click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Jul 20, 2010

KEK OREO CHEESE

Bersua kembali...bersyukur kepada yang Esa kerana masih diberi peluang kepada untuk terus benafas di bumi yang permai ini..Sentimental sikit Tinta menulis entry kali nie. Sebenarnya Oreo Cheese kek nie dah lama buat, bersempena Hari Bapa hari tu, baru ada masa nak update blog. Sebelum nie Tinta pernah juga buat entry Oreo cheese kek nie, tapi dgn menggunakan resepi yang lain. Kali nie Tinta mencuba resepi daripada blog Home sweet Home... kepunyaan Ummi Zahidi yang memang champion dalam bab masak memasak. Terima kasih atas perkongsiaan resepi dan izinkan saya CnP....untuk rujukan di lain waktu.Sememangnya Tinta sendiri berpuas hati dgn rasa kek oreo kali nie..sedap sehingga menjilat jari.



RESEPI KEK OREO CHEESE

Bahan Dasar
  • 300gm biskut oreo - di buang krimnya
  • 50gm mentega cair
Bahan Filing:-
  • 750 gm keju krim
  • 130 gm gula kaster
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 2 biji telur
  • 250ml whipping krim
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 20 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya

Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan .bulat 8"8", . Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Tuangkan kesemua bahan Filling, ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.



Alya Farzana, anak tinta yang no 2, nak juga berposing bersama kek kegemarannya.Dialah yang tak sabar nak cuba kek buatan mamanya....
Anak-anak bersama atuk dan sepupu mereka...kebetulan pula, Hari Bapa hari tu Befday atuk mereka...

5 comments:

  1. wah besttttnye...tp sy xknl la whipping cream & keju cream tu...mcmana nk cari kt shop?ade ke jual cream je(whipping)....keju krim tu nk cri Keju Krim Ke?

    Lg 1,mentega cair tu kita kene cairkan sndiri ke or beli dh siap?klu guna buttercup blh x?

    N lastly,sy xbrp suke rse lemon...klu xltk,efek nya jd x?lemon tu akn wat kek jd ape ye?

    Tq..hrp reply cpt2...dh xsbr nk wat..hee

    ReplyDelete
  2. biasa mmg ada jual kat Bakery...u hanya perlu tanya tuan kedai....biasanya keju krim tu org guna brand phildelphia atau anchor..Kat kotak silver tertulis cream Cheese....whipping krim mmg tulis whip cream dan jula kat tpt air yogurt atau peti ais ...

    lemon utk rasa masam..kalau tak suka ganti dgn Cream Of tartar(serbuk putih jual dlm botol..kat bakery biasa ada jual)

    ReplyDelete
  3. kt dh buat dh kek ni..memang sedap giler..bhan2 nya pun simple n senang nak dpt..

    ReplyDelete
  4. Assalam,kak..

    nak try recipe ni,huh,.xpernah try lg,.

    nak tanye, cemane carenya gune kaedah water bake tu ek?,.sbb kt rumah hanye ade oven yg lame2 punye dulu,.yg bulat tu,.panggil pmbakar, bukan oven,.huhu,.cane ek kak?

    ReplyDelete
  5. Whipping cream yg tenusu ke bkn tenusu kak?

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...