click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad
Showing posts with label KUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH. Show all posts

Jan 10, 2010

Bingka DuRian


Bingka Durian daun Pandan. Resepi nie daripada kakak Tinta sendiri.
Sebelum nie pernah juga buat entry bingka durian . Bingka nie pula dibuat atas permintaan My sis In Law..Pn Hasthika yang teringin melihat entry bingka durian yang Tinta buat sebelum nie. ..



BAHAN-BAHAN


3 biji telur
1 gelas mentega
2 gelas tepung gandum
1 gelas gula halus (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
1 gelas durian
3 gelas santan
satu sudu kecil pandan paste


CARA-CARA MEMBUATNYA

1/mentega dipukul bersama gula dan telur
2/bila sudah sebati masukkan durian, santan dan tepung
3/masukkan juga pandan paste
4/Gaul sebati
5/bakar dalam ketuhar 150-160c
6/selama lebih kurang 40 minit..
7/siap untuk dihidangkan










Nov 22, 2009

BinGka Durian....daun pandan....






Sebenarnya tintacyber malas juga nak buat bingka nie atau mana2 kuih muih, melainkan hari raya je..ini kerana my hubby tak minat sgt makan yang manis-manis. Kalau buat nanti kita jugalah yang kena menghabiskannya. Di pendekkan cerita bila dah musim dorian nie terngin betul lah nak makan bingka , sebenarnya nak membeli je, tapi habis satu kawasan perumahan nie saya pusing cari orang menjual bingka durian, satu pun tak jumpa.Bingka lain banyaklah..
Akhirnya singgah ke kedai beli santan, singgah tepi jalan beli durian...
Bila dah siap...wau...memang sedaplah bingka yang saya buat nie..tak pernah saya buat entry memuji masakan sendiri, inilah pertama kali..resepi nie saya dapat dari kakak saya sendiri...cuma agak lembik sebab saya lebihkan durian dan santannya...sukatan ikut gelas...saiz gelas ada kat gambar di bawah...untuk pandan paste pula, saya blenderkan daun pandan bersama santan(utk mendapat rasa yg asli)

 

 

 


 
BAHAN-BAHAN BINGKA DURIAN

 
3 biji telur
1 gelas mentega
2 gelas tepung gandum
1 gelas gula halus (boleh kurangkan kalau tak nak manis)                        
1 gelas durian
3 gelas santan
satu sudu kecil pandan paste


CARA-CARA MEMBUATNYA

  • mentega dipukul bersama gula dan telur
  • bila sudah sebati masukkan durian, santan dan tepung
  • masukkan juga pandan paste
  • Gaul sebati
  • bakar dalam ketuhar 120-150c
  • selama lebih kurang 40 minit..
  • siap untuk dihidangkan 

 

 


 

 


 santan warna hijau sebab saya blenderkan bersama daun pandan..

 

Nov 19, 2009

Jemput-jemput DuRian = (cucur durian)







Hari tu masa masuk Blog E-Na, teringinlah melihat jemput-jemput pisang,
mcm tu juga masa melawat kak Watie buat entry jemput2 pisang. Jadi kali  nie giliran Tintacyber pula buat jemput2, tapi jemput2 durian.
Kalau kat Kuching di panggil Cucur Durian.
Sekarang kat kuching musim durian.
 Cuma resepi nie saya tambah telur sebiji, bila dimasukkan telur dia sponge sikit...
Buat E-na sbb saya copy resepi nie terima kasih byk2.






JEMPUT-JEMPUT DURIAN (5 orang)


Bahan-bahan:-

1 cawan durian yang dilenyek (5 atau 6 ulas )
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
 minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara membuatnya:-
  • Campurkan tepung, durian ,telur  ke dalam bekas.
  • Masukkan sedikit air.
  • Kacau biar rata.
  • Panaskan minyak. Bila dah panas,
  • ambil 2 sudu dan ceduklah
  • sikit-sikit dan masukkan ke dalam minyak panas.
  • Selalu balik-balikkan supaya jemput-jemput durian ni bulat dan comel
  • Goreng sampai perang.










KongsiResepi

Rehat Sekejap...