click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Jun 10, 2013

Jalan-Jalan Cari Makan sekitar Bandung, Rain Forest Restaurant Bandung..


Lamanya tak update apa kat blog....saya sihat je, cuma kesibukan bekerja dan urusan rumahtangga membekukan sejap aktiviti berblogger.....hahaha, tetapi kenangan yang indah sekiranya tidak dimemorikan, akan berlalu pergi seperti angin petang. Baru-baru nie berkunjung ke Bandung Indonesia, bercuti bersama suami dan anak-anak. Jadi akan ada beberapa siri yang berkaitan dengan Jalan-jalan Cari makan sekitar Bandung. Mana tahu ada manfaatnya bagi rakan-rakan yang merancang nak ke sana. Kita mulakan dengan Rainforest restaurant.

Rainforest restaurant antara tempat makan yang terdapat di Safari Bogor, Indonesia. Terdapat juga tempat makan yang lain, tapi sebab perut dah lapar, dan apabila melihat keadaan restaurant yang agak bersih,  terus memutuskan makan tengah hari kat sana.Keadaan di dalam restaurant yang berlatarbelakangkan pokok2, Rainforest katakan.



Nie antara menu yang sempat digambar. Ada lagi pelbagai menu yang lain, seperti bakso, soto, chinese food dan juga western food. Menu kat atas tu kalau tak silap, namanya Ayam penyet tradisional . Ayamnya kecil je, menurut Pak Supir yang membawa kami, itu merupakan ayam kampung, tu sebab saiznya kecil. Tapi rata-rata bila menjamu selera kat sana, ayamnya kecil je. Dan untuk minuman saya pilih teh botol, sebab ditempat kita tak jumpa pun teh dalam botol. Teh kotak biasalah. Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Bandung atau mana-mana destinasi di Indonesia tentu pernah  menikmati teh botol.





Nie antara taman tema air yang terdapat di Safari Bogor, sebab anak-anak tak bawa baju berenang hanya melihat permandangan je lah.Tapi memang tak merancang pun nak mandi manda, sebab dah letih. Perjalanan dari hotel ke Taman Safari nie mengambil masa lebih kurang 4 jam, dengan melalui jalan yang bengkang bengkok tapi permandangan yang sangat cantik, sawah padi yang menghijau dan ladang teh yang hidup subur. 


 Taman Safari Indonesia, adalah tempat wisata keluarga yang berwawasan lingkungan dan berorientasi habitat satwa pada alam bebas. Taman ini terletak di beberapa lokasi. Taman Safari Indonesia I berlokasi di Desa Cibeureum Kecamatan Cisarua, Kabupaten Bogor, Jawa Barat atau yang lebih dikenal dengan kawasan Puncak. (info dari google).


Terdapat  juga pelbagai tempat permainan untuk kanak-kanak dan dewasa.





Terdapat juga kedai menjual cenderahati kat sini. Seperti baju-baju, patung2 binatang. Taman Safari nie agak luas. Sebenarnya sebelum sampai ke sini kami telah melalui taman binatang agak luas. Berbeza dengan tempat kita, taman Safari nie kita yang dipenjara(berada dalam kereta), manakala haiwan- haiwannya di biarkan bebas berkeliaran.


Ambik kau lobak merah....jangan makan tangan sudah..... Jangan lupa bagi yang merancang nak berkunjung ke sana membeli lobak merah atau pisang untuk diberi makan kepada haiwan2.

Hello,,,,nak lobak ke pisang?....dua-dua pun dimakan oleh rusa nie.

Hai Anis......mana lobak merah saya........?

Zebra yang cantik menawan, bulu matanya panjang dan matanya yang bundar.


Beruang yang berkeliaran bebas....pastikan apabila melalui kawasan nie cermin tingkap diturunkan.Kalau tidak resikonya tanggung sendiri ya buk.



Sang Harimau yang sudah kekenyangan.


Sini sikit, sini sikit, nak lobak ke tak?.....








Bersama Pak Supir Donny yang membawa kami. Perjalanan dalam safari juga melalui sungai-sungai. Jangan bermimpi nak menggunakan keta Kancil ye, rata-rata orang kat sana menggunakan Avanza atau Innova.




Maaf ye, takde rezeki, stok lobak merah dah habis.....setakat nie saja coretan untuk Jalan2 dan makan2...tunggu siri yang berikutnya ya.....

1 comment:

  1. bestnye dpt jenjalan situ smabil bg lobak merah ye..

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...