click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad
Showing posts with label Minum Petang. Show all posts
Showing posts with label Minum Petang. Show all posts

Apr 9, 2011

MuFFin PiSanG....

Pisang  bukan saja sedap di makan begitu saja, dibuat kek, cucur, muffin, malahan banyak khasiatnya. Antara khasiat pisang yang utama ialah :
  1. Pisang merupakan sumber potasium yang membantu didalam menurunkan tekanan darah, membekalkan tenaga, membantu pertumbuhan otot serta mencegah kekejangan. 100 gram pisang mengandungi 400 gram potasium.
  2. Pisang mengandungi fruktosa, sukrosa dan glukosa yang membantu tubuh untuk kekal cergas.
  3. Kajian yang telah dijalankan mendapati dengan pengambilan pisang setiap hari dapat membantu mencerdaskan otak.
  4. Vitamin B dalam pisang dapat membantu mengawal sistem saraf dan menghilangkan rasa gugup.
  5. Unsur seperti vitamin B6, B12 dan potasium dapat membantu perokok untuk mengurangkan kesan ketagihan.
  6. Pisang mengandungi sejenis protein yang digelar tryptophan yang boleh membantu kita untuk rileks dan mengurangan tekanan.
Bagi wanita yang sedang haid, pisang dapat membantu anda lebih kekal cergas dan meningkatkan mood. INFO: Kredit to Mr Google......
Jom LaYan ReSepi Kat BaWah:............Terima Kasih banyak2 kepada penyumbang resepi...

RESEPI MUFFIN PISANG


BAHAN-BAHAN

1). 3 atau 4 biji pisang saiz besar (lagi banyak pisang lagi moist muffin)- saya letak 6 biji sederhana besar

2). 1/2 cawan gula halus (resepi asal 1 cawan)- saya letak 1/2 cawan dan manisnya memang sedap mungkin juga bergantung pada manis pisang

3). 1 biji telur- dipukul sedikit

4). 1/3 cawan mentega/margerine cair

5). 1 1/2 cawan tepung gandum

6). 1 teaspoon baking soda

7). 1 teaspoon baking powder

8). 1/2 teaspoon garam


CARA-CARA MEMBUATNYA:

Satukan pisang yang dilecek bersama gula, mentega cair dan telur. Ketepikan. Dalam bekas yang lain satukan tepung gandum dengan soda bikarbonat, baking powder dan garam. Saya ayakkan bahan ini bersama. Kemudian satukan bahan basah tadi ke dalam bahan kering. Cedukkan ke dalam loyang muffin dan bakar pada suhu 350 F (175 c) selama 20 minit. (Saya bakar 180 C selama 25 minit).


Mar 29, 2011

MuFFin JaGunG

Assalamualaikum....dan Salam Satu Malaysia...(cheewah.....macam nak berpidatolah pulak)....lama rasanya tak update blog. Kerja....kerja...letih...penat...tension...Kalau berterusan dalam keadaan macam nie bahaya jugakan. Menyentuh tentang perkataan BAHAYA, teringat pula dengan anak saya yang berusia 5 tahun, Belum dapat membezakan lagi antara perkataan bahagia dengan bahaya, betapa jauhnya berbeza perkataan BAHAYA dengan BAHAGIA. Anak saya yang no 2, Alya selalu bagitahu kat adik dia..Alya:"Bahagia adik..jangan main lompat-lompat, nanti jatuh,. Mama : "Alya, bukan Bahagia, Bahaya"...dua tiga hari kemudian...Alya: "jangan berlari adik Anis, Bahagia tu"...Mama: "geleng kepala saja".......tak apalah wahai anakku...mungkin satu hari nanti bila terbaca coretan mama ini akan jadi nostalgia buat dirimu...tentang perkataan Bahagia V Bahaya...Jom Layan Resepi Kat bawah........

CORN MUFFIN
BAHAN-BAHAN

1/2 cawan butter
2/3 cawan gula kastor
1/4 cawan madu
2 biji telur
1/2 tsp garam (saya x letak)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan Cornmeal (saya ganti dengan jagung cair dalam tin)...setengah tin
1/2 tsp baking powder
1/2 cawan susu (saya guna susu segar)
3/4 cawan jagung segar

CARA MENYEDIAKAN.

