click..click

...follower...tqvm..

Enam hukum menjadi seorang yang bahagia

WaHai Diri..........

1) Bebaskan hati dari kebencian.
2) Bebaskan minda dari kebimbangan.
3) Belajar mensyukuri apa yang ada.
4) Hidup mudah dan bersederhana.
5) Banyak memberi dan kurang meminta.
6) Hadapkan hati pada Allah.

dipetik drpd; Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Jan 27, 2011

MuFFin JaGunG


Bersua kembali pada hari Jumaat yang penuh berkat. Rasa-rasa hari Jumaat saja ada banyak masa melayan diri di alam Cyber. Buat rakan-rakan bloggers, rakan FB, dan rakan2 yang membaca N3 kali nie, maaflah sebab lama tak update status atau komen apa2 status atau membalas salam Ziarah rakan2. Dari hari ke hari terasa semakin sibuk. Pengakhir bulan Januari banyak perkara yang perlu siap dan di hantar. manusia nie memang suka buat perkara last minute.(aku lah tu). Semalam print beberapa dokumen yang perlu ada dalam Folio FRM.,(fail Rekod mengajar). Sampai habis ink printer, lebih kurang 400 muka surat. Tapi syukur kepada yang Esa sempat juga menyerahkan tugasan tersebut. Resepi kali nie dah lama simpan resepi, dan akhir nya tercapai juga hasrat nak mencuba .Muffin Jagung daripada Blog aziancollections
Semasa meneliti resepi daripada blog Kak Azian, ada satu bahan yang bernama CORNMEAL yang agak susah untuk di perolehi. Hampir seluruh bakery kat Kuching saya pergi cari bahan tu. Akhirnya jumpa juga bahan tersebut, di salah sebuah bakery yang agak famous kat Kuching kedai 3K. Tapi lain pula namanya.Polenta Corn, gambar ada kat bawah.
Untuk kak azian terima kasih atas perkongsian resepi , 
saya Copy N paste k,,,,Syukran jazilan, jazakaallahufikh.
CORN MUFFIN

BAHAN-BAHAN

1/2 cawan butter

2/3 cawan gula kastor

1/4 cawan madu

2 biji telur

1/2 tsp garam (saya x letak)

1 1/2 cawan tepung naik sendiri

3/4 cawan Cornmeal

1/2 tsp baking powder

1/2 cawan susu (saya guna susu segar)

3/4 cawan jagung segar

CARA MENYEDIAKAN.

1. Putar butter, gula, madu dan telur hingga kembang.

2. Masukkan Cornmeal, tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan susu berselang seli sambil di kaup perlahan-lahan.

3. Bila telah sebati masukkan jagung segar dan ratakan.

4. Masukkan kedalam paper cup dan masukkan kedalam Muffin pan atau gunakan cupcakes paper cup.

5. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan selama 10 minit awal selama 20-30 minit dengan kepanasan 160-C. Gunakan api atas bawah. ( terpulang kpd jenis oven)



Jan 20, 2011

Tauhu masak Tiga RaSa



Hari Jumaat yang begitu indah. Bestnya bila tiba hari Jumaat. 
Pertamanya ,sebab dapat balik awal dari bekerja dan ada dua hari untuk bersama keluarga.Tapi sebenarnya banyak  perkara yang nak di buat bila tiba hujung minggu. Itulah masa untuk membeli barang2 keperluan rumah dan masa untuk mengemas dan membersih apa yang patut. Apa yang penting adalah juga masa dan idea untuk mengemaskini blogku ini. Terima kasihlah atas kunjungan rakan2 semua....Buat semua followersku<<<.>>>> Sayang anda semua......:),,,,,Layan je lah resepi yang simple kat bawah...oppss lupa nak share satu petua, bagi sesiapa yang suka makan Tauhu/Tahu..untuk mengoreng tauhu yang mulus dan cantik...semasa minyak telah panas..taburkan sedikit garam ke dalam minyak dahulu sebelum mengoreng.

