Terdapat pelbagai versi resepi, untuk Kek Lumut nie. Ada setengah resepi menggunakan tepung suji, ada yang menambah serbuk Almond, tapi asas yang sama mesti ada horlick dan nestum, dan yang pasti mesti menggunakan butter, baru rasanya lembab dan lemak berkrim.
Resepi Kek Lumut ( acuan 8'8')
- 450gm mentega berkualiti tinggi
- 10 Biji telur
- 3/4 cawan gula kastor
- 2 cawan nestum yang telah dikisar halus
- 200gm serbuk horlicks
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil esen vanilla
- 60 ml pes pandan
- 1 tin kecil susu pekat manis
Cara-cara membuatnya;
- mentega dipukul bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim.
- Masukkan telur satu persatu ( telur jgn dimasukkan sekaligus) dan pukul hingga sebati.
- Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati.
- Masukkan horlicks,nestum dan tepung gandum ,kacau sehingga adunan sebati.
- Masukkan adunan ke dalam loyang yang sudah dibubuh kertas minyak dibawahnya.
- Atas loyang hendaklah ditutup untuk mengelakkah wap air masuk, ( guna kertas minyak atau foil)
- Adunan dikukus selama 3 atau 4 jam. (Sentiasa cek air kukusan takut kering)
- Setelah sejuk baru kek dikeluarkan dari loyang dan disimpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.