1. Putar butter, gula, madu dan telur hingga kembang.
2. Masukkan jagung cair , tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan susu berselang seli sambil di kaup perlahan-lahan.
3. Bila telah sebati masukkan jagung segar dan ratakan.
4. Masukkan kedalam paper cup dan masukkan kedalam Muffin pan atau gunakan cupcakes paper cup.
5. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan selama 10 minit awal selama 20-30 minit dengan kepanasan 160-C. Gunakan api atas bawah. ( terpulang kpd jenis oven)

Feb 24, 2011

MuFFin VaNiLLa Chips Coklat


Muffin Vanilla Chips coklat, lama dah buat baru masuk N3 untuk kali nie. Agak letih juga hari nie. Selalunya hari Jumaat rasa bertenaga sebab ada hujung minggu untuk bercuti, tapi mungkin sebab memikirkan beberapa tugasan yang perlu di hantar hari isnin nie. Mungkin ada sesetengah org ingat mnjadi guru tu mengajar saja, tapi sebenarnya zaman yang serba canggih manggih nie guru banyak bebanan tugas lain, bermacam-macam kertas kerja yang perlu di submit bermacam mesy. juga yang perlu di hadiri, belum lagi kena marking kertas dengan buat bermacam report. Tapi kalau difikir balik takde perkerjaan yang mudah. Semuanya memerlukan kesabaran dan pengorbanan. Hilang mood betul minggu nie, yang paling tak best weekend tanpa my hubby, dia outstation. Terpaksalah aku sorang2 yang nelayan melayan kerenah anak2. 
Sebelum nie pernah buat resepi nie, asalnya Vanilla Muffin. sebab dah terbiasa guna resepi tu.  hanya edit sikit bubuh coklat chips. Nak resepi KLIK KAT SINI.

Sebelum.........................


Selepas........................

Jan 27, 2011

MuFFin JaGunG


Bersua kembali pada hari Jumaat yang penuh berkat. Rasa-rasa hari Jumaat saja ada banyak masa melayan diri di alam Cyber. Buat rakan-rakan bloggers, rakan FB, dan rakan2 yang membaca N3 kali nie, maaflah sebab lama tak update status atau komen apa2 status atau membalas salam Ziarah rakan2. Dari hari ke hari terasa semakin sibuk. Pengakhir bulan Januari banyak perkara yang perlu siap dan di hantar. manusia nie memang suka buat perkara last minute.(aku lah tu). Semalam print beberapa dokumen yang perlu ada dalam Folio FRM.,(fail Rekod mengajar). Sampai habis ink printer, lebih kurang 400 muka surat. Tapi syukur kepada yang Esa sempat juga menyerahkan tugasan tersebut. Resepi kali nie dah lama simpan resepi, dan akhir nya tercapai juga hasrat nak mencuba .Muffin Jagung daripada Blog aziancollections
Semasa meneliti resepi daripada blog Kak Azian, ada satu bahan yang bernama CORNMEAL yang agak susah untuk di perolehi. Hampir seluruh bakery kat Kuching saya pergi cari bahan tu. Akhirnya jumpa juga bahan tersebut, di salah sebuah bakery yang agak famous kat Kuching kedai 3K. Tapi lain pula namanya.Polenta Corn, gambar ada kat bawah.
Untuk kak azian terima kasih atas perkongsian resepi , 
saya Copy N paste k,,,,Syukran jazilan, jazakaallahufikh.
CORN MUFFIN

BAHAN-BAHAN

1/2 cawan butter

2/3 cawan gula kastor

1/4 cawan madu

2 biji telur

1/2 tsp garam (saya x letak)

1 1/2 cawan tepung naik sendiri

3/4 cawan Cornmeal

1/2 tsp baking powder

1/2 cawan susu (saya guna susu segar)

3/4 cawan jagung segar

CARA MENYEDIAKAN.

1. Putar butter, gula, madu dan telur hingga kembang.

2. Masukkan Cornmeal, tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan susu berselang seli sambil di kaup perlahan-lahan.

