60 ml pes pandan
  • 1 tin kecil susu pekat manis
Cara-cara membuatnya; 
  • mentega dipukul bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim.
  • Masukkan telur satu persatu ( telur jgn dimasukkan sekaligus) dan pukul hingga sebati. 
  • Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati. 
  • Masukkan horlicks,nestum dan tepung gandum ,kacau sehingga adunan sebati. 
  • Masukkan adunan ke dalam loyang yang sudah dibubuh kertas minyak dibawahnya. 
  • Atas loyang hendaklah ditutup untuk mengelakkah wap air masuk, ( guna kertas minyak atau foil)
  • Adunan dikukus selama 3 atau 4 jam. (Sentiasa cek air kukusan takut kering)
  • Setelah sejuk baru kek dikeluarkan dari loyang dan disimpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.




Jul 20, 2013

Pancake Cheese....



Ramadhan Kareem kepada semua pengunjung blog Dapurku berasap, semoga Ramadhan kali ini memberi keberkatan supaya hidup kita sentiasa berada di bawah lindungan dan peliharaan yang Esa. Menu kali nie, lebih kepada selera anak- anak dan sesuai untuk dimakan sewaktu berbuka atau bersahur. Resepi pancake biasa je, tapi adunannya lembut dan berkrim, cuma saya ubah resepi, susu segar kepada susu ideal. Dan di tabur dengan cheese di atas pancake sambil disapu dengan butter dan honey.Saya tak ingat pula dari blog mana saya ambil resepi nie sebab dah lama saya copy dan simpan dalam note phone. Selamat mencuba dan sekali lagi, Ramadhan Kareem......


Resepi Pancake

Bahan-bahan
1 cawan (130gm) tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1 biji telur dipukul ringan
1 cawan(240ml) susu (susu segar/susu sejat)
2 sudu besar mentega-dicairkan

Cara-cara
Dalam bekas besar, campurkan sekali tepung gandum, baking powder dan gula. Dalam bekas yang lainpukul telur, susu dan mentega dan telah dicairkan. Campuran campuran telur ke dalam campuran tepung perlahan-lahan dan kacau sebati. Pastikan jangan terlebih kacau supaya adunan tidak menjadi keras/liat.

Panaskan Non Stick Pan, bila Pan dah panas, perlahan sedikit api, kaupkan adunan tadi ke atas pan, jarak-jarakkan adunan supaya adunan tak melekat satu sama lain, terbalikkan pancake apabila gemlembung-gelembung buih keluar dibahagian atas pancake dan bahagian bawah sudah masak dan berwarna perang






Jun 20, 2013

Jalan-Jalan cari Makan ...Dapoer penyet , Bandung.


Rumah makan Dapoer (baca : dapur) Penyet terletak di Jalan Gandapura No. 55, Bandung. Ayam penyet nie sebenarnya masakan orang Jawa.
Masih terasa lagi akan kesedapan makan kat sini, ayam penyetnya walaupun kecil, tapi ayamnya penuh khasiat. (Ayam takde suntikan hormon).






Pelbagai menu disediakan, tapi namanya pelik2. Da po er,,,,,hehehe



Sup iga tu maksdunya sup daging. Sop buntut ialah sup ekor. Manakala,bebek pula ialah itek. Cumi pula bukan cumi Jelly tau, tetapi Sotong. Otot penyet pun ada.







Tahu apa entah nama menu nie, tapi sedap banget gitu. 

Ikan Gurame ( ikan Kaloi), goreng crispy, bersama sambal cili hijaunya yang super duper pedas. 


Sambal mangganya, dihidang bersama daun Pudina.



Menu nie, Ikan Bawal Penyet, tapi pelik betul rupa ikan bawalnya.


Yummy.... Jus strawberrynya yang....... rasa Strawberrylah kan.... Hehehe, ketika makan kat sini ada satu peristiwa yang berlaku. Tiba-tiba seorang perempuan datang dengan mengendong anaknya meminta duit. Saya bagi jelah ribu2 rupiah, tak sampai rm1 pun. Bukannya tak nak bagi banyak, simpan untuk peminta2 sedekah yang lain. Setakat nie dulu... Tunggu siri yang berikutnya..

Jun 16, 2013

Jalan-Jalan Cari Makan, Paskal Food Market Bandung & Bangi Kopitiam Bandung.



Paskal Food Market, 1100 menu masakan tradisional Indonesia tersedia dan teh botol nie, saya suka   sebab rasanya yang tak manis dan harganya yang murah tapi sedap.

 Paskal Food Market, Jalan Pasir Kaliki Bandung.


