click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Oct 25, 2011

Lasagna Daging


Lasagna Daging.....dah lama plan nak buat Itallian Food nie, akhirnya tercapai juga misiku untuk mencuba resepi yang saya perolehi daripada HUSMYNA KITCHEN. Terima kasih atas perkongsian resepi. Yang bestnya kat blog tu, resepi nie siap tunjuk satu2 cara nak buat lasagna, mmg sesuaiii sangat dgn saya nie sloww learner dlm bab2 western food. Selalunya makan lasagna kat Pizza Hut, anak2 pun amatlah mengemari makanan Itali nie. Biasanya kalau makan kat Pizza Hut atau kat Secret Recipe tu sekejap je licin pinggan. Saiz yang kecil harga pun boleh tahan. Tapi bila beli bahan2 untuk membuat Lasagna nie memang boleh tahan harganya, tapi puas hati sebab boleh dapat banyak. 
Terima kasih sekali lagi atas Tuan empunya Blog....share resepi ye... :)

RESEPI LASAGNA
Bahan-Bahan:
1 kotak instant Lasagna sheet
Mozarella Cheese (Jenis Shredded Cheese)

Sos Daging/Ayam:
1 blok daging/ayam kisar RAMLY
1 tin cendawan butang potong dadu (kalau nak bubuh la)
1 biji bawang besar potong dadu
5 ulas bawang putih ketuk & cincang
1 sudu besar cili boh (kalau nak pedas…x mau tak apa)
2 sudu besar tomato pure/tomato potong dadu
1 botol sos spaghetti KIMBALL
sedikit lada hitam & oregano
gula & garam secukupnya

Cara :
Panaskan minyak masak. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Biar hingga naik bau dan layu. Masukkan cili boh & tumis sampai kering. Masukkan daging cincang dan biar hingga empuk. Masukkan sos spaghetti, tomato puri, lada hitam, oregano, gula dan garam. Masukkan cendawan butang. Biar hingga kering sikit tapi jangan terlalu kering kerana kita memerlukan kelembapan dari sos daging/ayam untuk melembutkan kulit lasagna semasa proses membakar di dalam oven. Tips, buat sos ni lebih rasa manis dari masin sebab nanti cheese dah masin.

Sos Putih/Sos keju:
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
500ml susu full cream (½ kotak susu yg besar)
2 sudu besar mozarella cheese
sedikit lada sulah & garam

Cara:
Di atas api perlahan, masukkan mentega ke dalam periuk. Biarkan cair.Masukkan tepung dan kacau hingga sebati. Tutup api. Masukkan susu dan gaul hingga sebati.Masukkan cheese, lada sulah dan garam. Kemudian letakkan semula periuk di atas api sederhana dan terus kacau hingga adunan menjadi likat. (Jangan terlalu likat/lama sebab apabila sos telah sejuk, ia akan menjadi lebih likat daripada ketika panas).

Cara Melapis Lasagna:
1.Lapiskan instant lasagna sheet di dalam bekas. *Sebelum tu, rendamkan lasagna sheet tu dalam bekas berisi air suam (dalam 10 minit)-agak2 banyak mana nak guna
2. Kemudian, buat satu lapisan nipis sos daging/ayam di dalam loyang.
3. Tuang sos putih/sos keju ke atas lapisan sos daging/ayam tadi.
4. Taburkan Mozarella Cheese.
5. Ulang semula langkah 1-4 berulang kali hingga habis.(lebih kurang 3 lapisan)
6. Pada lapisan terakhir selepas lapisan sos putih/sos keju, taburkan mozarella cheese rata-rata sampai penuh.
7. Bakar di dalam oven sehingga keju kelihatan mencair dan masak.




KongsiResepi

Rehat Sekejap...