3. Bila telah sebati masukkan jagung segar dan ratakan.

4. Masukkan kedalam paper cup dan masukkan kedalam Muffin pan atau gunakan cupcakes paper cup.

5. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan selama 10 minit awal selama 20-30 minit dengan kepanasan 160-C. Gunakan api atas bawah. ( terpulang kpd jenis oven)



Dec 22, 2010

MuFFin CoKLaT

Masa berlalu terus berlalu. Pejam celik-pejam celik tak lama lagi tahun baru.  Begitu pantas masa meninggalkan kita. Setiap kita pasti setiap tahun mempunyai azam dan harapan yang baru sempena perubahan tahun yang tinggal lebih kurang seminggu saja lagi. Apa-apa pun sama ada azam terlaksana ke tidak sama2lah kita berdoa semoga tahun2 yang mendatang membawa kejayaan, kebahagian dan keberkatan dalam hidup. 
Sekarang nie masih lagi dalam mood cuti sekolah, pagi-pagi kalau kat rumah, rasa berada di kedai makan je melayan kerenah anak2. Seorang nak makan nugget, seorang nak makan mee goreng.Itu baru tiga orang. kalau siapa yang ada anak ramai lagi meriah rasanya. Belum lagi sediakan lunch dan makan malam untuk anak. Biasanya saya memasak mengikut selera anak2. Kalau ikut selera sendiri banyak pula benda yang nak dimasak nanti. Jadi untuk minum petang kali  nie saya cuba buat muffin coklat untuk anak2.
Dapat resepi nie daripada Blog  ResepiDiana. Dia pula ambil daripada blog maklangazie. Resepi asal Yani, Myr.Terima kasih atas perkongsian resepi. Muffin coklat nie memang sedap.Kaya dengan rasa coklat. Jom layan resepi kat bawah.



Resepi MuFFin Coklat

Bahan-bahan (10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya
1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Nota Yani: Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Dec 4, 2010

MuFFin BlueBeRRy

N3 kali nie masih lagi berkisar tentang Muffin, Betul juga seperti yang Puan Izah,  bagitahu saya, buat muffin nie kalau kita dah biasa macam buat cekodok. Terima kasih banyak2 atas nasihat panjang lebar dari Puan Izah berkaitan dgn Muffin. Part yang paling best buat muffin nie tak perlu keluarkan mesin pengadun kuih, hanya perlu guna tangan jer. Resepi nie sekali lagi  saya ambil daripada Blog Izah Muffin Lover . Manakala Puan Izah pula ambil resepi daripada Resepi Pilihan Diana. Buat kedua-dua penyumbang resepi terima kasih atas resepi izinkan saya CnP buat rujukan di lain hari dan rujukan rakan2 yang ingin mencuba.


Resepi MuFFin Blueberry

Bahan-bahannya (Untuk 12 biji)

2 cawan tepung gandum
(saya guna tepung naik sendiri)
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
(saya tak bubuh)
¾ cawan gula
1 biji telur ( saya tambah sebiji lagi)
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran
(saya guna buttercup yang dicairkan)


CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan ketuhar pada suhu suhu 180’C.
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.




 Muffin yang di bubuh bluberry filling di tengah-tengahnya.

 Sebenarnya muffin blueberry yang saya buat, ada berkaitan dengan gambar di atas. Saya buat Muffin Blueberry tu untuk di bawa pergi mandi-manda ke sebuah resort kat Kuching. Nama resort tu Damai Puri yang terletak kat Santubong Kuching Sarawak. Jadi sambil duduk melihat anak-anak mandi-manda, sambil makan muffin.....memang bestttt....

 Aiman , anak saya yang berusia 5 tahun.


 Alya Farzana, 4 tahun.

 Anis HaYani, Setahun 11 bulan.
 Aiman, Alya dan Anis bersama sepupu mereka, Animie Husna.
 Ummi 3A




Oct 27, 2010

Pisang Goreng Cheese


Banana Cheese atau Pisang goreng berkeju, begitulah bunyi resepi Dapurku Berasap kali nie, Ada juga rakan2 yang bergurau dgn mengatakan nasib baik tak Dapurku Terbakar, Tak apalah , mana2 nama Blog pun tak kisahkan, yang penting keikhlasan kita untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk sesiapa saja. Petang-petang kalau makan pisang goreng mesti sedap dan jangan lupa makan sambil minum air teh atau kopi panas. Pisang nie kegemaran anak-anak. Sekejap je piring dah kosong. Ada sesetengah orang siap bubuh coklat Rice lagi sebagai toping. Terpulanglah kepada selera masing-masing.

BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG
1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa masing2)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter
secubit garam
perwarna kuning@serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng

BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING
Keju cheddar(diparut)
satu sudu kecil susu pekat manis
satu sudu kecil butter

CARA-CARA MEMBUATNYA;
1/. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. (Sesiapa yang tak suka pakai pewarna boleh juga guna serbuk kunyit), Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.
2/. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).
3/. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.

Oct 11, 2010

BUBUR CHA CHA @ CA CA

Bubur nie sedap kalau dimakan sejuk2. Kalau kat Kuching susah nak jumpa chacha yang ready made. jadi Tinta buat sendiri adunannya dgn menggunakan tepung pulut. Mula2 guna tepung Sagu tapi tak menjadi. Bila direbus tengah2nya mentah, tak tahu kenapa jadi macam tu. Sebab ada org kata kalau guna tepung sagu lagi sedap. Jadi untuk Bubur ChaCha nie Tinta guna tepung Pulut.


RESEPI BUBUR CHA CHA @ CA CA

BAHAN-BAHAN
250gm tepung pulut
700ml santan
230gm air
200gm gula
secubit garam
3 helai daun pandan
beberapa biji ubi keledek, dipotong dadu.
(tiga warna, kuning muda oren, putih)..kalau ada ubi keledek warn aungu lagi anampak cantik..utk resepi kali nie hanya guna dua warna ubi keledek.

CARA-CARA MEMBUATNYA

1/. Gaul tepung pulut dgn air sehingga menjadi doh dengan tiga warna( hijau, kuning dan merah muda atau warna asal(putih). Saya tak bubuh warna merah tak berapa suka.
2/. Masak tenggelam di dalam air mendidih hingga timbul dan toskan(daun pandan boleh juga dibubuh ke dlaam air rebusan doh)
3./ Masukkan bersama santan, ubi keledek dan gula bersama serbuk garam dan daun Pandan.
4./ Apabila ubi keledek sudah empuk dan santan mendidih, masukkan Cha, cha yang berwarna warni, kacau sebentar dan bolehlah dihidang.



Dec 18, 2009

BuRgeR KinG....??


Saja je bagi tajuk Burger King...sebenarnya teringin nak makan burger King, kat Kuching takde lagi cawangan Burger King...Jadi buat burger nie..imagine jer le mkn burger King..nielah antara makanan kegemaran anak2, buat breakfast kadang2 merangkap minum petang. Burger takde resepi lah ye..semua orang boleh buat burger ....akhir kata...Selamat Tahun baru Islam..1431H...kepada semua teman2 bloggers yang di kasihi  sekalian dengan ucapan, semoga hari2 yang mendatang di permudahkan segala urusan hidup kita....dimurahkan rezeki yang berkekalan dan dilanjutkan usia dalam kebaikan.



Dec 17, 2009

Roti John....


Kenapalah Roti nie dinamakan Roti John?...ada sesiapa tahu ke?. Barangkali orang yang pertama buat roti camne nama John ke?...Saya  nie minat sangat makan roti John....kalau kat Kuching susah juga nak beli yang sedap. Adapun mahal sangat. Tak berbaloi kalau sebiji roti John yang sekecil mcm nie harga rm3/4...Hari tu ada tengok kat dapur E-na, buat Roti nie. Siap tunjuk gambar demo membuat. Bagi Slow learner macam kita nie tu yang best kita boleh belajar satu persatu. Tak susah sangat pun...Terima kasih E-na, Resepi nie saya C n P dari Lovelykitchen, kepunyaan E-na Zarina.


