click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Jul 20, 2012

Resepi Bubur PeDaS SaRaWaK.RamaDhan Kareem ...1433H



SeLamat Menyambut Ramadhan Kareem 1433H/2012. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita dipertemukan lagi dengan kedatangan bulan Ramdhan yang penuh keberkatan. Lamanya tyak update blog DapurKuBerasap. Kesibukkan harian membataskan masa dan idea untuk berblogging. Namun sekali-sekala ada juga menjenguk dapur rakan2 sekalian.Terima kasih juga di atas kunjungan rakan2 blogger ke dapurkuberasap, walaupun tuannya takde.Resepi kali nie ialah. Bubur Pedas Sarawak yang merupakan menu wajib setiap kali menjelang bulan Ramadhan. Bubur Pedas adalah masakan yang paling popular di Sarawak terutama di Bulan Ramadhan.. Gambar2 nie sebenarnya merupakan koleksi masakan sendiri tahun lepas.
Beginilah rupa Perencah yang digunakan untuk memasak Bubur Pedas yang di panggil Bumbu pedas. Biasanya kalau menjelang bulan Ramdhan senang nak beli kat mana2 kedai runcit.Jom semak resepi kat bawah.......

 Resepi BuBur Pedas Sarawak
Bahan-Bahan:

1/. 1 bungkus rempah bubur pedas( agak sukar didapati di Semenanjung & Sabah)direndam terlebih dahulu dlm tempoh 15 minit
2/. 1 biji keledek (saiz sederhana)
3/. 250 gram isi ayam (boleh digantikan daging atau udang)
4/. 3 batang kacang panjang
5/. segenggam udang kering2
6/. 3-4 batang jagung muda /rebung rebus
7/. sedikit daun sinkel
8/. ubi kentang
9/. 2 batang tahu kering
10/. Sedikit cendawan cina ( hitam )dan cendawan butang
11/. 2 helai daun kunyit
12/. 3 ulas bawang putih
13/. 3 ulas bawang merah
14/. 2-3 biji cili merah
 15/. 1 cm belacan
16/. Santan
* Untuk jenis sayur-sayuran rakan2 boleh mengubah suai mengikut citarasa masing-masing.
Cara-cara memasak:-
Tumis bawang merah,bawang putih,udang kering dan cili yang telah ditumbuk halus. Setelah naik bau,rempah bubur pedas dan air,masak hingga mendidih. Masukkan isi ayam@ udang dan kesemua sayur-sayuran . Masukkan santan, akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.Masak sehingga agak pekat sedikit barulah dihidangkan.

 Sayur Bunga kering.....

Cendawan Butang Fresh, diiris mengikut citarasa masing-masing.

Cendawan Hitam

rebung, daung kunyit dan daun sinkel.
kentang, tauhu kering dan Bumbu.....


Akhir Kata.................RamaDhan al-Mubarak.....semoga kita dapat meningkat amalan-amalan ibadat di bulan yang mulia ini, dan semoga kita tergolongan di kalangan hambanya yang sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan dalam kehidupan. Amin.


Feb 1, 2012

Chilled sea coconut with Honey and lemon

Chilled sea coconut with Honey and lemon..

Pencuci mulut di atas menu hidangan terakhir semasa jamuan hari Jadi anak saya, Aiman yang ke 7 tahun...02.02.
Sambutan kali nie secara sederhana sahaja disambut bersama Atuk dan nenek bertempat Restaurant Meisan Grand magherita Hotel(Holiday Inn).


Aiman , 02.02.2012...genap 7 tahun umurnya. semoga menjadi anak yang soleh berjaya hidupnya di dunia dan akhirat.Amin.di sebabkan kesibukan tugasan semasa, tak sempat nak buat kek. kek tunjuk(beli) saja.

Aiman bersama atuk dan nenek.........

Hidangan pertama,Venison Veloute with black bean.....sup daging Kijang memangg sedap, sesuai dengan harganya....rm78.00++
Roasted Chicken .....RM68++

Wok Fried Mix Vegetable with bamboo Pith

Wok Fried Hong Kong kale with Japanese Mushroom


Stir Fried Golden prawn with craker crumb
Steamed Seasonal Fish Barramundi Hong Kong Style.

Aiman, Alya & Anis.....





Jan 30, 2012

CheeSe Cake with Fresh Cream

Cheese Cake with fresh Cream


Resepi Cheese Cake
Sumber : Alex Goh, buku yang bertajuk "Creative Making Of Cakes"
Sediakan Kek span vanila bulat nipis berukuran 9" (saya tak ikut resepi asal, saya hanya guna Roti marie ditumbuk halus campur mentega cair sebagai base)

Filling(Inti)

(A) 500 gm krim keju
      50gm gula
(B) 50gm tepung
(C) 1 biji telur
      3 biji kuning telur
(D)  150 gm yogurt
(E)  3 biji putih telur
       70gm gula
       Secubit garam

Untuk Hiasan: Fresh cream secukupnya (deko mengikut citarasa masing2)

CARA-CARA MEMBUATNYA;

1/. Putar A sehingga lembut dan gebu, Campur B dan adun sehingga sebati
2/. Tambah C dan pukul hingga tidak berbintil-bintil
3/. Campur D dan gaul rata-rata. Pukul E sehingga pekat, campur adunan tadi dan gaul hingga sebati.
4/. Letak selapi nipis kek span vanilla ke dalam acuan bulat( saya guna base biskut marie). Tuang adunan keju ke atas lapisan tadi. Bakar secara waterbath pada suhu 160c selama 60 minit. Siap untuk dihidangkan.

kek BarbieDoll

 Kek Chicky

 Kek Hello Kitty

Kesemua gambar kek di atas sebenarnya sempena Ulang tahun kelahiran anak saya yang ketiga Anis Hayani bulan Disember lepas. Kek pertama  di atas Cheese cake di buat sendiri, manakala chicky cake free daripada KFC sebab sambutan sebelah keluarga suami di adakan di KFC. Manakala kek barbie doll saya buat sempena makan2 dan sekaligus menyambut hari jadi Anis sebelah keluarga saya. Kek hello kitty pula kek befday adik Ipar yang tak jauh beza tarikh lahirnya dengan Anis. Befday Anis yang ke 3 tahun mencatat sejarah, sbb meniup lilin sebanyak 3 kali.