Masa nie dah nak balik ke Hotel , sebab Food Market nie dekat je dengan hotel,tempat kita orang stay, Carrcadin Hotel Kebon Jati., yang tak jauh juga dari Pasar Baru Trade centre, gedung pelbagai yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia bila ke sana. Terutama gedung tekstilnya yang murah harganya berbanding yang ada kat Malaysia. 


Nie antara menu yang di oder, Bakso Malang Kapitam namanya. Kenapa di beri nama Malang? Mungkin asal usul empunya Bakso dari tempat yang bernama Malang, dan bukan sebab bernasib malang ye. Terdapat juga menu2 yang lain, tapi untuk makan malam kali nie kami semua oder benda yang sama. Bolehlah diterima oleh selera anak2.



Paskal food market, boleh nampak dari tingkap bilik hotel tempat kami stay, kalau berjalan kaki dalam 15 minit. 




Hotel Carrcadin yang terletak di Jalan Kebon Jati No. 71-75, Bandung Indonesia. Kita orang stay kat sini selama 7 malam. Harga agak berbaloi, sebab saya book melalui Kagum Online, untuk deluxe room dapatlah harga dalam rm180 semalam. Untuk hotel bertaraf 4 bintang rasanya harganya agak murah.  Semasa survey kat agoda untuk deluxe room dalam rm260++, jjadi bagi yang berhajat mahu stay kat sana semasa melancong ke Bandung boleh book thru Kagum Online, lebih murah dan ada free Airport transfer dari Bandara(Airport)  ke Hotel. Kagum hotel mempunyai cawangan hotel yang lain juga sekitar Bandung, seperti Amaroossa, Banana Inn,Carrcadin,Golden Flower,Gino Feruci, Braga,Grand Seriti,Malaka,Serela Riau,Serela Merdeka dan Zodiak Hotel.


Ruang bilik yang agak luas, sq 32. manakala hotel nie memang bersih, cuma rupa-rupanya hotel nie namanya Carrcadin Business and Entertainment, jadi ada pusat Karaoke kat sini. Jadi kalau kebetulan ada apa2 function kat sini, malam2 memang bising.




Menu sarapan nya seperti hotel-hotel kat Malaysia juga.Pelbagai pilihan roti dan bijirin dan ada pelbagai makanan tradisional Indonesia.




Menikmati sarapan pagi selama 6 hari kat sini. Menu yang pelbagai, cuma menu yang hampir sama disajikan  untuk sarapan.









Sementara menunggu Pak Supir datang menjemput , anak2 berposing dulu. Semasa ke sini saya tak bawa kamera, semua gambar yang ada di ambil melalui kamera HP dan Ipad je...Mode 😟menyesal sungguh..😜




Di hadapan pintu lift nak ke bilik ada kedai jual baju Mr Bean.Manakala di tepi hotel pula ada Kedai makan, Bangi Kopitiam Bandung, yang menyajikan menu dari Malaysia seperti nasi lemak berendang, pelbagai jenis roti sama seperti yang terdapat kat Malaysia. Ada yang menyatakan restaurant nie kepunyaan orang Malaysia.  Sebab menu sama seperti yang terdapat kat tempat kita, saya takde mood nak ambil gambar.










Jun 12, 2013

Jalan-jalan cari makan sekitar Bandung, Restaurant Sari Bundo Bandung.


Jus Alpukat@ jus avocado,,,,,bagi mereka yang pernah mengunjungi Jakarta  atau Bandung Indonesia, pasti pernah mencuba jus nie. Jus yang penuh dengan pelbagai khasiat. Sebelum ke Bandung pada cuti sekolah baru-baru nie, rajin jugalah bertanya kepada google tentang tempat-tempat makan yang halal sekitar Bandung. Jadi ramai di antara bloger yang mengesyorkan supaya mencuba jus nie. Tapi rasanya terpulanglah kepada citarasa masing2. Saya tak berapa suka sangat jus nie. Manis banget gitu.




Kalau kat sana restaurant di sebut sebagai rumah makan.Sari Bundo nie mempunyai beberapa cawangan sekitar Bandung dan Jakarta. Kalau di Indonesia cawangan tu maksudnya cabang.




Ruang makan yang agak kemas dan bersih. 


Pelbagai aneka masakan padang yang dihidang secara buffet. Amat menyelerakan dan agak menepati selera kita orang Malaysia. Masakan Minangkabau atau masakan Padang merujuk kepada makanan orang Minangkabau di Indonesia. Nama Padang diberi kerana kota Padang adalah pusat budaya suku Minangkabau. Masakan Minangkabau adalah di kalangan makanan yang termasyhur di sepanjang kepulauan Melayu.






Bergambar kenangan bersama Supir kami, Mas Wushu namanya.

KongsiResepi

Rehat Sekejap...