Resepi Tauhu masak tiga Rasa

Bahan-bahan
2 keping Tauhu
1biji timun(diparut memanjang)
1 biji lobak merah(diparut memanjang)
2 sudu besar sos Plum
2 susu besar sos Cili@tomato

bahan perasa secukupnya
Kacang goreng ditumbuk halus
minyak masak secukupnya

BAHAN2 UTK DI KISAR
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang merah
2 biji cili

CARA-CARA MEMBUATNYA
1/. Tauhu digoreng dan di potong mengikut citarasa masing2.
2/. Tumiskan bahan2 yang dikisar dan masukkan sos plum dam sos cili
3/. Bubuh perasa secukupnya dan tambahkan sedikit air sekiranya tak mahu kuah yang pekat
4/. Bubuh Kuah di atas tauhu tadi berserta timun dan lobak merah yang telah di parut memanjang berserta kacang tanah yang telah di tubuk halus
5/. Siap untuk dihidangkan





Jan 7, 2011

aYaM PanSuh.....

Selamat berhujung minggu....Syukurlah dapat menikmati dua hari untuk berehat, setelah agak penat bekerja 5 hari, lebih2 lagi setelah bercuti panjang. Awal tahun dan akhir tahun bagi seorang pendidik memang agak sibuk. Sesibuk mana pun seseorang ibu atau mama atau mak atau umi dan apa2 panggilan bagi seorang Emak, keutamaan anak2 dan keluarga harus diurus dengan sempurna. Keletihan dan kekusutan fikiran hanya kepada yang Esa kita memohon supaya setiap hari dipermudahkan segala urusan. Sebab disetiap segala kesusahan pasti ada kesenangan, begitu juga sebaliknya. Sebenarnya N3 kali nie nak memaparkan ayam pansuh, melalut/beralih arah pula fikiran ku kali nie. Mungkin bagi sesetengah orang melalui penulisan adalah antara cara kita melepas kepenatan fikiran. Sebenarnya dah hampir sebulan menjadi Ibu Tinggal,(bukan Ibu Tunggal)..suami outstation di saat melalui hari yang paling sibuk. Terpaksa pula menguruskan anak2 yang masih kecil seorang diri. Seawal jam 6 pagi memastikan anak2 sudah disiapkan dan berada didalam kereta. Kalau lambat ,lambat pula masuk kerja. Dalam masa yang sama saya pula berpindah ke tempat kerja yang baru(atas kehendak sendiri). Jadi menyesuaikan diri di tempat yang baru dengan tugasan yang baru memang letih, tapi bersyukur kepada yang Esa, semuanya setakat ini berjalan lancar.
Berbalik pula kepada Ayam pansuh, sebenarnya antara makanan Tradisional Sarawak. Sebelum nie pernah buat N3 resepi nie. Boleh KLIK KAT SINI...




RESEPI AYAM PANSUH SARAWAK


BAHAN-BAHAN

Setengah ekor ayam(dipotong) mengikut citarasa masing2
daun Ubi kayu(diramas)..(kuantiti bergantung pada citarasa masing2, biasa saya beli RM1.00
3 batang serai(diketuk)
4cm halia(diketuk)
sekuntum bunga kantan (dipotong) optional
4 biji bawang merah(ditumbuk)
4 ulas bawang putih(ditumbuk)
perasa secukupnya

CARA-CARA MEMBUATNYA:

  • daun ubi kayu diramas dengan mnggunakan sedikit garam dan digaul bersama ayam
  • masukkan serai, halia, bawang merah dan putih yang telah ditumbuk kedalam ayam tadi
  • masukkan juga bunga kantan yang telah dihiris memanjang
  • Gaulkan kesemua bahan dan dibubuh perasa
  • lepas tu masukkan ke dalam pengukus
  • dikukus selama lebih kurang 30 minit
  • makanlah semasa panas2.

KongsiResepi

Rehat Sekejap...