Anis bersama sepupu2, sempena befday ke 3 Tahun...semoga menjadi anak solehah penyejuk mata ayah dan bonda.




Dec 6, 2011

Western Food...JJCM

"Selamat Tahun Baru 2012.....cepatnya masa berlalu, hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, di manakah kita berada.?.Adakah ada perubahan positif dalam hidup kita atau ada perubahan negatif. Di mana jua kita berada di kedudukan mana pun kita berdiri, marilah kita sama2 mengucapkan kesyukuran kepada yang Esa kerana kita masih lagi berpeluang menjadi penghuni di dunia yang fana ini.Terima kasih diucapkan kepada pengunjung2 dapurku berasap, kerana sudi menjenguk blog ini.Semoga tahun 2012, kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan hidup kita. Takde update resepi kali nie, cuma panduan kepada kaki2 makan sekitar kuching yang ingin mencuba makanan barat atau western food yang bertaraf 5 bintang...memang sedap.

Grilled Lamb Chop served with sauted vegetable & garlic mash.

Jalan-jalan cari makan kali nie, mencuba makanan ala2 barat di salah sebuah Hotel terkenal di Kuching, CAFE MAJESTIC, Riverside Hotel.Agak berbaloi menjadi ahli Kelab Prestige sebab bila kita menjamu selera kat hotel nie, Grand magherita Kuching dan juga Damai Resort Kuching, kita akan mendapat beberapa keistimewaan atau diskaun, samada penginapan atau menjamu selera.Bagi kaki2 makan sekitar Kuching atau Blogger2 yang mahu jadi ahli boleh menghubungi saya thru mesej..


makanan kegemaran Aiman...Spaghetti daging.



Black pepper steak...

Nasi goreng ikan masin...




Ruang makan yang selesa....


Aiman, Alya & Anis...my L I F E my L O V E.


Nov 22, 2011

Cup Cake...Muffin Coklat

Selamat bercuti buat  ibu2 semua, tetapi bukan bercuti daripada tugas2 sebagai pengurus rumahtangga,  bercuti drpd menghantar atau menjemput anak2 dari sekolah, al-maklum cuti sekolah baru pun bermula. Dah lama tak membaking. Baru2 nie buat cupcake sempena majlis Konvokesyen aiman, satu2nya anak lelaki ku. Dah besar anak mama, tahun depan dah masuk darjah satu. Jom semak resepi kat bawah sambil mencuci mata melihat gambar2 aiman semasa majlis konvokesyen.
Cup Cake menggunakan resepi muffin coklat, manakala toppingnya menggunakan fresh cream. kali nie cuba resepi daripada izahdaut.blogspot.com.


Resepi MuFFin Coklat

Bahan-bahan (10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya
1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.




Aiman Bin Taha...majlis Konvokesyen , TaDiKa SaYang, 19 nov 2011.



merakam kenangan bersama rakan-rakan dan guru-guru yang penuh dedikasi dalam mendidik pelajar. Buat guru-guru di Tadika Sayang Kuching, jutaan terima kasih atas ilmu yang dicurahkan kepada anakku. Jasa dan budi baik kalian semua , hanya Allah yang membalasnya.

Aiman bersama rakan2 seperjuangan , Irfan dan Iwan, diabadikan utk tatapan aiman suatu hari nanti.



Alya Farzana,  5 tahun, penuh bersemangat buat persembahan sewaktu majlis Konvo abangnya.

"Ya Allah, jadikanlah anak-anakku, antara mereka yang berjaya hidup mereka di dunia dan akhirat"...amin.

Nov 10, 2011

11.11.11..."Selamat Hari Jadi"


11.11.11,,,,,istimewanya tarikh hari nie. Mungkin ramai di luar sana yang berhasrat merakamkan sesuatu yang bermakna pada tarikh tersebut, untuk dijadikan kenangan di dalam melayari kehidupan di alam yang fana ini. Sebenarnya semalam 10.11.11, merupakan hari lahir suami tercinta,,,Mr Taha Hj Wahab, bersama pasangan kembarnya. Dengan iringan doa, semoga sentiasa  dimurahkan rezeki yang penuh keberkatan dan dilanjutkan usia dalam kebaikan. Amin.

My lovely hubby bersama kembarnya.


Bersempena befday hubby,,,,,,jalan-jalan cari makan kat salah sebuah restaurant Cina yang halal di Kuching, Meisan Restaurant, Grand Magheritha Hotel (Holiday Inn).
Fish lip soup....




Meisan Roasted Chicken......




Buttered Prawn....

Meisan Roasted Duck.....

Garoupa Fish.....
 Wok Lotus Roo....

Meisan  Pancake......




Bapa dan Mak mertua...........Semoga sentiasa di dalam lindungan yang Esa.





KongsiResepi

Rehat Sekejap...