click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Jun 11, 2013

Jalan-jalan cari makan sekitar Bandung....Kampung Daun Bandung.



Tatkala hiruk pikuk pertikaian membahana dipersada Nusantara
Lengan harapan mulai menggapai impian yang hampir mustahil
Dan…
Melalui keteguhan hati dan kesungguhan
Perlahan jalinan benang cinta dan kasih mulai dirajut
Melalui bisikan dedaunan
Melalui gemericik air yang mengalir
Melalui lautan kerlip lilin dihamparan rerumputan
Maka…
Tempat yang dahulu tak pernah dijamah orang
Bahkan tak seorangpun mau menghampiri
Perlahan namun pasti
Menjadi sebuah tempat yang penuh damai dan cinta
Tercipta sebuah perhentian yang tak pernah sepi
Namun…
Biarkan kami tetap legawa
Agar pongah tak menghampiri
Dan rendah hati selalu menjadi cermin diri kami
Harapan yang senantiasa ada
Semoga hari-hari penuh pertikaian dan bencana segera berlalu
Biarkan negeri ini damai dan tentram
Sedamai Kampung Kecil ini…. KAMPUNG DAUN

credit to google ( kampungdaun.net)


Gambar kurang memuaskan(guna ipad je)....Bagi yang melancung ke Bandung, jangan lupa masukkan kampung Daun sebagai salah satu destinasi tempat makan yang mesti di cuba. Pasti pengalaman menuju ke sana, yang melalui taman bunga yang indah meninggalkan memori indah yang sukar diungkapkan.




Jalan menuju ke tempat makan yang dihiasi dengan pohon-pohon yang menghijau, saujana mata memandang.






Makan sambil bersimpoh, muka kepenatan selepas bershopping sekitar factory outlet Jalan Dago. Bagi yang belum pernah ke Bandung, sebenarnya Bandung terkenal dengan Factory Outlet Storenya (FOS). Kawasan paling banyak Factory Outlet Store ialah di Jalan Riau dan Jalan Dago, namun Jalan Setiabudhi mempunyai Rumah Mode, FOS paling popular di Bandung. Jalan Riau terkenal dengan FOS seperti, Heritage F O, Summit F O, Cascade, For Men, China Emporium, Renaritti, Secret, The Stamp, Terminal Tas, Oasis ( kat sini ada kedai boleh menempah seluar, kita boleh pilih fabrik sendiri dan siap dalam satu hari je, harga memang murah, dah siap dgn upah dan material dalam rm40 lebih je). Manakala di Jalan Dago atau dikenali sebagai jalan Ir H Juanda terdapat Fos seperti Blossom, Rich N Famous,Au’let, Dago Stock Ekspor, M&M,Putri Dago,Raflesia,Up Town,VIP Dll. Untuk itu sediakan duit berjuta-juta ye, sejuta rupiah masa saya pergi hari tu, bersamaan rm318. Baju-baju terutama pelbagai fabrik memang lebih murah kalau dibandingkan dengan harga di negara kita sendiri. 



Makan-makan sambil mendengar deruan air terjun, kicauan burung-burung, pokok-pokok yang hijau saujana mata memandang, Subhanaallah atas ciptaan yang begitu indah.




Ikan Gurame bakar, dimakan dengan sambal,cicah kicap yang pedas, sudahlah perut lapar, memang sedap, licin sehingga menjilat jari.


Nasi yang dibungkus dalM daun pisang, dikenali sebagai nasi timbel.




Pisang cheese yang mewah dengan taburan cheesenya,,,,,yummy.

Nasi goreng Sunda....

Tahu Gojeret, ( apa itu Gojeret saya pun ngak tahu),,,hehe

Tertulis kat menu Es Kelapa Jeruk, rupanya air kelapa muda....


Lepas makan jangan lupa bayar ye....kasir(chasier)....lumayan(mahal), juga harganya tapi amat berbaloi.

Selesai makan, dari Kampung Daun kami berkunjung ke Rumah Stroberi(strawberry), untuk aktiviti petik strawberry...cuaca kat sana, sejuk dingin seperti di Cameron Highland.


Alya n Anis , mengayakan,,,,turban di beli kat Pasar Baru, murah je, tak sampai rm10 satu. 

Bersama Supir kami, Mas Wushu, kawan sekerja Pak Donny. Sesiapa yang nak berkunjung ke Bandung menggunakan khidmat beliau, boleh google Pak Donny Dondon di Facebook, nama Syarikatnya pula DB Rent. Harga yang di beri agak berbaloi, 12 jam sehari dengan kadar 400ribu rupiah( lebih kurang rm 120). Mereka nie fleksible, kita bagitahu jer ke mana kita mahu pergi.



Jangan lupa tunggu posting seterusnya, tentang Jalan2 dan makan2......

2 comments:

  1. Assalam, memang sonot JJCM kat Bandung..
    Kalau siapa yg pernah jejak kaki kat sna, mesti rasa teringin nk pi lagi..
    Suma makanan memang sedap kat Kg.Daun tu kan?
    Buah stoberi kat bandung memang manis berbanding yg kat CH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok ke sana, jadi jutawan...jutawan Rupiah hehehe

      Delete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...