BAHAN-BAHAN ROTI JOHN

5 ketul Roti hotdog atau yang seumpamanya
Inti daging bersayur
6 biji telur
Chilli Sauce
Mayonis
1000 island sauce
Sedikit marjerin



CARA-CARA MEMBUATNYA;

1/Roti di belah dua tetapi jangan putus.
2/Sapukan sedikit sahaja marjerin pada roti. Ketepikan.
3/Pecahkan sebiji telur ke dalam cawan.
4/Masukkan 2 sudu besar Inti Daging bersayur ke dalam telur tadi.
5/Tambahkan sedikit garam dan kacau.
6/Panaskan sedikit minyak di dalam pan.
7/Dengan api perlahan, masukkan semua bancuhan telur ke dalam pan
8/Masukkan roti yang telah di sapu marjerin tadi ke atas telur .
9/Tekan-tekan roti supaya menyerap telur.
10/Bila telur telah masak bolehlah di angkat.
11/Ulang langkah .
12/Picitkan chilli sauce, 1000 island sos dan mayonis ke atas lapisan telur
13/Lipat semula Roti tadi dan potong untuk di makan.





Dec 7, 2009

Chocolate's Shake





Minuman nie sesuai untuk minum waktu tghhari atau waktu petang, tak boleh selalu buat minuman  begini, berkilo2 berat badan naik nanti.....minuman nie dimakan dengan roti coklat..memang sedap....Resepi nie saya dapat daripada seorang kawan, dan dah lama terperap didalam buku resepi koleksi pribadi....Saya tambah dengan meletak serbuk milo di atas minuman. Milo jgn digaul, minum air tu sambil mkn milo tu..memang sedap.....:)

BAHAN-BAHAN

500 ml full cream milk(susu segar)
4 skop aiskrim coklat
4 sudu besar coklat paste atau bancuhan koko
3 cawan ais kiub
1/2 cawan syrup gula
serbuk milo(ikut nak byk mana)...

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali ais
2. blendkan bahan2 sehingga sebati
3. akhir sekali masukkan ais dan blend sekali lagi
4. hidangkan bersama milo di atasnya...



Resepi Mee Belacan...


Mee belacan antara mee yang sebarisan dengan laksa Sarawak...tetapi belum famous mcm laksa Sarawak. Sesiapa yang minat makan belacan, bolehlah mencuba mee nie, tapi takdelah rasa belacan sgt. Cuma antara ramuannya sudah pasti ada belacan. Mee nie sebenarnya juadah semasa Hari raya Aidil Adha hari tu, baru ada masa nak update. Disediakan oleh my sis in Law..Puan Emilin yang bertugas di Bintulu. Resepi pun dari beliau. Terima kasih banyak2. Sebenarnya saya nak menyimpan resepi nie, jadi update juga dlm blog, untuk rujukan diri sendiri dan rakan2 blogger. Kalau di Sarawak, belacan yang sedap dan glamour(belacan pun ada yg glamour dan ada yg tidak..hihi), Belacan dari Bintulu atau Miri. Sekilo Rm 30.00.


BAHAN-BAHAN

Mee Hoon Belacan

*(utk sebungkus meehon - mkn untuk 5-6 org)


Bhn A
Bwng Putih (5 ulas)
Bwng Merah (4 ulas)
Bwng Besar (1 ulas)
Udang kering (1 sudu besar)
Belacan (1 sudu besar)
Kepala Udang Payak (dlm 20 kepala)
Cili Padi (4)
Cili Hidup (2)
*jika mahu pedas boleh tambah cilinya
Pati belacan (brand Knorr)
Pati ayam (brand Knorr)

Bhn B
Meehoon (celur)
Sotong Kembang (celur + hiris kecil)
Timun (hiris kecil)
Kacang  tanah diTumbuk

Cara Membuatnya :

1/ Kisar bhn A d atas. Tumis hingga naik bau.
2/ Di periuk yang berlainan, rebus kepala udang.
3/ Air rebusan di tuang ke dalam tumisan. Masukkan 2 sudu besar pati belacan (brand Knorr) dan satu sudu kecil pati ayam (brand Knorr)
4/ Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis sedikit.
5/ Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6/ Akhir skali masukkan tepung jagung sesedang pekat.
7/ Angkat & hidang bersama bhn B.



KongsiResepi

Rehat Sekejap...