click..click

...follower...tqvm..

Sep 28, 2011

Paprik Udang


dah lama tak update apa2 resepi....bukan nya dapurku tak berasap.....cuma kemalasan melanda diri. Pejam celik-pejam celik, nampaknya kita berada di akhir bulan september.
~~ Selamat tinggal September, Selamat datang Oktober, tak sabar rasanya menunggu mu November, apatah lagi diri mu Disember.....berdebar2 menanti kemunculan mu Januari 2012...... 
Kali nie mencuba resepi yang disekodeng daripada blog Hana's Family. Bahan-bahan diubah mengikut selera sekeluarga...esp...bab sayur-mayur(sebab anak2 suka makan cauliflower berbanding sayuran yang lain....sesiapa yang nak cuba...rujuk resepi kat bawah

Resepi : Paprik Udang


~Bahan-bahan paprik Udang ~
  • 500g udang segar
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • beberapa helai daun limau purut
  • 2 biji buah tomato -x bubuh
  • 5 biji cili padi - ditumbuk- kalau tak nak pedas kurangkan
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa
Cara-cara
  1. Panaskan kuali.
  2. Tumis bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis serta udang. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.



Sep 26, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan

Bukan saja cantik dipandang tetapi juga sedap di makan, merujuk kepada gambar pencuci mulut di atas,...biasanya kalau menjamu selera kat mana2 restaurant atau hotel, saya paling suka memerhatikan cara mereka memperagakan pelbagai pencuci mulut.

Jalan- jalan cari makan kat The Orchid Garden cofee House Hotel grandmargherita. ...sempena hari jadi hari tu, sekali sekala menjamu selera kat Hotel......

bapa dan mak mertua.......
anak2 dan suami.............
























Sep 19, 2011

Sweet memories...15Sept2011

memories are part of life whether they are sweet or bitter...but memories are memories...the only differance is that sweet memories are the heaven of our mind which enchant us and remain for longer period while bitter memories rankle in our heart and make our life misrable.....cakap omputih sebagai permulaan entry kali nie....gambar di atas sebenarnya hadiah sempena hari lahirku yang ke...35 tahun...Bunga Ros merah 12 kuntum dari Ibu mertua dan kek befday dari suami.....terima kasih banyak2....kenangan manis seharusnya dirakam sebagai tinta utk kenang2an.


Sempena befday, kebetulan Cuti hari Malaysia...adalah masa terbaik untuk bercuti bersama keluarga....membawa anak2  ke DAMAI BEACH RESORT, Santubong, Sarawak.

Gelagat anak2....mama hanya suka merakam gambar..
tetapi tdk berapa suka bergambar...

aiman........antara perangai pelik dan yg mama tak suka....
aiman tidak suka pasir.....dan tidak mahu memijak pasir, sikap paling lucu, apabila melihat minah salleh@omputih pakai bikini, aiman akan menutup muka dan mukanya akan kemerah2an...


Alya Farzana....kadang2 terlampau manja......dan kadang2 terlampau cemburu...

Anis hayani.....paling manja...dan suka menanggis apabila kelibat mamanya hilang dari pandangan...





Indahnya alam ciptaan Illahi.......





Sep 14, 2011

Riang Ria RaYa...



Antara pencuci mulut sempena Sambutan Hari Raya....bersama rakan sekerja yang bertempat di hotel Merdeka Palace Kuching. 

Pencuci mulut 2

lagii.........

dan lagiiiii.....

lagiiiiiiii....

lagiiiiiiiiiiiiiiii............

dan lagiiiiiiiiiiiii......


tapi dalam banyak pencuci2  mulut tu....hanya ini yang aku makan....







pelbagai juadah yang sedap...tetapi semuanya tasteless bagi diriku...kerana wabak selsema demam raya melanda.....

hadiah untuk cabutan bertuah...seperti biasa, diriku sentiasa tidak bertuah untuk2 hadiah sebegini...  :(



Merakam kenangan bersama rakan2 setugas..........September/2011/tintaCyber





Sep 8, 2011

SaLaM LeBaRan .....2011

Kek Lapis StrawBerry Coklat..antara juadah sempena Hari Raya dan sebagai gambar mukadimah entry kali nie....Walaupun tanpa Butter Golden Churn masih lagi boleh berhari Raya dengan pelbagai jenis Kek lapis Sarawak.

"SeLamat hari Raya 1432H"....saya ucapkan kepada kaum keluarga, rakan taulan dan juga kepada pengunjung2 setia Blog dapurku Berasap. Kemaafan dipohon sekiranya ada kata2, tulisan pena yang dibaca menguriskan hati sesiapa yang membaca. Kebetulan pula sambutan Hari Raya tahun nie jatuh dalam cuti sekolah. Penat dan lelah dengan bebanan tugas yang perlu diselesaikan menyebabkan sambutan hari Raya tahun nie ....agak memenatkan sikit. Apa2pun yang penting anak2 bergembira dengan sambutan Hari raya.





antara juadah yang terhidang....menyambut kehadiran tetamu yang bertandang



merakam kenangan di hari raya.....

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
★SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN★
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬


KongsiResepi

Rehat Sekejap...