Lamanya tak update apa kat blog....saya sihat je, cuma kesibukan bekerja dan urusan rumahtangga membekukan sejap aktiviti berblogger.....hahaha, tetapi kenangan yang indah sekiranya tidak dimemorikan, akan berlalu pergi seperti angin petang. Baru-baru nie berkunjung ke Bandung Indonesia, bercuti bersama suami dan anak-anak. Jadi akan ada beberapa siri yang berkaitan dengan Jalan-jalan Cari makan sekitar Bandung. Mana tahu ada manfaatnya bagi rakan-rakan yang merancang nak ke sana. Kita mulakan dengan Rainforest restaurant.
Rainforest restaurant antara tempat makan yang terdapat di Safari Bogor,
Indonesia. Terdapat juga tempat makan yang lain, tapi sebab perut dah lapar,
dan apabila melihat keadaan restaurant yang agak bersih, terus
memutuskan makan tengah hari kat sana.Keadaan di dalam restaurant yang berlatarbelakangkan pokok2, Rainforest katakan.
Nie antara menu yang sempat digambar. Ada lagi pelbagai menu yang lain, seperti bakso, soto, chinese food dan juga western food. Menu kat atas tu kalau tak silap, namanya Ayam penyet tradisional . Ayamnya kecil je, menurut Pak Supir yang membawa kami, itu merupakan ayam kampung, tu sebab saiznya kecil. Tapi rata-rata bila menjamu selera kat sana, ayamnya kecil je. Dan untuk minuman saya pilih teh botol, sebab ditempat kita tak jumpa pun teh dalam botol. Teh kotak biasalah. Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Bandung atau mana-mana destinasi di Indonesia tentu pernah menikmati teh botol.
Nie antara taman tema air yang terdapat di Safari Bogor, sebab anak-anak tak bawa baju berenang hanya melihat permandangan je lah.Tapi memang tak merancang pun nak mandi manda, sebab dah letih. Perjalanan dari hotel ke Taman Safari nie mengambil masa lebih kurang 4 jam, dengan melalui jalan yang bengkang bengkok tapi permandangan yang sangat cantik, sawah padi yang menghijau dan ladang teh yang hidup subur.
Terdapat juga pelbagai tempat permainan untuk kanak-kanak dan dewasa.
Ambik kau lobak merah....jangan makan tangan sudah..... Jangan lupa bagi yang merancang nak berkunjung ke sana membeli lobak merah atau pisang untuk diberi makan kepada haiwan2.
Hai Anis......mana lobak merah saya........?
Beruang yang berkeliaran bebas....pastikan apabila melalui kawasan nie cermin tingkap diturunkan.Kalau tidak resikonya tanggung sendiri ya buk.
Bersama Pak Supir Donny yang membawa kami. Perjalanan dalam safari juga melalui sungai-sungai. Jangan bermimpi nak menggunakan keta Kancil ye, rata-rata orang kat sana menggunakan Avanza atau Innova.
bestnye dpt jenjalan situ smabil bg lobak merah ye..
ReplyDeletehttps://saglamproxy.com
ReplyDeletemetin2 proxy
proxy satın al
knight online proxy
mobil proxy satın al
W0DEZ