click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Jul 20, 2012

Resepi Bubur PeDaS SaRaWaK.RamaDhan Kareem ...1433H



SeLamat Menyambut Ramadhan Kareem 1433H/2012. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita dipertemukan lagi dengan kedatangan bulan Ramdhan yang penuh keberkatan. Lamanya tyak update blog DapurKuBerasap. Kesibukkan harian membataskan masa dan idea untuk berblogging. Namun sekali-sekala ada juga menjenguk dapur rakan2 sekalian.Terima kasih juga di atas kunjungan rakan2 blogger ke dapurkuberasap, walaupun tuannya takde.Resepi kali nie ialah. Bubur Pedas Sarawak yang merupakan menu wajib setiap kali menjelang bulan Ramadhan. Bubur Pedas adalah masakan yang paling popular di Sarawak terutama di Bulan Ramadhan.. Gambar2 nie sebenarnya merupakan koleksi masakan sendiri tahun lepas.
Beginilah rupa Perencah yang digunakan untuk memasak Bubur Pedas yang di panggil Bumbu pedas. Biasanya kalau menjelang bulan Ramdhan senang nak beli kat mana2 kedai runcit.Jom semak resepi kat bawah.......

 Resepi BuBur Pedas Sarawak
Bahan-Bahan:

1/. 1 bungkus rempah bubur pedas( agak sukar didapati di Semenanjung & Sabah)direndam terlebih dahulu dlm tempoh 15 minit
2/. 1 biji keledek (saiz sederhana)
3/. 250 gram isi ayam (boleh digantikan daging atau udang)
4/. 3 batang kacang panjang
5/. segenggam udang kering2
6/. 3-4 batang jagung muda /rebung rebus
7/. sedikit daun sinkel
8/. ubi kentang
9/. 2 batang tahu kering
10/. Sedikit cendawan cina ( hitam )dan cendawan butang
11/. 2 helai daun kunyit
12/. 3 ulas bawang putih
13/. 3 ulas bawang merah
14/. 2-3 biji cili merah
 15/. 1 cm belacan
16/. Santan
* Untuk jenis sayur-sayuran rakan2 boleh mengubah suai mengikut citarasa masing-masing.
Cara-cara memasak:-
Tumis bawang merah,bawang putih,udang kering dan cili yang telah ditumbuk halus. Setelah naik bau,rempah bubur pedas dan air,masak hingga mendidih. Masukkan isi ayam@ udang dan kesemua sayur-sayuran . Masukkan santan, akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.Masak sehingga agak pekat sedikit barulah dihidangkan.

 Sayur Bunga kering.....

Cendawan Butang Fresh, diiris mengikut citarasa masing-masing.

Cendawan Hitam

rebung, daung kunyit dan daun sinkel.
kentang, tauhu kering dan Bumbu.....


Akhir Kata.................RamaDhan al-Mubarak.....semoga kita dapat meningkat amalan-amalan ibadat di bulan yang mulia ini, dan semoga kita tergolongan di kalangan hambanya yang sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan dalam kehidupan. Amin.


2 comments:

  1. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete
  2. nice day :)
    hargailah hari kemaren,
    mimpikanlah hari esok,
    tetapi hiduplah untuk hari ini.
    bagi-bagi motivasinya yaah...

    http://wisataoutboundmalang.com/

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete

KongsiResepi

Rehat Sekejap...